Iftar Ramadan buffet lagi sekali, kali ini ana memenuhi jemputan untuk satu program CSR anjuran salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur iaitu di Vivatel Kuala Lumpur. Alhamdulillah seronok sangat dapat sama-sama meraikan anak-anak yatim di dalam sebuah majlis berbuka puasa. Kisahnya telah ana terbitkan di SINI . Macam biasalah peneman setia ana pastilah suami tersayang ni kan. Kami berdua sahaja ke Vivatel Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Loke Yew. Syukur juga sempat sampai pada waktu yang dijanjikan kerana biasalah kan untuk masuk ke pusat bandaraya ni time-time lepas waktu pejabat memang agak mencabar. Gunakan sahaja aplikasi waze pandai dia bawa kita ikut lorong-lorong tikus nak elak kesesakan. Hehe :) Tak jemm tu bukan KL lahh kan. 




Okay berbalik pada Iftar Ramadan Buffet kali ini, ana tertarik lah nak share dengan korang manalah tahu kan, ada yang dapat bonus raya nak belanja keluarga dan kawan-kawan berbuka puasa di hotel, korang bolehlah baca entri ana ni. Kalau berkenan dan kena dengan pilihan citarasa tu cepat-cepat buat tempahan naa.. Buffet Ramadan ni setiap yang ana hadiri pasti ada keistimewaannya yang tersendiri. Ada special menu dan signature dishes yang tak ada kat tempat lain. 




Semasa ana dan suami iftar di Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur ni, paling ana tuju awal-awal lagi ialah air kelapa muda. Haa.. rare kan.. Di Retro Cafe , Vivatel KL ini chef akan belah kelapa kat situ dan tuang fresh dari buah kelapanya terus. Perghhh!! Sejuk tekak berbuka dengan iar kelapa segar ni tak payah cerita lah kan. 






Buffet Ramadan Vivatel Hotel Kuala Lumpur tahun ini  mengetengahkan tema "SAJIAN IBUNDA" bermula pada 6hb Mei sehingga 4hb Jun 2019. Sempat sangat tu nak pilih tarikh bila korang nak pii kan. Sambil-sambil shopping baju raya tu, bolehlah buat tempahan untuk iftar di sini sebab tak jauh dari pusat bandaraya Kuala Lumpur sahaja lokasinya. 




Menu-menu masakan di Retro Cafe adalah di bawah penyeliaan Resident chef mereka iaitu Chef Ashar Daud yang amat mahir dalam penyajian masakan warisan Melayu. Suami ana kenal rupanya dan sempat berborak petang tu. 




Sup Ayam Kampung yang ana makan ni sedap sangat kuah supnya dan ayam yang lembut 


Buffet Ramadan Vivatel KL ini di bahagikan kepada beberapa seksyen dan salah satunya yang menjadi Hot Selections pilihan ramai seperti Briyani Ayam dan Kambing, Kari Kepala Ikan, Seksyen Sup seperti Mee Sup, Sup Ekor, Sup Ayam Kampung , Sup Gear Box Kambing dan lain-lain lagi.




Ada juga konsep gerai-gerai menu masakan panas yang di masak ketika itu juga di sajikan kepada permintaan kita  macam seksyen mee tu depa akan goreng panas-panas, seksyen pasta, ikan bakar dan best sekali cempedak goreng dan pisang goreng panas-panas. Suami ana tuju kat pisang goreng tu awal-awal lagi. 




Menu pencuci mulut yang kami makan pastilah pulut mangga , suami makan pisang goreng panas dan ana mencuba udang harimau dan tiram serta kepah 


Untuk menu pencuci mulut pula, tak payah sebut lah nak makan kuih apa, dari kuih moden hingga lah ke kuih tradisional. Paling ana suka puding-puding kat sini yang pelbagai dan dihidangkan dalam sajian yang cantik-cantik sampai sayang nak makan. Ana mencuba puding caremel , sedap tak terlalu manis , cukup lemak dan sangat kena dengan selera ana. Alhamdulillah. 








cantik kan puding ikan ni rasa pun sedap 






The best part is ana dapat juga makan pulut mangga petang tu sebab sehari sebelum tu ana ke bazar dengan suami teringin dah nak berbuka puasa dengan pulut mangga tapi terlupa nak beli. Alhamdulillah ketika di sini, dapatlah melayan selera tekak nak makan pulut mangga.Rezeki kan siapa sangka :) 




Buffet Ramadan " Sajian Ibunda " di Retro Cafe, Vivatel Hotel ni boleh korang nikmati dengan harga cuma RM98 nett untuk dewasa dan RM68 nett untuk kanak-kanak. Bolehlah hubungi  nombor telefon dan email yang ana berikan di bawah untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. 


Talian telefon :

03 9205 8888 

Email : 

enquiry@vivatel.com.my 




Tak sabar nak makan ketupak palas untuk raya ana dah makan awal-awal di Retro Cafe, Vivatel Hotel KL 


Korang yang datang dalam bilangan yang lebih 10 orang pula akan dapat harga diskaun dan 1 voucher percuma. Nak tahu lebih lanjut kenalah hubungi nombor yang ana beri di atas tu naa :) Termasuklah juga dengan promosi penginapan di Vivatel dengan pakej sahur dan iftar pun ada. 






Meh lah ana nak kongsikan lagi beberapa keping gambar yang sempat ana rakamkan sekitar Retro Cafe, Vivatel Hotel Kuala Lumpur dan  menu yang menjadi highlighted dari Chef antaranya :


MAK SI DUYUNG 

Udang Harimau segar, Ketam Bunga, Tiram, Kepah bersama perahan Lemon dan Cocktail Dressing 




PERIUK REMPAH 

Sup Gear Box Kambing, Sup Ekor, Sup Tulang Rusuk






BAKAR BAKAR

Kambing Panggang





MAMI MAMU

Kari Kepala Ikan, Briyani Ayam dan Kambing




IBU BERAKSI 

Asam Pedas Ikan Mayong dan Asam Pedas Janahak




LAUK UMI

Udang Sambal Terung dan Udang Lemak Nanas




MAMA MODEN 

Roast Beef Fiery Black Pepper dan Lasagna Ayam 





Salam Ramadan Kareem dari www.anajingga.com 

2 Comments