Cuaca sekarang ni memang panas membahang, sehingga kan di skrin handphone tertera suhu sehingga 33'C di tengahari di kawasan kediaman ana ni. Ada ketikanya angin yang menghembus pun membawa bahang haba panas. Allahu.. Kadang-kadang jadi gerun dengan perubahan cuaca secara ekstrem sebegini yang banyak membawa kita berfikir tentang tanda-tanda akhir zaman yang kian menghampiri. Apapun ana percaya ia satu ujian buat kita umat manusia ini untuk menguji kesabaran. 

Kadang-kadang hujan pun manusia marah, panas pun marah..siapalah kita dibumiNya ini. Segala kejadian adalah dengan izinNya dan pasti ada hikmah dan asbab akan kejadian itu sendiri. Belajar mensyukuri nikmat dan husnuzon. Sekurang-kurangnya kita masih boleh bersyukur kerana panas macam mana pun, masih ada air yang cukup untuk minum, mandi dan sebagainya jika dibandingkan dengan negara lain yang kering tandus, Allahu Akhbar. 



kredit poster : KKM 



Tips Kekal Sihat Ketika Musim Panas 


Dalam situasi musim panas melanda ni, berlegar-legar di media sosial dan juga kiriman whatsapp mengenai kesan cuaca panas dan ada yang agak merapu dengan info tanpa fakta. Kononnya tak boleh minum air sejuk dan sebagainya. Macam-macam info yang tak sahih bertebaran. Apa yang perlu kita kongsikan pastikan ianya fakta yang benar dan rujukan sumber yang sahih. 

Hari ini ana kongsikan Tips Kekal Sihat Ketika Musim Panas yang ana perolehi dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Dah pastilah tips tersebut telah mendapat maklumat yang jelas dan benar dari mereka yang arif dalam bidangnya, dan ingin ana kongsikan semula di sini buat pengetahuan kita bersama. Merujuk kepada poster (kredit ) dari Kementerian Kesihatan Malaysia antara langkah yang perlu kita ambil untuk kekal sihat ketika musim panas ini ialah : 

1. Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal. Bekalkan anak-anak dengan air kosong ketika ke sekolah atau aktiviti riadah. Ana sendiri berbotol sehari minum siang dan kadang-kadang tengah malam tersedar pun siap bawa air ke dalam bilik tidur. Kering tekak kehausan kan. 

2. Gunakan kipas / pendingin hawa untuk menyejukkan badan

3. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti di luar. Bila fikirkan mereka yang bekerja di luar bangunan tu pasti lebih mencabarkan situasi yang mereka lalui berbanding dengan kita yang berada dalam bangunan malahan bekerja di dalam penghawa dingin lagi.

4. Pakai losyen , pakai pelindung suria ( sunblock) dengan SPF 30 ke atas. Ini pastilah untuk melindungi kulit dari kesan panas matahari jika berada di luar. 

5. Kurangkan minuman berkafein, alkohol dan bergula. Kita umat Islam ni pastilah tidak menyentuh alkohol tapi minuman berkafein tu cabaran juga bagi ana, menurut keterangan di atas kurangkan bermaksud sehari sekali untuk sarapan tu aci kut ye , hehe :) 

6. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar. Ermm.. agaknya betullah kan kalau pakai baju warna hitam lebih menyerap haba, dan sungguh pakaian longgar memang sangat-sangat selesa ketika panas, tak lah berpeluh. In Shaa Allah. Lagipun longgar itu pun tuntutan agama kita. 

7. Tidak duduk dalam kenderaan yang bertutup dan tidak berhawa dingin. Sangat-sangat lah merbahaya juga untuk keselamatan kita. 

8. Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh

9. Pakai topi/payung untuk melindungi pancaran haba dari terus ke badan. Ana memang dah siap-siap bekalkan anak-anak payung seorang satu untuk mereka gunakan ketika panas mahupun hujan. Bekalkan anak-anak kita ye. 

Semoga dengan paparan perkongsian info dari KKM ini sedikit sebanyak dapat kita guna pakai untuk melindungi diri ketika sedang dilanda cuaca panas. Yang baik semuanya pasti datang dari Allah swt dan setiap musibah yang terjadi adalah dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Kalau ada rasa simpati letakkanlah air di luar rumah untuk kucing-kucing minum dan siramlah tanaman pokok di sekeliling rumah untuk memberikan kesegaran dan kesinambungan kehidupan alam. Waallahu a'lam. 

4 Comments

  1. seharusnyaaa minum plain water banyak2. jangan kurang.. time2 macam ni air kena banyak.

    ReplyDelete
  2. Sha pun terkesan dengan cuaca panas yang melanda sekarang.. terasa sangat kering badan.. memang kena minum air banyak.. tapi Alhamdulillah seminggu ini adalah hujan membasahi bumi..

    ReplyDelete