Cerita Bunga Ros

Pagi semalam rasa seronok sangat bila melihat kuntuman bunga-bunga ros mekar menghiasi halaman. Tak ada apa pun yang nak di ceritakan hanyalah coretan keindahan bunga-bunga yang berkembangan dan di dalam hati kecil ini teramat kagum dengan ciptaanMu Ya Allah. Cuba kita lihat, setiap kelopak berlainan saiznya, setiap kuntuman ada keistimewaannya yang tersendiri dan senada dalam warnanya. Allahu Akbar, indahnya ciptaan Tuhan dan sewajarnya kita sedar bahawa ia adalah amat sempurna. 




Bunga ros kampung 



Dua warna pink yang berlainan pada bunga ros kampung di halaman ana ni 


Kuntuman bunga mawar pink ini adalah benih bunga ros kampung pemberian mak. Ros kampung ni walaupun kelopaknya nipis dan tak banyak warna warni namun istimewa pada harumannya. Lain tau kalau kita hidu haruman ros kampung dengan ros dari yang di tanam secara komersil ni. Warna pun selalunya pink muda, putih atau pink kuat ke ungu gitu. Dahannya dan daunnya pun tak sama dan selalunya tak tahan begitu lama kuntumannya. Mudah gugur kelopaknya berbanding dengan bunga ros yang di import atau yang di tanam komersil. Nak di jadikan hiasan dalaman atau bouquet pun tak boleh kan sebab ia tak tumbuh terus dari batang seperti ros di kawasan tanah tinggi. Ana lebih suka memanggilnya sebagai bunga mawar berbanding rose. Ada kemelayuan dan kedesaan nya disitu. 


Bunga ros Cameron Highlands 




Ini pula bunga ros merah yang di hadiahkan oleh kakak sepupu ana ketika balik bercuti dari Cameron Highlands. Ana rasa ros merah ni ia lebih bersifat komersil. Pernah hidup subur ana beli dan tanam di halaman namun akhirnya terkubur juga awal tahun lalu ketika musim panas kering. Ramai yang mengatakan benih pokok ros Cameron Highlands atau pun ros komersil ni susah nak hidup lama bila di tanam di kawasan cuaca panas. Tapi bila kita ke nurseri tu elok sahaja pula kejadiannya kan. Mungkin ada teknik yang perlu di jaga sebaiknya, nak jirus pun tak boleh kerap dan tak boleh juga di biarkan kering. 

Bunga ros nurseri Sungai Buloh 




Pokok bunga ros ini berwarna kuning yang pernah ana beli benihnya pokoknya dari nurseri Sungai Buloh beberapa bulan lalu. Selepas habis berbunga ia seakan tidak lagi bercambah baharu dan hanya beberapa minggu lepas ana berkesempatan kembali membersihkan halaman, ana cantas batang-batangnya dan siram dengan air beras dan bilasan ikan. Alhamdulillah sekarang ni dah nampak terbit dahan-dahan baharu dan In Shaa Allah akan kembali berbunga. Rindu nak melihat keindahan kuntuman ros kuning ana ni. 


Image result for bunga ros/anajingga
Ros kuning yang pernah mekar sebelum ni , semoga akan kembali berbunga aamiin 

Bunga ros jepun 




Hat ni nama dia je bunga ros jepun, bukan datang atau beli dari Jepun pun hehe. Paling mudah nak membiak kalau kena pada tanah dan persekitarannya. Ada macam-macam warna warni menghias alam dan pandangan. Bunga ros jepun ni benih dari jiran depan rumah ana, Letchumy. Memang meriah kalau rajin berbunga, nak tanam pun cuma dengan keratan batang tua tu kita cucuk sahaja, In Shaa Allah menjadi. 

Itu sahaja lah cerita bunga ros ana kali ini, sebenarnya asal tadi nak buat entri Wordless Wednesday sahaja, tapi terajin pula nak bercerita kisah pokok bunga ros yang sedang mekar di halaman. Subhanaallah... cantikkan keindahan alam semula jadi ciptaanNya walaupun cuma di halaman yang sekadar sekangkang kera kata bidalan lama. 

Inilah terapi dan minat ana selain dari blogging, tanaman bunga di halaman hadapan rumah dan pokok-pokok herba di belakang rumah. Jiwa kampung yang suka bercucuk tanam ni walaupun tanah tak seluas mana ini ana warisi dari mak dan arwah opah Rokiah agaknya. Begitu juga dengan mak-mak saudara dan sepupu ana kebanyakannya juga cukup minat berbunga ni. Cantik kan, siapa tak suka :) 

Cerita Bunga Ros Cerita Bunga Ros Reviewed by Ana Jingga on August 07, 2019 Rating: 5

2 comments:

  1. Cantiknya bunga ros...SA suka...tapi ada budak2 kecik kat rumah kan..susah nak tanam bunga..yang si kembar tu suka memetik...tunggu diorang dah besar nanti la..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.