Pelamin Indah Raikan Cinta Adi Ashraf & Nurshahirah

Lama dah ibu pengantin lelaki, yang merupakan bekas rakan sepejabat dan juga jiran lama masa kami menetap di Setiawangsa dahulu duk menjemput ke majlis perkahwinan anak lelaki pertamanya. Kami ni satu office dahulu di Ranhill Berhad semasa di Taman Setiawangsa. Duk pun satu kejiranan di Setiawangsa ni. Balik pejabat selalunya tumpang keretanya. Yang ana maksudkan ialah ibu ayah pengantin lelaki ni lah, Rose dan abang Zeff.




Masa tu Adi Ashraf pun baru 5 atau 6 tahun macam tu lah usianya. Lepas ana berhenti kerja dengan RB, dan berpindah ke Ukay Perdana, Rose pula berpindah juga ke kediaman baharu sekitar Keramat. Sampailah ke hari ni, kami masih berhubung lagi, Alhamdulillah. Anak-anak pun dah besar-besar masing-masing dan Rose dah pun selamat menerima menantu. Tak lama lagi naik satu tittle lagi lah mek. Hehe :)




Plan lama dah Rose duk menjemput dari majlis akad nikah dan resepsi sebelah perempuan lagi, cuma majlis resepsi sebelah lelaki baharu lah ana berkesempatan hadir. Tak sabar sebenarnya nak hadir kerana bukan setakad nak menjamu selera dan melihat pengantin, tapi nak berjumpa kakak angkat ana, kak Emimy dan juga kut-kutlah ada lagi rakan lama masa di RB yang masih mengenali. 




Ana sampai dalam jam 1 tengahari ke Dewan Perdana, Keramat Mall. Sesat juga nak cari pintu masuk ke Dewan Perdana ni sebab kami masuk dari UTC tu. Sampai di sambut mesra ayah bonda pengantin yang segak sedondon satu keluarga berwarna biru dan songketnya. Alhamdulillah.. 




Kami ambil tempat duduk dan menikmati jamuan buffet yang di sajikan. Meriah lauk pauk, kuih ,muih. Adik Ika dan Kak Long duk makan aiskrim. Satu menu unik di majlis ni ialah kuih apam balik yang di saji panas-panas. Sedap, rangup je, empat keping ana ambil huhu :) 








Dan pastilah yang menjadi master piece majlis tengahari tu, pelamin yang tersergam indah. Perghh!!! Dah macam pelamin retis, grand sangat pelamin Adi dan isterinya. Pasangan pengantin pun segak dan manis di singgahsana. Sessi bergambar bergilir-gilir kaum keluarga dan sahabat handal mengambil tempat. 








Lepas tu,pasangan pengantin ke pelamin ke dua untuk acara memeotong kek. Rupanya keesokan harinya adalah birthday pengantin perempuan. Ibu mertua pun bawakan kek dan di raikan sekali lagi di pelamin ke dua sebelah kiri singgah sana pelamin utama. Cantik sangat. 



Menyeri majlis tengahari tu ialah penyampai radio Ikim yang turut mendendangkan beberapa buah lagu nasyid. Merdu suaranya. Ana ni pula masih menantikan kehadiran kak Emimy yang datang dari Nilai. Hampir pukul 3 baharu lah kak Emimy sampai dengan anak-anaknya. Allahu.. lama sungguh tak jumpa kakak ana ni. Dialah yang menjadi kawan baik malahan yang banyak memberi tunjuk ajar ketika ana mengandungkan Kak Long dan Adik Ika dahulu, nak makan apa sahaja kak Emimy akan masak atau bawa pi makan buffet kat De Palma atau Flaminggo , Ampang masa tu. Sayang kak Emimy saya tu.




Cuma ana tak dapat berbual lama dengan kak Emimy kerana dah lewat dan kami belum Zohor lagi. Jadilah dapat jumpa sekejap pun, In Shaa Allah ada rezeki, kita bersua semula. Kak Emimy pun ada beritahu anak nya Aboy tak lama lagi pun nak berumahtangga, In Shaa Allah bulan Jun kami ke Nilai pula nanti.




Alhamdulillah dan tahniah buat sahabat kami Rose dan abang Zeff kerana selamat menerima menantu. Selamat pengantin baharu buat Adi dan isteri semoga terus mencipta bahagia hari demi hari hingga ke syurga, Aamiin.

Goodies Kicap Jalen dan Sos Jalen 

Pelamin Indah Raikan Cinta Adi Ashraf & Nurshahirah Pelamin Indah Raikan Cinta Adi Ashraf & Nurshahirah Reviewed by Ana Jingga on February 24, 2019 Rating: 5

4 comments:

Powered by Blogger.