Selalu dah suami ana duk cerita dia dengan staff-staffnya banyak kali gak makan cendol durian kat pasar Chow Kit. Memandangkan ana ni bukan peminat durian macam tak kisah sangat lah kan. Tapi baru-baru ni , suami tersebut lagi dalam kereta, Adik Ika pula peminat durian, request lah kat ayahnya nak makan cendol durian. Kebetulan time tu memang tengah viral cendol durian musang king kat FB kan. Sampaikan adik dan adik ipar ana ke Melaka dalam mission mencari cendol durian viral tu. 





Cendol Durian Pasar Chow Kit 




Kami sekeluarga hari Sabtu tu, selesai sahaja menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak kawan dan juga jiran lama di Keramat Mall, singgah solat Zohor di Keramat, terus suami ajak pekena cendol durian kat pasar Chow Kit ni. Kesian kat Adik Ika katanya nak sangat makan cendol durian. Sampai Chow Kit dalam kul 4 petang macam tu, dua kali pusing-pusing nak cari parkir memang tak ada ruang, last-last kami parking kat salah sebuah hotel kat situ, jalan keluar je berhadapan kawasan pasar Chow Kit. Lama sungguh tak masuk pasar Chow Kit ni, seronok kalau beli ikan dan buah-buahan segar kat sini. 




Gerai Cendol Durian ni terletak berhampiran je pasar Chow Kit menuju ke Jalan Raja Alang tu, gerai orang Melayu kita tau, sebab kat sebelah hujung belakang tu ada gak gerai cendol durian, suami kata tu hat orang Indon, waallahu a'lam sebab kami cuma singgah kat gerai di selekoh ni. Berbakul durian ada di tepi gerai, dan ada seorang pakcik sedang mengopek isi-isi durian. Yang kurang elok di asingkan, nak buat tempoyak katanya. 




Tempat duduk kat sini pun penuh gak, tapi Alhamdulillah ada rezeki bangku dan meja kosong untuk kami berempat. Suami dan ana ke hadapan gerai dan order 2 cendol durian dan satu cendol biasa. Tengok harga dulu sebelum order ni pun, seram gak takut mahal macam yang hat yang viral tu, tetapi Alhamdulillah cendol durian biasa kat sini cuma RM13 dan kalau cendol durian kawin berharga RM18. Durian kawin ni diletakkan dalam piring dan kita kena campurkannya sendiri dengan durian. Kami cuma ambil cendol durian biasa, kata adik penjual tu, durian kampung. 




Sampai ke meja Adik Ika la yang terlebih makannya, dia siap kira satu mangkuk yang dia makan tu ada 8 ulas durian. Masyaa Allah, sampai cendol tu dah macam kuah durian rasanya. Ana dengan Kak Long kami kongsi , kerana ana tak berapa suka makan durian. Ana makan cendol biasa sahaja harganya RM3 kalau tak silap. Suami pun ambil masa juga nak habiskan kerana memang banyak isi cendol dengan jagung dan durian. 




Kuah santan cendol ni cukup lemak. Manis gula melaka pun sedang-sedang je, yang buat manis ialah dari isi ulas durian tu. Memang berbaloi dengan harganya. Jadi kalau korang teringin nak makan cendol durian, carilah gerai ni di pasar Chow Kit. Gerai ni namanya Cendol Durian Runtuh, korang boleh tengok kat Facebook depa pun ada ni. Cuma tak pasti cendol durian ni di jual sepanjang masa atau pun ketika musim durian sahaja. Dan kat sini pun tak ada pula durian Musang King masa kami makan, cuma durian kawin dan durian kampung je. Ana fully recommended lah dekat korang untuk singgah makan kat cendol durian kat sini. 




6 Comments

  1. Sedapnya..cendol durian.. Saya pernah makan cendol durian rasanya macam terlajak manis.Makan sikit je dan muak.. Mungkin sebab durian tu dah manis, lepas tu air gula merah tu dia letak dengan sukatan biasa,memang berdengung la perginya..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cendol ni D, kalau kena dengan kepekatan santan dan gula melaka nya tu yang sedap. Durian tu tetap rasa durian kan, bila di kombinasi kan wallaaa sedap bangat bagi penggemar durian :)

      Delete
  2. Adoi sedapnya.... Terasa rasa macam duk dalam mulut bila baca posting ana ni.

    ReplyDelete
  3. Peh!nieyl baru last week pegi cari cendol durian mcnie..jumpa tapi 2 ulas je...xpela kira oklah sedap gak

    ReplyDelete