Ni yang di katakan rezeki, petang tu suami balik kerja bawa balik sebekas sambal ikan bilis belimbing buluh kiriman dari staff nya Abang Hassan. Sambal ni memang kegemaran ana air tangan isterinya Kak Ila. Walaupun ana sendiri selalu masak sambal belimbing ni, tapi air tangan Kak Ila ni punya lah sedap tak boleh celen kata orang Perak. Challenge la bahasa Inggerisnya hehe. 



Buah belimbing buluh belakang rumah tu dah lama tak berbuah. Suami dah cantas dah dahan-dahannya belum lagi nampak berbunga. Mungkin sedikit masa lagi kut, In Shaa Allah. Sambal belimbing buluh Kak Ila ni power dia kat kepedasannya lah. Kalau ana masak, kurang menyengat sikit pedas cili api nya. Ana kurangkan pedas sebab suami dan anak-anak kurang makan yang pedas-pedas depa tak berapa tahan. 

Sambal ni mudah sahaja nak buat. Bahan pun tak banyak. Kena ada cili api, bawang merah, kunyit semua tu tumbuk lumat. Belimbing buluh tu hiris bulat-bulat dan nipis-nipis. Ikan bilis tu korang kena goreng garing terlebih dahulu. 

Kemudian tumiskan bawang dan cili api serta kunyit tadi hingga masak, masukkan belimbing buluh dan ikan bilis. Gaul sebati rasakan dengan garam. Siap dah. Rasanya ala-ala sambal hitam tu juga cuma sambal ni kejap sahaja masaknya berbanding dengan sambal hitam. Ada rasa pedas dan masam dari buah belimbing tu. Kalau korang terjumpa buah belimbing buluh ni boleh lah mencuba sendiri kay. 


8 Comments