Sangat tertarik dengan pilihan bakal pengantin yang memilih tema hantaran yang agak trending masa kini iaitu diberi nama hidden hantaran. Hantaran untuk majlis pernikahan atau pertunangan yang di letakkan di dalam kotak dan di bungkus cantik dengan balutan kain atau pun kertas pembalut hadiah. Tapi untuk nampak lebih elegan dan cantik pastilah di bungkus dengan fabrik dan di selitkan hiasan bunga yang memberikan sentuhan keindahan pada seri hantaran.
 |
kredit foto IG @byprettypetals |
Contoh Hidden Hantaran
Ada baiknya bila memilih tema hidden hantaran ni, pertamanya kita terhindar lah dari di labelkan sebagai menunjuk-nunjuk. Selamat dah hantaran tersebut di bungkus indah. Tak perlu juga rasa kekurangan bila isi hantaran tu bukan dari jenama yang mahal. Biasalah ada sesetengah tetamu ni jenis yang suka berbisik di belakang, hantaran ni sebegitu lah, hantaran si polan ni macam tu lah.. Jadi dah bungkus tu biarlah rahsia kan. Hanya keluarga terdekat sahaja yang bakal mengetahuinya.
 |
kredit foto IG@thehantaran.nj |
Satu lagi, boleh sahaja di jadikan surprise pada bakal tunang atau bakal pasangan, apakah hadiah hantaran yang dibawa tu hehe :) Tu kalau yang tak pergi shopping barang hantaran sama-sama lah kan sebab selalunya seperti ana dahulu juga, kami pilih sendiri barang-barang hantaran ni jadi tak dak lah surprise pun :)
 |
kredit foto IG @gadispemaluuu |
Apapun ana kongsikan disini beberapa contoh idea untuk mereka yang ingin menghasilkan sendiri tema hidden hantaran untuk majlis korang nanti. Boleh lah gunakan dari gubahan idea hantaran ini dan pandai-pandailah adjust dengan budget masing-masing kan. Kalau tak boleh nak buat sendiri, boleh sahaja tempah dari mereka yang pakar.
 |
kredit foto IG @gadispemaluuu |
 |
credit foto IG @gadisdandulang |
 |
kredit foto IG @krweddingevent |
 |
kredit foto IG@thehantaran.nj |
 |
kredit foto IG @gadispemaluuu |
10 Comments
Mungkin jadi trend lepas ni
ReplyDeletebagi yang berminat boleh je buat kan WP :)
DeleteCantik pula bertutup macam ini.. Pakai kain pelikat dengan kain batik tu nampak eksklusif..
ReplyDeletenampak nostalgia kan Sha bungkus dengan kain batik dan pelikat tu :)
Deletetrend sekarang pesen sembunyi2 cenggitu pulak kak ana kan hehe
ReplyDeletekann anamizu, macam2 asalakan tak membazir dan baik tak ada masalah :)
DeleteBoleh bg contoh guna kotak apa ye?ada jual pelbagai saiz ke?
ReplyDeleterasanya boleh gunakan gift box ikut saiz yang nak isi barang hantaran tu, Sure ada pelbagai saiz, cuba cari di gift shop atau pun kedai hantaran pun ada ni :)
Delete1 kotak 4segi tu brp mtr kain nk guna??
ReplyDeleteikut saiz kotak tu :)
Delete