Singgah ke Muzium Diraja Dahulunya Istana Negara

Dah beberapa kali lalu lalang di hadapan bekas Istana Negara yang kini di kenali sebagai Muzium Diraja, namun belum ada rezeki nak singgah masuk ke dalam untuk melihat sendiri apakah yang ada di pamerkan di dalam ruang istana ni. Sebagai peminat setia perkembangan diraja sama ada keluarga diraja British apatah lagi keluarga di raja Melayu di tanah air sendiri, ana berhasrat sangat untuk singgah satu hari nanti. Alhamdulillah, rezeki dengan izinNya, kali ini masuk juga ke sini dan lebih seronok lagi, ana datang bersama mak saudara dan adik-adik sepupu serta anak buah, Alif, Hilmi, Farish dan si kecil Hasbi. 




Meskipun anak-anak kecil ni tak faham apa-apa lagi, namun ibu saudara ana, wan dan wancu sangat teruja bila berkesempatan masuk dan melihat sendiri keindahan seni bina, tatarias dekorasi lanskap dan dalaman setiap ruang istana yang di pamerkan. Sayang sekali ana tak dapat berkongsikannya dengan pembaca anajingga dot com kerana pengunjung di larang untuk merakam mahupun mengambil gambar di dalam ruang pameran istana. Ianya menjadi sesuatu yang ekslusif yang hanya boleh di lihat sekiranya kita berkunjung ke sini. Macam sepupu ana, Daus kata, " tak boleh tangkap gambar kak Ana, ingat elok-elok, balik nanti lukis balik, hehe ".  Kan main nyakat kakaknya ye. 





Apa yang menarik di Muzium Diraja, Istana Negara, Kuala Lumpur ? 


Apa yang dapat ana kongsikan di sini hanya pemandangan lanskap di luar istana dan memberikan serba sedikit gambaran, apa yang ada di pamerkan di sini, kay. Ada rezeki, korang pergilah sendiri nanti, In Shaa Allah. 


Harga tiket masuk ke Muzium Diraja Istana Negara, Kuala Lumpur


Okay, mula-mula mesti korang nak tahu berapakah harga tiket masuk ke Muzium Diraja, Istana Negara ni ? Tertera di dalam gambar adalah harga tiket iaitu untuk dewasa RM5 , kanak-kanak dan pelajar beruniform cuma RM2, pelajar sekolah menengah tidak beruniform RM3 dan warga emas atau OKU pula RM3 juga. Untuk pelancong asing kadar bayaran adalah berbeza. Cuma untuk golongan OKU ni agak tak mesra alam sikit lah kerana tiada kemudahan OKU untuk lawatan di dalam ruang dalam Istana yang banyak bertangga. Tak pastilah kalau kemudahan lif yang ada tu boleh di gunakan atau tidak tetapi semasa kami melawat tu, lif tidak beroperasi semua pun kena turun naik tangga di dalam istana. 




Masuk sahaja ke perkarangan istana di hadapan pintu masuk, kita perlu menanggalkan kasut dan menyerahkan tiket kepada pengawal yang bertugas. Dan masuk ke ruang pameran pertama di tengah-tengah ruang ialah bilik santapan diraja. Diikuti oleh ruang demi ruang termasuklah bilik tetamu, balai rong seri kecil, bilik peraduan kerabat, bilik peraduan YDPA, bilik bersiram permaisuri, bilik solekan permaisuri, bilik bacaan, ruang dobi diraja, bilik mengadap, pejabat YDPA, pejabat permaisuri dan sebagainya. 




Kesemua ruang dan bilik-bilik ni di hias dengan citarasa mewah dan royal sangat. Sesuai dengan era pada ketika itu. Akhir sekali sebelum melangkah keluar dari ruang dalam istana ialah terdapatnya sebuah klinik gigi diraja. Wahh!! Tertulis di situ, setiap hari Rabu kalau tak silap ana akan datang doktor dan jururawat dari wad diraja untuk melakukan pemeriksaan gigi di sini. 




Ruang dalaman istana sangat besar dan luas. Ana pasti ketika masih di gunakan pelbagai protokol yang harus dilakukan ketika bertugas di dalam istana untuk memberi perkhidmatan kepada YDPA dan Raja Permaisuri begitu juga dengan urusan-urusan yang di jalan kan. Menarik sangat, negara kita mempunyai sistem Raja Berpelembagaan yang menjadi tunggak naungan rakyat jelata. Ana sangat menyayangi dan menjunjung kasih di atas institusi Raja-raja Melayu di tanahair kita, dan berasa amat marah bila kebelakangan ini, segelintir rakyat yang mula tidak menghormati keistimewaan dan kedudukan Raja-raja Melayu. 





Bukanlah satu  mitos namun warna kuning amat sinonim dan menjadi lambang kedaulatan warna diraja Melayu. Kebanyakan ruang istiadat dilengkapi dengan perhiasan dan dekorasi berwarna kuning diraja. Senibina dan ukiran juga melambangkan ciri-ciri kesultanan Melayu lama dan sangat-sangat cantik dan unik tersendiri. 




Seni lanskap taman kalau lebih banyak di tanam dengan bunga-bungaan pastinya akan lebih menarik lagi. Ini kerana lanskap di luar istana adalah amat luas dan terdapat pancuran air serta padang di hadapan istana. Erm... ana boleh bayangkan bagaimana dalam filem Melayu klasik, permaisuri dan puteri-puteri raja bermain di taman istana bersama dayang-dayang pengiringnya. Wahh!! Imaginasi sangat kan ko, ana. 





Akhir lawatan, terdapat sebuah galeri jualan di luar dengan menjual pelbagai cenderamata untuk dibawa pulang sebagai tanda kenang-kenangan. Dan rezeki kami petang itu walaupun cuaca hujan turun dengan lebat dan kami terpaksa menanti hujan reda untuk ke kereta, kami diberikan aiskrim Malaysia perisa mangga berwarna kuning secara percuma setiap pengunjung. Haha.. Sedap tau. Lupa nak cerita, parkir kenderaan di luar pagar besar istana adalah percuma sahaja, kay. 

Serba sedikit info tentang Istana Negara lama yang kini dijadikan Muzium Diraja yang ana dapat dari  http://www.istananegara.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=95&Itemid=623

Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan pemerintah pertama bersemayam di Istana Negara Jalan Istana beberapa minggu sebelum kemerdekaan diisytiharkan. Manakala Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah menjadi pemerintah terakhir yang mengguna pakai Istana Negara Jalan Istana ini.Butiran lengkap mengenai Istana Negara atau pun Muzium Diraja ini boleh di dapati dari pautan yang ana berikan di atas. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah. 


Singgah ke Muzium Diraja Dahulunya Istana Negara Singgah ke Muzium Diraja Dahulunya Istana Negara Reviewed by Ana Jingga on February 10, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. Tak leh tangkap gambar, tertanya tanya pulak macam mana kat dalam tu

    ReplyDelete
  2. Dah sampai ye AJ ke istana negara 👍
    Teribhin juga nak ke sana tapi belum ada kesempatan lagi. One day insha Allah

    ReplyDelete
  3. dulu masa kicik2 ade singgah sini. sebab ayah orangnya suka sejarah.
    tapi tak menurun minat tu kat anak dia ni ngeh2..

    ReplyDelete
  4. Liez org kl pun xsmp lagi sini.. nnt nak bwk anak-anak ronda kl la..leh singgah istana negara ni

    ReplyDelete
  5. lom lagi aida tiba sini.
    pernah singgah, tapi dok luar je.
    masa tu naik bus hop on hop off.
    anak2 kepenatan :)
    akan dtg, one day. a must place utk bw anak2, kan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.