Balik kampung baru-baru ni, ana cuba lah semak status permohonan BSH atau dahulunya BR1M untuk abah dan mak saudara. Telah pun di beritahu bahawa pembayaran Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup kali ini adalah berdasarkan data pemohon tahun sebelumnya bagi yang layak menerima mengikut kategori yang di syaratkan. Jadi TIDAK perlu mengemas kini data untuk pembayaran yang di nyatakan bermula pada 28hb Januari 2019. 

Hanya selepas 1hb Februari 2019 sahaja , pemohonan baharu dan kemas kini pemohon yang layak boleh di lakukan. Cuma apa yang dapat ana kongsikan disini ialah semakan status pembayaran bagi yang layak boleh di ketahui dengan log masuk ke akaun BSH masing-masing dan akan di beritahu status sama ada Pembayaran akan di lakukan bagi yang layak tau Tiada rekod bagi nama yang telah tiada kategori yang layak 2019 contohnya untuk kategori bujang. 





Cara semak status permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 


1. Pastikan layari ke laman rasmi Bantuan Sara Hidup di : https://bsh.hasil.gov.my/ sahaja .

2. Klik ke pautan - My BSH di sebelah atas kiri laman seperti di dalam gambar di bawah :




3. Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang di sediakan dan klik - Semak

4. Pastikan pemohon telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2018 supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH  > Semakan Status.

5. Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019.


6. Selepas memasukan Nombor TAC di ruang yang disediakan baharulah di paparkan status pembayaran pemohon yang layak. 


Memetik siaran media bertarikh 4hb Januari 2019 di laman bsh.hasil.gov.my ,PEMBAYARAN BSH 2019 FASA PERTAMA SEBANYAK RM300 MENGIKUT KAEDAH DAN PANGKALAN DATA LAMA AKAN DILAKSANAKAN PADA 28 JANUARI 2019 .


Beberapa maklumat terkini mengenai BSH 2019 :






~ Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019

~ Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 
1-800-88-2747 (BSH) pada 27 Disember 2018.


~ Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018.


~ MyBSH telah dibuka bagi tujuan Semakan Status oleh pemohon yang layak menerima Fasa Pertama BSH 2019. Pastikan pemohon telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2018 supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.


~ Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019.


Peringatan PENTING Dari BSH 





~ MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan bantuan sebelum ini di media sosial. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan.


 ~ LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian Bantuan Sara Hidup secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM: 


 ~ LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 / 1-800-88-2747 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Sara Hidup. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.


 ~ Kerajaan TIDAK mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.


 ~ LHDNM TIDAK menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan / Rayuan bantuan sebelum ini.


 ~ MoF dan LHDNM tidak pernah mengeluarkan / mengedarkan maklumat melalui mana-mana media sosial seperti Aplikasi WhatsApp. Maklumat yang sahih hanyalah melalui risalah yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima bantuan sebelum ini.


Jadi pastikan hanya log ini di laman
untuk sebarang makluman dan semakan secara online 
untuk keselamatan data pemohon 
dan penggunaan sistem nombor TAC juga 
adalah salah satu langkah keselamatan 
yang di lakukan oleh LHDNM . 



kredit sumber dan rujukan terbitan di atas  : https://bsh.hasil.gov.my/

0 Comments