Ana ni nama sahaja orang Perak jati, tapi bukan selalu ke Bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Sebabnya kalau balik Perak tu , ana terus ke kampung halaman di Teluk Intan, dah sampai kampung tu faham-faham ajer laa, masak makan dengan keluarga je la aktiviti kami. Last ana bermalam di Ipoh tiga tahun lepas kalau tak silap , itupun sebab anak buah suami berkahwin dengan orang Ipoh. Tapi itupun sebab kenduri kahwin jadinya tak lah jenjalan ke mana pun, lepas kenduri terus balik ke Kuala Lumpur. 



Baru-baru ni ana terbaca , MAPS kini dibuka secara percuma kepada pengunjung, terus anak-anak ni bagi cadangan , jom ibu kita pergi MAPS. Seronok juga tu, sebabnya nak masuk ke studio park lain jauh dan ini pula kat kampung sendiri kan, kira onzz laa anak-anak. Kami plan nak pergi hari Sabtu 20hb, jadi malam tu suami suruh cari hotel kat Ipoh untuk bermalam , penat katanya kalau day trip, boleh tahan juga lah jauhnya kan. 




Putrade Allsuites @ RPGC , Ipoh 



Hasil carian di Google, terbaca lah review beberapa rakan blogger adanya Putrade Allsuites , sebuah hotel apartment lebih kurang sebab setiap unit tu ada yang satu bilik, dua dan tiga bilik. Ermm... nampak sesuai lah kan tak perlu nak sewa dua bilik berasingan dengan anak-anak, ambil sahaja satu unit suites yang dua bilik. Kami booking dan tunggu lah waktu untuk ke sana nanti. 




Yehaaaa!! 19hb April 2019 pun tiba, suami ambil cuti hari Jumaat sebab Sabtu dia offday. Jadi tak perlulah ambil cuti lama, nak kena simpan raya nanti hehe :) . Kami gerak dari rumah terus ke Shah Alam, ambil Kak Long dan Adik Ika di kampus. Terus dari Shah Alam masuk hiway PLUS kemudian suami keluar Behrang sebab nak singgah solat Jumaat. Dah tu terus lah ikut jalan lama sampai ke Ipoh dalam jam 4:00 petang juga lah. Guna applikasi waze, sampailah ke destinasi yang di tuju, Putrade Allsuites @RPGC




Walaupun dahulu selalu sahaja ke Jalan Sultan Azlan Shah ni ketika adik ana bersekolah di S.M. Raja Izuddin, tapi dahulu belum ada lagi Putrade Allsuites , cuma yang ana tahu Royal Perak Golf Club tu sahaja yang sederet dengan Istana Riswin. Sekarang ni dah membangun sungguh kawasan sekitar ni, banyak bangunan dan kediaman mewah di kiri kanan jalan. Wahh!! Hebat bandaraya Ipoh kan. 




Okay dah cukup throwback sangat kan, kita sambung cerita staycation ana di Putrade Allsuites pula. Ana memang suka berkongsi di blog setiap kali menginap di mana-mana destinasi percutian ni bukan apa, supaya mudah bagi mereka yang tercari-cari review atau hotel mana yang best di Ipoh ni, terjumpa artikel ana ni dapatlah serba sedikit gambaran sebelum membuat tempahan kan. Bayangkan datang dari jauh sekali sampai ke hotel tak seindah dalam gambar tak ke kecewa, jadi ana galaslah tanggung jawab sebagai blogger ni untuk berkongsi pengalaman yang best tentang mana-mana staycation dan kali ini khas buat korang yang bercadang nak bercuti atau ada urusan di Bandaraya Ipoh, jom baca dan lihat review ana menginap di Putrade Allsuites @RPGC .




Sampai di pintu utama tu, korang jangan lah terkejut pula kena tahan dengan sekuriti dan terus ke main entrance Royal Perak Golf Club ni, sebabnya Putrade Allsuites merupakan satu pengurusan dengan RPGC. Korang bagi tahu sahaja kat pak guard tu nak ke hotel, sure dia bagi masuk punya kay. Ana sampai terus check in dan di sambut mesra oleh receptionist yang bertugas. Nasib baik buat reservation sebab menurut Cik Sukma, pegawai yang bertugas, bilik semua penuh. Ermm kalau tak kempunan lah kan. 




Kami di bawa ke unit suites di tingkat dua, dia kira ground tu 1st floor. So ia kat tingkat satu sebenarnya sebab Putrade Allsuites ni cuma ada tiga tingkat sahaja. Touch in pintu dan slot in card, wahhh!!! Anak-anak dah excited sangat dengan dekorasi unit suites yang kami bakal bermalam ni. Serius cantik, cozy dan lengkap selengkapnya. 




Dari ruang tamu dengan gaya dekorasi minimalis ada LCD, sofa dan channel Astro yang jelas. Adik Ika terus buka channel movie mengadap filem feveret dia kebetulan tengah on show masa tu, cerita apa? Entah tak ambil port pun. 








Suites ni juga ada dry kitchen lengkap dan bersih sangat dengan coffee maker, cerek elektrik, sinki dan peti sejuk. Semua gelas, cawan dan minuman juga di sediakan. Boleh lah korang nak lepak sambil minum kopi o kan. 






Unit suites yang kami ambil ni ialah unit dua bilik tidur. Di bahagaian hadapan ialah bilik tidur kedua dengan dua katil single serta bilik air di hadapannya, manakala satu lagi bilik di belakang pastilah bakal bilik peraduan ana dan suami iaitu master bedroom dengan sebuah katil saiz king kalau tak silap ana dengan bilik air di dalamnya. 








Apa yang buat ana impressed sangat ialah gaya dekorasi dalaman di kedua-dua bilik ni. Cantik, elegan dan cozy ya amat. Menggunakan perabot katil kayu berwarna biru, almari dan dressing table dengan sentuhan perabot kayu. Kalau nak kata ala-ala Inggeris kontemporari pun ada kan. Cuba lah korang tengok sendiri. Lawaaaa... Sayang nak tidur sebab cantik kan. Tapi sudahnya tidur juga sebab kepenatan seharian duk dalam kereta hehe. 




Jom masuk bilik air pula, perghh!! Royal korang. Toiletries semua dalam packaging kuning di raja gituew. Satu yang ana nak highlight dengan korang, lengkap sungguh toiletries yang di sediakan dari berus gigi, syampu, conditioner dan sabun tu normallah kan, tapi kat Putrade Allsuites siap ada lotion, sewing kid, vanity kid dan shaving kit, sikat dan cotton bud, hat tu rare kan...







Dan inilah master bedroom, kamar beradu ana dan suami malam tu.. Cantik sangat kan, gaya kontemporari yang mewah dengan tatarias perabot kayu padanan warna yang elegan di serikan sentuhan warna royal kuning di raja. Ermm... mimpi indah rasa tak nak balik dah. Di dalam almari kayu tu ada juga di sediakan safety box , mana lah tahu korang bawa ribu riban untuk bercuti kan, juga tersedia seterika dan iron board dan hair dryer. Kan ana dah kata serba lengkap, bawa beg baju dengan wallet je, lain semua ada temasuk bath robe tu hehe. 










Ana sempatlah tanya kat Cik Sukma, ada pool kan kat sini sebab ada nampak dalam FB Putrade Allsuites, adaaaa... memang ada dan korang yang nak mandi pool kena ke bangunan RPGC tu sebab kolam renang terletak di sana, begitu juga dengan gym. 




Petang tu lepas Asar, kami ronda-ronda kat pool side, cuma anak-anak tak jadi nak mandi kerana kat sini korang kena pakai swimming attire baru dibenarkan mandi, ini aspek keselamatan lah kan. Standard la tu, budak-budak ni tak ada bawa dan tak jadilah nak mandi manda di kolam renang. Cukuplah sekadar bergambar untuk update status. 






Petang tu sempat juga kami ke Padang Polo ,Ipoh yang tak jauh pun dari Putrade Allsuites ni. Kalau dulu memang sini lah port lepak bila mak bawa bekalan kami berkelah ketika melawat adik ana bersekolah agama kat situ jer. Sekarang ni Padang Polo merupakan destinasi riadah untuk orang-orang Ipoh, cantik dah sekitarnya. 




Lepas Maghrib kami jalan-jalan cari makan sampailah ke Bulatan Aman Jaya, dan sempat lah masuk MAPS seketika di waktu malam dan tengok suasana nya waktu malam. Dah masuk free kan, masuk je lah berapa kali pun. 




Balik ke hotel, sambung lepak depan tv dan update story sat, maklum lah blogger mana boleh berpisah dengan dunia socmed nya kan. Haa!! Lagi satu wifi kat sini lajuuu , memang awesome lah.  Dan alhamdulillah.. beradu dengan lenanya di kamar yang indah , di katil yang empuk sehingga lah ke waktu Subuh. 




Setiap penyewa bilik disini disertakan sarapan pagi mengikut bilangan bilik, kalau dua bilik tu empat paxs laa kan. Dan selepas sarapan, kami habiskan masa dalam bilik, kemas apa yang patut dan check-ou dalam jam 11:00 pagi sebab next destination pastilah nak ke MAPS. ( Nantikan dalam entri yang akan datang naa ) . Sebelum check -out tu sempat lagi ronda-ronda sekitar Putrade Allsuites dan RPGC sebab bukan senang nak datang lagi kan. Korang layan lah gambar-gambar yang sempat ana ambil khas buat pengunjung setia www.anajingga.com .








So, kesimpulan nya.. Kalau korang nak cari hotel yang selesa dan cantik di pinggir bandaraya Ipoh ni, jangan lupa ke Putrade Allsuites @RPGC. Ana suka staycation sini sebab ianya tak lah terletak di kawasan yang sesak di tengah-tengah bandar, dan ia berada di lokasi yang amat menenangkan. Tetapi tak jauh pun dari pusat bandar. Haa macam man tu ?? 




Maknanya, ia di pinggir bandar di kawasan yang agak private tetapi mudah nak ke bandaraya dan destinasi-destinasi menarik sekitar Ipoh ni. Putrade Allsuites @RPGC mempunyai 36 unit suites sesuai untuk sekeluarga. Korang boleh pilih nak suites 1,2 atau 3 bilik tidur dengan kadar harga yang berpatutan. Dan satu perkara yang ana boleh share dengan korang ialah staff kat sini semuanya peramah dan baik-baik serta terlatih. Tak percaya korang bacalah sendiri dari review-review yang di tinggalkan pelanggan di FB Putrade Allsuites @RPGC atau pun layari sahaja ke putradeallsuites.com  untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. 







Putrade Allsuites @RPGC beralamat di : 

c/o Royal Perak Golf Club,
Jalan Sultan Azlan Shah,
31400 Ipoh, Perak 

Tel :
  +605 - 238 0022
Fax : 
+605 238 0021

email : 
inquiry@putradeallsuites.com 






4 Comments

  1. Replies
    1. sangat2 selesa Kak Mala, kalau ke Ipoh boleh sahaja cari Putrade Allsuites ni :)

      Delete
  2. Wah.. menarik.. boleh dijadikan pilihan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sha salah satu pilihan terbaik untuk staycation di Ipoh :)

      Delete