Di kalangan rakan-rakan blogger sedia maklum bahawa mulai 2hb April 2019 ni akaun Google + akan di tamatkan. Ana tak pasti sejauh mana kesannya pada blog tetapi awal-awal ana dah ambil langkah dengan menukar dari profil Google + kepada profil Blogger semula seperti sebelumnya. Dan baru-baru ini beberapa rakan blogger ada bertanya kepada ana bagaimana cara untuk meletakkan gambar pada profil Blogger pula. Jomm.. ana kongsikan tutorial mudah untuk menukarkan atau meletakkan gambar pada profil Blogger masing-masing supaya bila muncul di ruang komen nanti, nampaklah gambar atau imej yang korang pilih . Macam ana masih menggunakan logo AJ yang di hadiahkan oleh adik blogger saya, iaitu ARZ MOHA laa siapa lagi kan... 



Cara tukar gambar di Blogger Profile 

1. Langkah pertama perlu ke bahagian template dan pergi ke Setting - User Setting di bawah tu : 




2. Di ruang User Profile tandakan Blogger dan di bawah tu ada pautan Edit ( klik di situ) 




3. Isikan butiran yang korang ingin kan muncul di paparan Profile korang dan di bahagian bawah ruang Profile Photo klik pada remove atau add image bagi yang nak menukar dan meletakkan gambar profile. Upload dari komputer atau smartphone gambar atau imej yang dikehendaki. 



4. Selesai dah berjaya dah upload gambar atau imej pada paparan Profile Blogger korang dengan butiran dan pautan yang dinyatakan. 




5. Dan pada ruang komen nanti terpaparlah imej atau gambar profil korang ,sekiranya tak tukar yang muncul hanya huruf B bolat oren tu sahaja laa jawabnya. Abaikan typo pada komen AJ tu naa.. faktor usia tu hehe :) 




Selamat mencuba dan semoga bermanfaat , In shaa Allah.