Hampir majoriti kita mempunyai akaun media sosial di alam maya ini. Ada yang menggunakannya untuk pelbagai tujuan dan pasti tidak terlepas pandang ada terselit dosa pahala dalam setiap perlakuan kita di media sosial yang luas tanpa sempadan. Kadang-kadang sering terdetik di hati, sekiranya aku sudah tiada lagi, takut dosa-dosa yang kita tinggalkan di dunia maya ini menjadi satu beban hingga ke akhirat kelak. 

Kita sudah sedaya upaya menjaga batas dosa pahala di dunia media maya ini, namun inilah namanya manusia pasti ada coretan yang tidak sempurna dalam kehidupannya. Dengan perkongsian ini, ana harap dapat melegakan kita membuat persediaan andai kita pergi esok lusa, rupanya ada cara untuk kita memadam (delete ) akaun Facebook dari terus hidup di alam maya. Satu perkongsian yang harus kita ambil tahu sebagai pemain media Facebook hendaknya.



Cara Delete Akaun Facebook Selepas Meninggal Dunia 


Fungsi terbaharu yang diperkenalkan Facebook bagi membolehkan waris anda memadam akaun Facebook. Jom kita pelajari langkah demi langkah yang di kongsikan dari pelbagai sumber yang ana perolehi antaranya majalah maskulin online. Terima kasih atas perkongsian.

1. Pergi ke bahagian General (sekiranya menggunakan komputer atau laptop ) , atau Setting & Privacy ( untuk pengguna mobile ) .


untuk pengguna HP ( mobile ) 


untuk pengguna desktop/laptop 



2. Pergi ke bahagian setting dan kemudian klik Personal Information (HP).  Bagi pengguna laptop, terus ke manage account.

untuk pengguna mobile 

untuk pengguna FB laptop/desktop 


3. Terus ke ruang Manage account

untuk mobile 


untuk laptop/desktop 

Disini akan melihat satu ruang yang memerlukan kita klik dan memasukkan pengenalan waris untuk proses penutupan akaun Facebook.



4. Masukan  Legacy Contact



Disni kita  memerlukan  memilih waris yang kitapercayai untuk menguruskan akaun Facebook kita.


5. Pilih sebab padam akaun dengan klik ke Delete after death


untuk moble 

untuk laptop/desktop 


Ada beberapa tetapan yang boleh dilakukan oleh pewaris dalam menguruskan akaun Facebook kita nanti. Boleh rujuk di paparan FB masing-masing kay. Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya buat kita semua pemain akaun Facebook sebagai satu persediaan awal sekiranya esok kita sudah tiada lagi di atas mukabumiNya ini. In Shaa Allah. 


Kredit rujukan dan sumber : https://denaihati.com/padamkan-akaun-facebook-selepas-mati-ini-cara-pewaris-boleh-lakukannya

5 Comments