Apa yang sedap makan di Restoran Ikea Cheras

Ana dah janji dengan anak-anak, lepas depa habis final ni nak belanja makan kat Cafe Ikea, makan meatball dan chicken wing yang terkenal sangat tu. Macam biasa lah, bila semua payment terkumpul depa dan remind ana dah, bila ibu nak bawa pi Ikea. Ingat jer depa kan.. Last-last, kami ke Ikea Cheras yang kira paling senang nak pi dari sini. Kami naik MRT sahaja dari Sungai Buloh terus ke  Stesen Cochrane , walking distance dah sampai My Town yang link ke Ikea. Suami datang bawa kereta dari pejabat dan jumpa kat sana.

 Ada sebab kenapa ana nak ke Ikea waktu weekdays ni. Haa... sebabnya orang tak seramai ketika waktu weekend atau cuti umum. Parkir senang, nak membeli belah dan membayarpun senang. Nak makan di cafe pun tak panjang queue . Itulah sebabnya kenapa best sangat kalau ke Ikea pada hari bekerja ni. Tak caya try kay :) Dan bagai yang dah di janjikan, sampai sahaja kami terus ke Cafe Ikea, Cheras ni dan menikmati juadah kegemaran anak-anak. Jomm.. tengok apa yang kami makan di Cafe Ikea kali ini. 





Apa yang sedap di Restaurant Ikea 


Ikutkan semua menu yang ada di kafe Ikea ni sedap-sedap belaka. Dan pastilah signature dish mereka ada lah meatballs Ikea yang femes amos tu. Kali ni kami memilih set 20 pieces meatballs berharga RM17 . Tak dinafikan memang antara pilihan meatballs yang sedap di sini. Gravy yang cukup original dengan bebola daging yang penuh rasa daging bersama mash potato dan brokoli. Satu sajian yang lengkap dan enak serta di gemari ramai. Meatball Ikea adalah yang di hasilkan di Malaysia dengan menggunakan bahan dari sumber yang mempunyai sijil Halal , boleh rujuk press release di SINI. 




Adik Ika nak try meatballs pasta dengan sos . Menggunakan sos ala-ala bolognese dengan pasta penne berharga RM 10.40 sepinggan. Ada kelainan dalam hidangan meatball pasta ni yang pasti di gemari kanak-kanak, mungkin. Tapi pada ana lebih suka menikmati meatball bersama gravy brown sauce .



Kak Long pula memang awal-awal dah bagitau dia nak makan Chicken Wings Ikea ni. Serius ni memang sedap tak silap ana ia di panggil Buffalo Wings dan satu set hidangan 6 keping kepak ayam dengan salutan sos enak ni berharga RM17.50 . Harga ana tak berapa ingat sangat sebab secara tepat kay tapi tak lari jauh lah, lebih kurang je dari yang sebenar. 




Suami pula nak mushroom's soup bersama garlic bread dan untuk pencuci mulut kami ambil muffin coklat sahaja. Dan yang special nya di Ikea ni air minuman iaitu air buah Nordic ni cuma berharga RM2 dengan pelbagai pilihan variasi seperti Lemon , Pir, Raspberi dan Lingonberi. Kesemua ni kita boleh refill atau isian semula berapa kali pun. Berbaloi kan. Atau kalau korang nak coffee pun sama . Setiap kali makan di Ikea ni ana lebih suka membeli drinking water nya yang cuma berharga RM1 sahaja. Dah meningkat usia ni kurang pula selera pada minuman manis bergula, Alhamdulillah. 




Ermm.. sesekali kita makan menu dari Sweden ni memang sedap dan menyelerakan. Dan lepas menjamu selera di restoran Ikea, kami ke surau untuk solat Asar yang terletak bersebelahan restoran sahaja. Dan selepas tu kami mulakan pengembaraan pusing ruang pameran untuk misi mencari almari kabinet kaca idaman hati ana. Selepas beberapa kali tertangguh, akhirnya kabinet kaca Ikea sampai juga ke ruang tamu rumah dengan selamat. Jenuh juga malam tu suami dan anak-anak memasang sehingga siap. Inilah antara keseronokan seorang isteri dab ibu bergelar suri rumah bila dapat rezeki dari penulisan di blog kemudiannya belanja keluarga makan-makan dan beli perabot idaman dengan duit sendiri. Syukur di atas rezeki yang dikurniakan Nya. 



Apa yang sedap makan di Restoran Ikea Cheras Apa yang sedap makan di Restoran  Ikea Cheras Reviewed by Ana Jingga on January 25, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. anak sy klu pegi sini dah ada favorite menu.. chicken wing wajib order hahaha

    ReplyDelete
  2. Sha suka chicken wing tu.. perapan dia sedap..

    ReplyDelete
  3. best ye.. wawa tak pernah try lagi ni.. kena pergi ni sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah wawa nanti pi try sekali lagi hehe :)

      Delete
  4. paling fevret mashed potato tu.. cepatlaa IKEA Penang bukak !! hahaha..

    ReplyDelete
  5. alamak. terkenang gi ikea ari tu, AJ.
    lom sempat buat entri :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.