Pagi ni ana turun ke kebun belakang rumah, ternampaklah dua kudup bunga kantan sedang tumbuh. Lepas raya hari tu, Alhamdulillah banyak yang naik bercambah bunganya, sempatlah ana berkongsi dengan jiran-jiran mana yang nak masak laksa buat open house kan. Rezeki dari Allah swt ni kena lah di kongsikan bersama, baharulah terasa keindahan nya.



Bila dah habis raya ni dan bunga kantan masih banyak naik kuntumannya, terasa sayang pula kan. Sebelum ni pernah ana terbaca di perkongsian group masakan FB, jenuh cari balik dalam save item, jumpa semula. Ana sendiri belum pernah mencubanya, tapi dari komen  mereka yang pernah cuba kaedah ni rata-rata menyatakan ia kekal segar dan boleh di gunakan semula dalam masakan. 

Tertarik juga nak cuba sendiri lepas ni, namun ana kongsikan dahulu di sini cara nak simpan bunga kantan agar kekal segar dan elok. Jika sebelumnya ana simpan dalam balutan kertas surat khabar lama yang di basahkan, setakad seminggu tu ia masih segar tapi lama-kelamaan ia makin kecut dan bertukar warna hitam. Mungkin dengan kaedah simpanan dingin beku di dalam frezzer seperti yang di kongsikan Puan Qiha Fareesya via MAHN boleh menjadikannya lebih segar dan kekal aromanya. 

Cara simpan bunga kantan tahan lama dan kekal segar 



kredit foto : Puan Qiha Fareesya via MAHN 


1. Bunga kantan, lihat pada saiznya, kalau besar belah-belahkan.

2. Isi kan dalam plastik buat aiskrim Malaysia tu.

3. Isi air masak.

4. Simpulkan, macam nak buat aiskrim.

5. Bekukan. 


kredit foto : Puan Qiha Fareesya via MAHN 


Menurut Puan Qiha , beliau pernah menyimpannya selama 6 bulan dan bila hendak di gunakan bau dan rasanya masih fresh lagi. In Shaa Allah nanti ana akan cuba sendiri dan update sekali lagi. Bagi yang nak mencuba tu boleh lah kan, cuba dahulu. Khasnya yang ada pokok kantan sendiri di rumah. Dari komen-komen di post FB ini juga menyatakan teknik ini bukan sahaja sesuai untuk bunga kantan malahan sesuai juga untuk serai, lengkuas, kunyit dan halia. Ermm... tak cuba sendiri tak tahu kan. Terima kasih Puan Qiha Fareesya atas perkongsian yang amat bermanfaat ini. Alhamdulillah. 

14 Comments

  1. kak ana...kolin nak benih bunga kantan tuu lenkali tau

    ReplyDelete
  2. Wah baru tahu. boleh buat ni. 3 bulan tapi nampak freshhh lagi ;0

    ReplyDelete
  3. Baru tahu cara simpan macam ni kak ana. Boleh cuba buat nanti

    ReplyDelete
  4. Saya pun save juga gambar dr MAHN ni...tp nak masukkan dalam plastik pun malas...sudahnya kecut juga...

    ReplyDelete
  5. pernah terbaca tips ni, AJ.
    just x pernah buat :)

    ReplyDelete
  6. Baru tahu tips ni. Guna plastik aiskrim je ya. 3 bulan pun still fresh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba sendiri kan Rubiah baru tahu jadi ke tidak :)

      Delete