MBH MediSpa Kini Di Seri Manjung

Perlu ke wanita ke spa ? Kalau tanya ana, jawapannya mestilah perlu kerana kita sebagai wanita apatah lagi yang kian meningkat usia ni amat-amat perlukan rawatan kecantikan tubuh dan wajah. Baru lah sentiasa nampak berseri dan bertenaga dan yang paling penting mendapatkan kesihatan wajah dan kesegaran pada tubuh. Sekarang ni banyak spa dan salon kecantikan di mana-mana juga, cuma kita sebagai wanita bijak perlu tahu spa yang mana dapat memberikan rawatan dan servis yang baik dengan produk dan perawatan yang selamat. 




Antara spa yang sering diperkatakan di media sosial dengan memberikan servis dan rawatan yang positif pada pelanggan ialah MBH MEDISPA . Banyak review yang ana baca tentang keberkesanan pelanggan selepas mendapat kan rawatan di MBH MediSpa ni. Kebetulan ana plan untuk ke rumah adik di Seri Manjung, Sabtu lepas, ana sempat menghadirkan diri di majlis Grand Opening MBH MediSpa yang di adakan pada 29hb Jun 2019 yang lepas. Ermm.. macam selalu benda baik kena lah kongsikan, dan khas buat warga Manjung, Lumut, Sitiawan dan sekitarnya, korang bertuah sangat kerana MBH MediSpa kini telah berada berdekatan lokasi. Mudahlah nak jaga kecantikan dan perawatan tubuh kan. Jom kita baca serba sedikit tentang MBH MediSpa. 



Grand Opening MBH MediSpa, Manjung




Ana dan team #InfluencersPerak tiba di MBH MediSpa, Manjung sekitar jam 11 pagi. Kelihatan ramai pelanggan dan tetamu telah berada disini. Mereka yang hadir adalah untuk mengetahui tentang promosi yang sedang berlangsung antaranya diskaun sehingga 90% untuk semua rawatan termasuklah rawatan untuk parut berlekuk, jerawat, jeragat dan kulit kusam di samping memperolehi sampel produk. Pelanggan juga turut serta dalam aktiviti-aktiviti menarik dengan hadiah-hadiah cabutan bertuah tajaan Dermaklair. 



Majlis perasmian telah di lakukan oleh penyanyi remaja tempatan iaitu Osama Yamani yang merupakan anak sulung kepada penyanyi Dato' Jamal Abdillah. Osama juga memilih MBH MediSpa sebagai pusat penjagaan wajah beliau, patutlah nampak bersih je wajah Osama ni tau. 






Untuk pengetahuan semua, sehingga kini MBH MediSpa telah mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia dan Manjung merupakan destinasi pilihan ke 20 dan juga cawangan ke 5 bahagian utara kerana mendapat permintaan yang tinggi untuk membukanya di lokasi tersebut. Bertuah orang Manjung kan. MBH juga dalam perancangan untuk menambah cawangan di Taiping selepas Ipoh, Sungai Petani, Seberang Jaya dan Manjung. Tunguuu orang-orang Taiping naa :) 





Rawatan di MBH MediSpa 




Dengan pengalaman selama hampir 10 tahun dalam industri spa dan estetik, MBH MediSpa kini dikenali sebagai salah satu pusat rawatan kecantikan bumiputera yang terkemuka di Malaysia. Nama MBH ialah singkatan Maya Beauty House dan MediSpa ialah gabungan perkataan Medical dan Spa. MBH didaftarkan pada tahun 2008 sebagai salah satu anak syarikat yang bernaung di bawah MOHA GROUP SDN BHD. 




Pengasasnya Puan Yaya Mohamad memulakan perniagaan MBH Medispa secara kecil-kecilan sehingga pada tahun 2010, beliau mengembangkan perniagaan dengan membuka premis kecantikan pertama di Kajang Prima, Selangor. 




Di MBH MediSpa, setiap rawatan untuk pelanggan ditentukan selepas pelanggan menjalani sesi perundingan bersama pakar dan sesi analisis kulit wajah menggunakan mesin khas terlebih dahulu. Proses ini penting untuk menegenalpasti masalah kulit pelanggan mengikut peratusan tahap serius sesuatu masalah kulit tersebut. Rawatan yang di cadangkan pakar disesuaikan mengikut hasil analisis wajah. Antara masalah kulit yang memerlukan rawatan pakar adalah : 

~ Masalah kulit berminyak
~ Masalah kulit kering
~ Masalah parut jerawat dan berlubang
~ Masalah kulit nipis dan sensitif
~ Masalah jerawat
~ Masalah jeragat




Rawatan yang ditawarkan di MBH MediSpa : 


Rawatan wajah 

* MBH Signature Facial
* MBH Cinderella Facial
* MBH Glossy Facial
* Clinical Acne Treatment
* Luminous Skin Treatment
* Oleous Skin Treatment 
* Oxydermal Hydrating Treatment
* Mudnetic Detox Treatment
* MBH Carbon Snow
* Instant Crystal Glow
* Royal Gold Reverse Age Treatment
* MBH SGF Scar Solution
* MBH Pigmentation Laser

Rawatan Estetik 

* MBH Electrocauter
* E-light PL Treatment Hair Removal
* Microdermabrasion
* Mesotheraphy Non Needle
* LED Photo Treatment
* Payulif Breast Enhancing Treatment
* RF V Shape Treatment
* RF Double Chin Treatment
* RF Facelift Treatment
* RF Dark Circle Treatment
* RF Eye Bag Treatment 

MBH MediSpa mempunyai visi mereka sendiri iaitu " Menjadi sebuah pusat kecantikan yang di cari dan dipercayai oleh pelanggan "


Misi MBH MediSpa adalah : 

- Kami adalah pusat penyedia perkhidmatan kecantikan
- Kami menyediakan perkhdmatan kecantikan kepada pelanggan dengan penuh dedikasi dan profesional
- Kami membantu orang ramai untuk menjaga kecantikan dan penampilan mereka 
- Berusaha kesedaran dan mengukuhkan industri kecantikan peringkat tempatan dan nasional


Rangkaian Produk Dermaklair 




Di kesempatan ini juga ana di perkenalkan dengan rangkaian produk kecantikan dan penjagaan wajah DERMAKLAIR yang merupakan produk penjagaan kulit berasaskan bahan semulajadi untuk memperbaiki masalah kulit wanita mahupun lelaki yang mengalami pelbagai masalah. Sebelum ini Dermaklair dikenali sebagai MBH DERMACARE yang mana mereka telah membuat penjenamaan semula ke atas produk yang dikeluarkan untuk mencapai visi.




Dermaklair mempunyai ahli kimia yang berpengalaman untuk memastikan produk yang dikeluarkan mengikut standard piawaian yang ditetapkan. Mereka sentiasa membuat penyelidikan dalam meningkatkan formulasi menggunakan bahan semulajadi untuk keberkesanan pada pengguna. Sejak 2016, Dermaklair telah di gunakan di spa kecantikan MBH di seluruh Malaysia sebagai produk asas. Produk Dernaklair merangkumi produk penjagaan wajah, rambut dan badan seperti : 


DERMAKLAIR NORMAL SET
DERMAKLAIR ACNE SET
DERMAKLAIR PIGMENTATION SET
DERMAKLAIR REGENERATION SET
DERMAKLAIR SENSITIVE SKIN SET
DOUBLE BRIGHTENING EFFECT ESSENCE




SKIN RENEWAL ESSENCE
HYALURONIC ACID ESSENCE
ACNE SOLUTION ESSENCE
SKIN EXFOLIATOR (SRUB)
SKIN HYDRATOR
HYLURONIC ACID AQUA GEL
INTENSE HYDRATING EYE GEL



MBH HAIR ESSENCE & STIMULATING SHAMPOO
HAIR ESSENCE STIMULATING CONDITIONER
MBH HAIR REPAIR & SILKENING SERUM
MBH REVITALIZING HAIR & SCALP TONIC
LET IT MELT 




Untuk keterangan lanjut dan info penuh MBH MediSpa dan juga produk Dermaklair boleh lah terus ke pautan yang ana berikan di bawah ini : 

Facebook :  medispa manjung

Instagram : @mbhmedispa_manjung


MBH MediSpa Manjung terletak di : 

No 46, Jalan PPMP 3/1,
Pusat Perniagaan Manjung Point 3,
32040 Manjung, Perak

Tel: 018-252 8438 




MBH MediSpa Kini Di Seri Manjung MBH MediSpa Kini Di Seri Manjung Reviewed by Ana Jingga on July 05, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. Wah bagus ni..bagi warga Manjung dan sekitarnya yang berhampiran boleh datang untuk mendapatkan perkhidmatan sewajarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PC, khas buat wanita2 Seri Manjung bolehlah dapatkan rawatan kecantikan di sini :)

      Delete
  2. bestnya..npk discout display tu up to 90% tuh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah promosi pembukaan hari tu MunirahMH :)

      Delete
  3. Salam singgah dari Syaza 😉

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnyeee... tak pernah pegi tempat2 cmni..sure rilekss je kan dapat manjakan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu hari nanti Aniz pii la kay , In Shaa Allah :)

      Delete
  5. macam pernah nampak mbh medispa ni. Best la orang Taiping boleh manjakan diri dekat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni MBH Manjung FJ, Tapi laa nii kat Taiping pun dah ada cawangan MBH terbaharu kat sana :)

      Delete

Powered by Blogger.