Masyaa Allah dah sepuluh hari Ramadan hadir untuk tahun 1440H kali ini. Alhamdulillah. Semoga segala amalan yang kita jalani sentiasa mendapat keredhaanNya juga. Berbaki 19 hari lagi, di samping mengejar pahala amalan, persiapan menjelangnya Aidil Fitri juga kian terasa. Wajib bagi kita umat Islam merayakan Aidil Fitri sebagai lambang kejayaan kita setelah menempuh ibadah bulan puasa. Segalanya haruslah mengikut kemampuan yang ada, asalkan tidak berlaku pembaziran. 




Semperit Klasik Homemade




Kuih raya atau biskut raya mula menjadi tumpuan ibu-ibu dalam menyediakan juadah untuk menyambut tetamu yang bakal berkunjung. Salah satu biskut raya yang masih bertahan dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia ni antaranya ialah kuih semperit atau ada juga yang panggil samprit. Peredaran masa dengan pelbagai citarasa semperit baharu ada di pasaran. Tetapi bagi ana sendiri, semperit klasik ini juga menjadi pujaan hati. 




Dua tahun berturut ana dapatkan semperit klasik ni dari sepupu ana sendiri Intan Marina. Bukan sebab saudara nak puji melambung tetapi resepi semperit klasik Intan ni memang sedap, kena dengan selera ana dan kami adik beradik di kampung. Cukup rasa, lembut tapi tak berderai walaupun di simpan lama dan yang penting tak terlalu manis. 

Semperit Dinielicious


Usia kian meninggi ni memang tak boleh masuk dah hat manis-manis. Semperit klasik Intan ni cukup kena dah dengan selera ana. Siapa yang pernah beraya di rumah ana di Teluk Intan mesti tahu kan rasa semperit klasik Intan ni yang di labelkan dengan jenama Dinielicious , Dini tu nama anak bongsu Intan lerr.. Cik Dini Aisyah kita yang cumel tu :) 




Semperit klasik ni bukan sahaja Intan jual ketika hari raya, tetapi sepanjang masa pun ada di pasaran khasnya di kedai-kedai sekitar Taman Adenium, Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Musim raya ni Alhamdulillah Intan menerima banyak tempahan sebab ramai dah tahu kan rasa nya macam mana. Jadi pelanggan tetap pasti akan cari semula untuk dijadikan menu hari raya pula nanti. 




Intan buat sendiri di rumah kuih semperit klasik ni, jadi ianya 100% homemade. Sebab itu ana berani kata semperit yang paling sedap ni adalah yang homemade berbanding dengan yang dibuat secara kilang di pasaraya tu. Lain tau rasanya. Semperit Dinielicious ni agak moist dan tak kering. Bila gigit lembut je rasanya tapi tak berderai. Bahagian bawah pun cukup garing, dah pakar dah sepupu ana dalam menghasilkan semperit sebab Intan memang fokus pada kuih semperit klasik ni sahaja. Major in semperit gituew kann hehe :) 




Jadi kalau ada orang Teluk Intan, orang Rawang, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa atau sekitar Selangor pun yang mengidam nak makan semperit klasik sedap bolehlah order dengan Intan Marina ni di nombor yang ana berikan di bawah ni. Kalau bukan musim raya pun ada, In Shaa Allah. Harga pun sangat mampu beli dan harga tu tak termasuk delivery lah ye.. 




SEMPERIT KLASIK

RM 25 (+- 70pcs)

RM 13 (+- 35pcs) 



6 Comments