Cara Buat Whatsapp Link Tanpa Perlu Save Contact Number
Sekarang ni adalah lebih mudah khasnya buat peniaga online menggunakan direct whatsapp link untuk di hubungi prospek atau pelanggan. Dengan whatsapp link ni , prospek atau pelanggan tak perlu save nombor tetapi boleh sahaja klik dan di hantar terus ke peniaga untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Mudah bukan ? Segala kemudahan teknologi komunikasi yang memudahkan ini, harus kita guna pakai sebaik mungkin untuk memaksimakan jualan, In Shaa Allah.
Baru kejap ni ana bantu sepupu ana yang berniaga biskut raya, kuih semprit untuk siapkan whatsapp link nya. Bukan apa, ana nak bantu nya untuk ping kan bisnesnya di group komuniti setempat, jadi lebih mudah untuknya menggunakan whatsapp link agar senang di hubungi. Teringat nak kongsikan juga di sini dan mana tahu sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan kita yang berniaga ni mempunyai whatsapp link sendiri pula, kan. Jom kita belajar cara-cara untuk mencipta whatsapp link sendiri.
Cara nak buat whatsapp link
1. Caranya sangat mudah hanya guna link ni :http://www.wasap.my/ .
2. Klik pada Log In di link yang dipaparkan iaitu http://manage.wasap.my
3. Di sini bagi yang pertama kali nak create link perlulah sign up dahulu dengan email dan password.
4. Bila dah sign up bolehlah log in dan mula kan dengan Klik Add Link.
5. Isi bahagian kosong iaitu bahagian Link, Phone dan Pre-filled text. Abaikan yang lain. Contohnya : http://www.wasap.my/+6012345678 atau nak letak nama bisnes pun boleh contoh : http://www.wasap.my/+6012345678/biskutanajingga
6. Klik Add.
5. Bila dah dapat link bolehlah Copy link yang keluar dan paste di laman social media yang korang kehendaki. Tapi cubalah dahulu dengan kawan-kawan dalam contact sama ada link tersebut menjadi atau tak kan.
Untuk mudahkan lagi boleh ikut sahaja tutorial melalui youtube :
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat, In Shaa Allah.
12 Comments
ha aaa nak buat..thk you share !
ReplyDeletelajuu kolin kan hehe :) jadi tak tu ??
Deletewah..bagus ni kak Ana... memang mudah nak bagi link whatssap macam ni.jadi customer tak perlu lagi nak save nombor kita dulu kan
ReplyDeleteitu lah eda, perlu bagi seller kan :)
Deletegood tutorial tq for sharing
ReplyDeletesemoga bermanfaat mama in shaa allah
Deletesesuai untuk yang meniaga tu dok share2 link kan..
ReplyDeletetu lah seller wajib kena ada agar senang untuk dihubungi :)
Deletesenang cara amcam ni,
ReplyDeletebetul tu mummy :)
DeleteNIce sharing K.Ana
ReplyDeletein shaa allah semoga dapat membantu mereka yang nak buat kan Mrs A :)
Delete