Bila balik kampung ana di Teluk Intan, ada sahaja yang mak akan bekal kan bawa balik ke rumah. Kali ni mak bagi tiga biji ubi keledek ungu. Mak beli kat pasar tani hari Rabu kat Bazar Nanas, Kampung Selabak tu. Sejak ada pasar tani kat sana macam-macam mak beli, katanya murah-murah RM2 tiga ketul ubi keledek. Barang lain pun murah-murah kata mak dan abah. Rajin depa berdua pergi sebab tak jauh dari rumah kami pun.





Bawa balik, hari Sabtu lepas ana goreng kan seketul , hiris nipis-nips salut tepung dan jadi keledek goreng juadah minum petang ketika anak-anak ada di rumah. Lebih dua ketul ni, ana cadang nak buat pengat keledek sahaja untuk juadah buka puasa. Ana ganti puasa lah dah masuk Rejab ni, suami pula ikut temankan dia puasa sunat Isnin dan Khamis. Sedap juga jadikan pencuci mulut pengat keledek ungu ni. Ana cuma campurkan dengan sagu sahaja nak bagi pekat sedikit pengatnya. Pengat ni orang Perak yang sebut kalau kat sini orang panggil bubur. 

Resepi pengat keledek bersagu 


Bahan-bahannya : 

Ubi keledek ( ana gunakan ubi keledek ungu , buh la ubi keledek apa pun kan ) 
Biji sagu 
Santan pekat
Gula perang ( kalau tak ada gula putih pun boleh ) 
Sehelai daun pandan
Secubit garam

Cara masak pengat keledek 

1. Ana rebuskan dahulu ubi keledek yang telah di potong kecil sehingga empuk. 





2. Toskan airnya . 

3. Basuh segenggam kecil biji sagu di bawah alir air paip sehingga hilang kanjinya. 

4. Masukkan santan ke dalam ubi keledek yang telah empuk tadi. Didihkan sehingga sekali menggelegak.

5. Barulah masukkan biji sagu dan kacau selalu sehingga sagu nampak butir jernih. 

6. Rasakan dengan gula secukup rasa, kurangkan manis lagi elok sebab keledek pun dah manis. 

7. Masukkan secubit garam dan simpulan daun pandan untuk haruman. 

8. Kacau selalu dan tutup api bila dah cukup masak. 

Siap untuk satu hidangan tradisional Melayu lama yang kadang-kadang menjadi pembuka selera seisi keluarga. Dah dekat-dekat Ramadan ni, menu-menu sebegini lah mengamit nostalgia ketika masih kecil berpuasa di kampung halaman, kan. 

18 Comments

  1. Sedapnya..pulak musim panas ni..dah siap masak,,masuk peti ais..dah sejuk baru makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah PC sama lah kak ana pun suka buh dalam peti ais sejuk makan kan hehe :)

      Delete
  2. Waaa nampak sedap, walaupun Sis tak gemar pengat keledek, hanya makan pengat pisang ajer...

    ReplyDelete
  3. nanti nak try resepi ni..nice resepi...done follow you boleh follow saya balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah ayinadinda :) In shaa Allah nanti kak ana menyusul ke sana :)

      Delete
  4. Replies
    1. keledek tanam sendiri lagi best kan WP hehe :)

      Delete
  5. sini panggil pengat jugak kak ana, sedap ni buat pencuci mulut untuk berbuka puasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ye wani, bubur ni selalu yang guna gula putih kalau gula merah kami panggil pengat , agaknya lah ye hehe :)

      Delete
  6. first time Zaf tengok pengat ni Kak Ana... anyway pengat memang slalunya sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana makan kalau hat kurang maneh Zaf, buat sendiri boleh la adjust kemanisannya kan :)

      Delete
  7. sedap keledek !! semua adik bradik ubi sedap =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha belah sepupu sepapat ubi tu yang mana agaknya CT hehe :)

      Delete