Antara restoran makanan segera kesukaan ana sekeluarga salah satunya ialah Burger King. Suka sangat bila kami dapat tahu cawangan terbaharunya akan di buka di AEON Anggun, Rawang ni. Tak jauh dari kediaman kami. Dah mula beroperasi sejak Disember lalu, kalau tak silap ana. Tapi kami hanya pi rasmikan pada malam hari lahir ana yang lalu, 15hb Januari lepas. 

Burger King ni yang special pastilah burger Whopper dia yang besar gedabak tu. Patty daging dia memang sedap sangat kalau nak bandingkan dengan patty burger di lain-lain premis makanan segera atau burger biasa. Ana memilih nak makan WHOPPER sebab lama dah tak menikmatinya. 




Di dalam burger WHOPPER , Burger King ni ada patty daging, salad, cheese, hirisan tomato dan jeruk timun. Adik Ika paling tak suka jeruk timun tu, habis di berikannya pada ana. Sedap tau makan burger dengan jeruk timun ni.Untuk burger WHOPPER ni setnya cuma RM14.60 sekali air dan fries. Ini harga promosi lah mungkin sempena pembukaan. Kalau harga biasa dalam pamplet tu RM18.55. 




Kami juga ambil Cheesy Fries pada harga promosi masa tu dua box cuma RM6.50 . 




Dan set burger 4 ketul, 2 Whopper Jr dan 2 Cheese Burger bersama 5 ketul nugget pula berharga RM24.90. Campur air semua sekali bajet makan malam kami malam tu bawah RM50. Alhamdulillah berbaloi dan sedap sangat. Tapi ni harga promosi tau, harga tertakluk pada perubahan naa.



Image result for burger king aeon rawang
kredit foto : FB Burger King 


Jadi kalau korang yang tinggal sekitar Rawang dan mengidam nak makan BURGER KING, singgah lah ke AEON ANGGUN dan bolehlah nyum nyum di BURGER KING kat sini yang terletak di ground floor sahaja. 


Image result for burger king aeon rawang
kredit foto : FB Burger King 

2 Comments