Dalam dunia maya tanpa sempadan ni, majoriti penghuni dunia memiliki akaun media sosial terutamanya Facebook. Facebook salah satu platform bersosial dan komunikasi sesama insan. Namun di sebalik setiap penciptaan pasti ada yang menyalahgunakannya untuk kepentingan peribadi. Buruk baik di tangan kita sendiri pengendalinya bukan salah medium itu tercipta. 

Ada yang menggunakan Facebook untuk tujuan sosial , berhubung dengan rakan dan kenalan lama dan baharu, jauh dan dekat. Ada yang semata-mata meraih keuntungan dari perniagaan secara online, ada yang menjadikannya medium dakwah, politik dan sebagainya.Terpulanglah pada pengendali akaun masing-masing, cuma satu yang perlu kita jaga dalam dunia maya ini ialah dosa dan pahala. 




Banyak kejadian mereka yang menyalahgunakan Facebook untuk tujuan yang negatif. Misalnya menggunakan gambar orang lain kemudian disalahgunakan untuk tujuan jahat seperti scammer, keyboard warior dan sebagainya. Tak pasal-pasal orang yang tak bersalah teraniaya. Dan ada juga yang menggunakan nama profile lain yang dah termasyur kemudian menjadikan akaun FB palsu untuk tujuan meraih keuntungan kewangan khasnya. 

Kini Facebook mengetatkan lagi ciri keselamatan di mana sekiranya ada orang yang upload gambar seiras wajah kita, ia akan keluar di notifikasi akaun FB kita, pergilah review dan pastikan ia bukan gambar kita yang disalah gunakan. Caranya aktifkan pengecaman wajah di bahagian setting privacy tu. 

Hari ini, ana nak berkongsikan cara untuk kita melaporkan sekiranya ada akaun palsu yang mencurigakan yang menggunakan profile , gambar-gambar atau jenama kita. Dalam erti kata cara untuk me report fake account Facebook. Cukup mudah , namun pasti ada yang masih tidak tahu bagaimanakah caranya. 

Cara report fake account Facebook 





Mula-mula pergilah ke link facebook yang palsu tu. Pada profile di bahagian atas akaun ada tiga titik sebaris di sebelah kanan atas bersebelahan ruang search (gambar di atas ) . Tu contoh ye, Page Anajingga Dot Com tu page ana ler hehe :) .  Klik pada titik dan akan keluar paparan di bawah : 




Klik pada pautan Give feedback or report this page .





Masuk ke kolum kedua di mana pilihlah apa yang perlu kita laporkan mengenai akaun tersebut. Contohnya Scams and Fake Pages. Klik dan hantar ( SEND ) .





Selesai dan siap satu laporan telah di hantar dan kita juga boleh Block atau Hide semua mengenai akaun yang kita laporkan tadi. Adalah lebih baik kita mewarwarkan akaun palsu tersebut di paparan Facebook kita dan kemudian meminta lebih ramai rakan FB untuk melaporkan bersama. Dengan ini pengendali FB akan lebih cepat mengambil tindakan dan memadamkan akaun tersebut. Sekiranya ia satu ancaman keselamatan diri , terus melaporkan kepada pihak polis dan SKMM untuk tujuan keselamatan.

Begitulah kan, di mana sahaja diri kita sering terdedah kepada ancaman yang bahaya. Berwaspada dan peka lah pada perkongsian maklumat yang disampaikan khasnya mengenai scammer yang terlalu licik dalam melakukan penipuan. Macam-macam cara mereka cuba untuk mendapatkan habuan dari sumber menipu ni. Semoga kita semua di lindungiNya di dunia dan akhirat. Aamiin.


10 Comments

  1. Good info kak ana.. Pape nnti leh la rujuk sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah Lea semoga bermanfaat buat yang mencari info dan caranya .

      Delete
    2. Kalau kita report kat pihak FB . Orang tu tahu tak kita yg report?

      Delete
    3. Tak, acc tu tak tahu siapa yg report tapi depa akan dpt notification

      Delete
  2. Terima kasih kak perkongsian.Zaman sekarang ni yang tak boleh pun dibolehkan oleh manusia-manusia berkepentingan..empati..rasa bersalah tolak tepi..Allahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama PC semoga ada manfaatnya suatu masa nanti, In Shaa Allah

      Delete
  3. perkongsian yang bagus ni kak ana, seram sekarang ni macam tak bertanggungjawab jenis manusia buat macam ni, kalo ada apa2 hal kita pulak yang kena

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa, nak nak macam kita yang sering update pelbagai gambar ni kan, semoga di jauhkanNya dari segala musibah..aamiin

      Delete