Tart Nanas Kerang Menu Raya Yang Cantik dan Sedap
Ana pasti ramai di antara kita ni peminat kuih tart atau tart lover. Ada sesetengah orang tak sah raya kalau tak ada hidangan kuih tart atas meja di rumah. Ana sendiri penggemar tart tegar. Cuma ana ni pemilih juga nak beli atau tempahan tart bila nak makan. Kadang-kadang ada tart yang di jual tu tak kena dengan selera ana. Paling tak boleh terima tart yang terlalu kering dan relai bila di pegang dah pecah. Sudah nya belum raya dah jadi serdak kan..Adoi..kecewa sungguh.
Tart yang sedap ni pastilah yang dari homemade kerana ia setanding dengan rasa dan kualitinya juga. Untuk mempastikan kita mendapat tart yang sedap kena cari yang homemade dan kalau ikut pengalaman ana lah kan, tengok pada rupa paras tart tu dah boleh tahu In Shaa Allah pasti ia sedap. Panjang pula mukadimah ana hari ni.
Sebenarnya ana nak promosikan pada korang semua yang sedang tercari-cari tart yang trending tahun 2019 ni tak lain tak bukan ... Jeng! Jeng! Jeng!... Tart nanas kerang.. Atau ada yang panggil Tart Kerang. Cuba korang tengok gambar ni, ya amat gebu-geban sangat kan. Cantik sampai sayang nak makan tau tak , hehe :)
Ana memang penggemar tart nanas, tapi seumur hidup tak pernah pun cuba buat. Selalu ana tempah je dari kawan-kawan atau makan je kat rumah saudara mara atau rakan-rakan yang ada sajikan tart nanas ni. Kali ni pertama kali lah mencuba sendiri tart nanas yang di jual jiran ana, Ida.
Ana nak cuba sebab bila tengok gambar kat FB Ida pun dah boleh tahu ianya pasti lembut dan sedap. Bila Ida hantar pada ana minggu lepas, sayang nya nak makan sebab cantik sangat kejadian rupa parasnya. Dan bila anak-anak balik, buka balang dan ambil seketul.. Dengan lafaz Bismillah.. Masyaa Allah memang sedap, kome.
Rasanya cukup lembut bila di makan dan tak berserdak, maknanya ia moist lah atau adunan yang basah dan tak kering. Pastri tart ni Ida kata menggunakan pure butter Anchor dan ianya homemade 100%. Termasuklah inti jem nanas pun homemade okay.
Lagipun ana kenal Ida ni bukan baharu lagi dalam perniagaan biskut dan kuih muih ni, airtangan nya terkenal lah di kejiranan kami mahupun di kampung halamannya Teluk Intan, haa sekampung kami ni sebenarnya.
Pelbagai lagi tempahan biskut raya yang beliau jual dan korang scroll lah hingga ke akhir entri ini untuk pelbagai tempahan biskut raya homemade. Khas buat penduduk Rawang dan Teluk Intan serta sekitarnya. Nak pos pun boleh kerana Ida pernah pos kan biskut raya dan Alhamdulillah sampai dengan selamat.
Hubungi sahaja atau klik di pautan yang ana berikan ini untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, okay.
Whatsapp : www.wasap.my/60133588790/tartkerang
hubungi terus Puan Ida pun boleh di
013-358 8790
Facebook : Ida Limau Purut
Instagram : @ida_ahmad_ismail/
Juga menerima tempahan biskut dan kuih muih sekitar Rawang
Berikut ana berikan senarai biskut raya 2019 berserta harganya sekali mudah untuk korang buat pilihan dan tempahan. Tempah awal naa.. lambat kempunan nanti kerana biasanya Ida akan closed order bila dah menjelang Ramadan nanti.
18 Comments
Ya Allah peberet kita ni kalau raya, memana pergi beraya mesti jenguh bekas kuih orang sebab cari kuih tart hehehehehe
ReplyDeletebetul tu sis, tart antara menu biskut raya yang selalu di cari kan :)
DeleteTak kisah tart apa pun..PC suka..sekarang beraya susah jumpa tart kak Ana..bila tanya mahal katanya..kalau ada pun nak makan lebih segan..hehehehe.
ReplyDeletehehe mahal sebab kos nak buat pun tinggi juga kan PC dan tart yang sedap selalunya guna bahan yang baik kualitinya misalnya margerin yang betul2 bagus :)
Deletesedapnyaaa nampakkkkk
ReplyDeletenampak sedap rasa pun sedap kolin hehe :)
DeleteYa Allah gigih sungguh la buat tart ni haaa...Sally ni yg biasa pun rasa macam menyampah nak buat...tapi nak makan tak menyampah...hihihi
ReplyDeletehehe ayattttt :) sally makan apa yang tak menyampah kan hehe :)
DeleteOwh....
ReplyDeleteIngatkan tat nanas inti kerang
pelik juga
hehe boleh ke inti kerang WP :) macam mana rasanya eh hehe :)
Deletemusim2 nak raya dah ni.. mesti macam2 pilihan ada. tart satu kmestian.
ReplyDeletexleh kalo xdak hahaha..
kann tart antara yang wajib di cari hehe :)
Deletemak aiii kak, sedapnya..suka tart setiap kali menjelang raya. kuih raya fav saya
ReplyDeletebolehlah order mummy rasa dulu sebelum order utk raya kan :)
DeleteSedapnya
ReplyDeletememang sedap Rina, In Shaa Allah kena pada selera :)
Deletegeramnya tengok tart nenas...memang kuih kegemaran Rose!
ReplyDeleteboleh sahaja order Rose ada juga yang diposkan :)
Delete