Sayur lemak kobis ni selalu menjadi penyelamat dalam saat-saat genting kebuntuan memikirkan menu apa yang nak di jadikan juadah makan tengahari atau malam keluarga. Ana yakinlah bukan ana seorang sahaja yang selalu buntu bab nak masak apa setiap hari, pasti ramai juga diluar sana yang sama spesis kan. Kadang-kadang berjam menung fikir nak masak apa, sampai kedai Acheh pun masih duk belek tong ikan satu persatu sambil fikirkan menu..😀😀.



Ana suka masak lemak kobis ni sebab ia mudah disediakan dan di masak . Dan ia pun sedap di makan walaupun hanya dengan gadingkan bersama ikan pelaling goreng sekalipun, ye tak ?? Lebih sedap kalau makan dengan sambal ikan ke, ayam ke udang ke atau pun dengan sambal belacan pun ngam sangat dah.


Sayur lemak kobis ni kesukaan ana lah dalam menu makanan seharian tapi tak lah sampai hari-hari pulak. Anak-anak pun suka jadikan menu berkuah depa. Kalau malas sangat ana goreng ikan bersama bawang dan cili padi. Alhamdulillah rezeki yang di syukuri sentiasa. 

14 Comments

  1. Replies
    1. kan WP sedap sayur lemak kobis ni sesekali makan :)

      Delete
  2. Kaknoor pun suka masak lemak kobis lama dh tak buat, gu dengan nasi panas dan sambal belacan kah memang ngam ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. Makan dengan nasi panas-panas. Fuhhh

    ReplyDelete
  4. Betul kak.....sambal belacan...perah limau kasturi..ikan masin..memang kawan baik lemak kobis..amboi...mahu terjongkit penimbang..

    ReplyDelete
  5. kesukaan anak-anak Sha ini.. sha pula suka makan dengan ikan masin atau ikan pekasam.. memang terangkat..

    ReplyDelete
  6. lepas tu dengan ikan masin yang banyak sisik tu goreng garing2. yaaa rabbi !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Rabbul A'lamin.. ikan tamban kan CT :)

      Delete