Pinggan Mangkuk Pocelain Cantik-Cantik & Murah
Blogger ni, kalau apa sahaja yang di fikirkan sesuatu yang dia minat atau suka, pasti akan cuba untuk di kongsikan bersama pembaca. Bukan apa, kami ni suka orang lain dapat tahu perkara-perkara yang mungkin boleh di capai oleh mereka yang mempunyai minat yang sama dengan kami. Bukan setakad barangan, produk, penginapan, percutian, makanan dan banyak lagi lah, asalkan yang baik-baik sahaja hendaknya lah kan. Yang tak baik tu, minta di jauhkanlah untuk di terbitkan takut jadi fitnah dan memburukkan orang lain, jatuh berdosa pula nanti, Nauzubillah.
Pinggan Mangkuk Porcelain Cantik-Cantik & Murah
Minggu lepas, ana terlepas lah me time dengan sepupu ana Effa ni. Cuma kami berdua sahaja pakat dua beradik nak hang out kata budak-budak sekarang ni. Kami lepak di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur, sebab lokasi ni mudah nak sampai dengan kemudahan komuter dan lrt yang ada. Lepak, jenjalan, makan, cadangnya nak menonton wayang tapi tak ada filem yang sesuai pula dengan minat kami. Lepas makan ronda-ronda keliling mall, dan yang ana nak kongsikan dengan korang ni bila kami masuk satu kedai pinggan mangkuk porcelin ( tembikar ) yang cantik-cantik tapi harganya mampu beli.
Haha!! Mampu beli sebab harga kat sini kebanyakannya di bawah RM10, haa tu mampu beli lah pada ana. Ana memang pengumpul pinggan mangkuk tembikar ni. Minat sangat tak kira sama ada yang dari koleksi lama mahupun yang baharu. Tembikar ni memang cantik di mata ana dan sesuai di jadikan koleksi. Lain orang lain lah minatnya kan.. Ada juga yang menggemari koleksi pinggan mangkuk kaca. Untuk ana sendiri, koleksi yang ana ada kebanyakannya dari pinggan mangkuk lama di kampung dan yang ana beli di pasaraya pada harga yang murah-murah sahaja lah.
Contohnya set cawan di atas tu cuma berharga RM49 ketika itu, cantik sangat warna putih dan nampak klasik. Ini dah masuk dalam wishlist ni, simpan duit nanti datang balik sini dan boleh lah beli, In Shaa Allah. Pelbagai corak dan warna ada disini mengikut citarasa masing-masing. Jom ana belanja korang beberapa keping gambar pinggan mangkuk porcelain yang ada disini ketika itu.. lawaaaa sangat!!! :)
Inilah nama kedai nya N.A.E. Kitchenette di aras 3 Sunway Putra Mall, bersebelahan dengan Kaison kalau tak silap ana, sebab kami berjima di Kaison terlebih dahulu sebelum terpandang kedai ni.
Jadi kalau korang peminat pinggan mangkuk porcelain yang cantik-cantik ni, dan kebetulan berada sekitar Sunway Putra Mall, boleh lah singgah sini kan. Mana tahu boleh tambah koleksi di rumah. Tapi kena guna tau pinggan mangkuk ni, jangan di jadikan bahan pameran dalam almari kaca sahaja. Hehe :)
Ana selalu gunakannya sebagai props dalam menghasilkan gambar menu masakan di rumah untuk terbitan entri resepi atau di Instagram. Jomm... kumpul duit kita beli pinggan mangkuk tembikar yang cun-cun kat sini.
16 Comments
Cantik-cantik..rambang mata dibuatnya ni.
ReplyDeletetuu laa PC, lawa2 semuanya murah lak tu mampu beli la kan hehe :)
DeleteCantik and murah. Nasib dekat. Boleh pergi.
ReplyDeleteJomm Aisya kita usyaa2 dulu hehe :)
DeleteSelamat menyopink
ReplyDeletehehe tak beli lagi WP next trip in shaa allah.. kumpul bajet dulu hehe :)
DeleteWahhh masih ada promosi lagi yea.. nak pila nanti.. cantik2 suka tengok
ReplyDeletecantik Bonde, murah tu kan :)
DeleteCantiknya... Kak suka sangat barang porselin ni...
ReplyDeletesama lah kita Kak Mala, seronok tengok corak pinggan mangkuk dia lawa-lawa kan kak :)
Deletecantik2 smua tu..sure rambang mata nk bli yg mn 1
ReplyDeletebetul tu mama :) rambang mata dah ni hehe :)
DeleteCantiknya.. Kalau dapat kat anak-anak Sha, dibuatnya main masak-masak.. kikiki..
ReplyDeletehaha kena belikan untuk depa mainan masak-masak Sha, baru depa tak kacau pinggan mangkuk mak nya :)
Deletedekat sunway putra mall je erk..comel la pinggan yang ada corak kartun tu
ReplyDeleteHta kedai ni ada kat Sumway Putra tapi kalau kiosk ada banyak dah kat mana-mana mall Nad :)
Delete