Seorang lagi kawan sekolah ana, Peck Sar mengirimkan keindahan bunga-bunga tulip. Kali ini foto-foto kiraman Peck Sar dari Holland Park, Kensington, London. Beliau kini menetap di sana jadi setiap kali ada sahaja gambar-gambar bunga yang cantik, pasti dia akan post kan di group whatsapp sekolah kami dan tujukan kat ana. Dia tahu kawannya ni tak pernah lagi menjejak kaki ke negara orang, dapat lihat gambar-gambar cantik kiriman kawan-kawan pun dah happy. 

Dan ana suka abadikannya pula di sini untuk tatapan pengunjung blog. Sharing is caring kan... Thank you so much Peck Sar. Persahabatan ana dengan kawan-kawan sekolah masih kekal hingga ke saat ini tak kiralah dari pelbagai kaum kerana kami dahulu bersekolah di aliran Inggeris, Horley Methodist, Teluk Intan. 

Jom.. saksikan betapa berwarna-warninya kelopak bunga-bungaan di Holland Park, Kensington, London. Dan sekarang ni pun musim bunga tulip di Keukenhof, Belanda. Acara tahunan dan tahun 2019 ini bermula dari 21 Mach 2019 hingga 19  May 2019.














Yang belum direzekikanNya untuk melihat sendiri di depan mata, jadilah kan dapat melihat dari lensa kamera yang dikirimkan. Thank you so much and credit photos ti Peck Sar, London. 

8 Comments

  1. Cantik.Dapat tengok gambar pun dah syukur kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah PC, kadang2 beruntung ada kawan yang memahami minat kita, kawan kak ana selalu hantar gambar2 keindahan musim bunga di benua Eropah yang mustahil untuk kak ana lihat dengan mata kepala sendiri melainkan dengan izin Allah swt jua .

      Delete
  2. cantiknya semua tulip dia! Kalau duduk sana mesti memborong sakan bawak balik rumah haha

    https://www.farhanajafri.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak keluar rumah kalau macam ni kan FJ :)

      Delete