Musim Buah Di Belakang Rumah
Macam lah banyak sangat buah-buahannya ye.. Tapi seronok sangat bila pokok yang kita tanam ni dah berbuah. Walaupun tak lah pelbagai syukur Alhamdulillah ada juga dijadikan makanan kudapan sekeluarga dan jiran terdekat kan. Kawasan belakang rumah ana ni tak lah besar mana Reserve pemaju je tapi rezeki sebab bertanah, jadi kami jiran-jiran tanamlah mana ada ruang yang berbaki. Bahagian tengah nya bersimen jalan belakang lah kiranya antara dua blok teres rumah.
Tapi dek kerana minat, macam-macam pokok kami tanam. Dan bila berbuah kami berbagi sesama. Contohnya pokok jambu ni, lebat berbuah kalau musimnya. Rasa ana dua atau tig akali setahun berbuah. Cuma sayang banyak yang jatuh sebab pokok dah makin tinggi. Nak balut pun tak tercapai dah. Sudahnya bila musim hujan luruh macam tu sahaja.
Satu lagi buah jambu air ni pokok jiran ana, Cikgu Mat Nor yang tanam. Tapi dia dah pesan awal-awal jiran-jiran ambil je kalau nak makan. Sayang juga buah jambu ni dah mula rosak bila masak. Dalamnya ada ulat dan buruk. Nak makan pun kena kupas buang bahagian yang tak elok baru boleh makan. Sudahnya terbiar macam tu je bersepahan. Kadang-kadang ana ambil juga belah dulu jambu tu, kalau elok bolehlah di makan, kalau dah buruk tu buang je. Sedihkan. Sedangkan kalau berbeli boleh tahan juga harga sekilo jambu merah ni. Ada petua tak kalau buah jadi rosak di dalamnya ni?
Paling seronok kali ni pisang emas suami tanam ni berbuah setandan. Walaupun tak lah banyak tapi syukur sangat dah boleh di makan. Sebelum ni tandan dia lagi sikit kali ni panjang lah juga. Dah pun ana berikan pada jiran merasa sorang sedikit hasil kebun kami belakang rumah ni.
Pokok buah yang ada ana tanam adalah pisang, mulberry, limau kasturi, belimbing buluh dan betik serta rambutan renek yang belum lagi mengeluarkan hasilnya. Lambat lagi kut rambutan tu naik pun perlahan sangat ana tengok. Tu pun selalu juga ana cantas agar banyak keluar dahan baru. Betik tinggi dan besar dah batangnya cuma belum lagi berbunga. Lain-lain macam sebelum inilah, tanaman herba macam kantan, lengkuas, kunyit, pandan, serai, limau purut dan ulam raja. Inipun dah habis Ramadan, Syawal baru kembali cuci rumput, kalau tak dua bulan lebih terbiar, musim hujan mulalah rumput dan pegaga liar menjalar.
Kita kalau dah jiwa kampung, tinggal kat mana pun di beri ruang di bumi Allah swt ni, pasti kekal dengan kekampungannya. Ana sendiri ikut jejak mak suka sangat bercucuk tanam. Kalau boleh semua nak cuba tanam, tapi kadang-kadang tak serasi mati juga. Contohnya pokok rozel, sebelum ni ada beberapa pokok, bila dah habis di tuai kering dan mati. Suami ada beli pokok baharu di Sungai Buloh, bawa balik tanam ke tanah dalam dua bulan tak sempat berbuah pun mati juga akhirnya. Entah di mana silapnya Waallahu a'lam. Lagipun ana tak menggunakan baja yang di beli, sekadar jirus dengan air basuhan beras dan ikan sahaja, itu pun kalau teringat. Tapi memang menjadi, subur pokok-pokok dengan siraman baja semulajadi ni..
12 Comments
Dekat rumah ni ada gak pokok jambu air jadi macam kak ana gak.. Sampai jemu nak makan hahaha.. Dekat rumah ni ada pokok hihihi..
ReplyDeletebila dah banyak macam lah kan Ekin, tapi sayang sangat buah jambu ni dalam dia tak elok tu yang terbiar nak sedekah kat orang pun tak seronok kan :(
DeleteKak ana macam abah SA...siram guna air basuhan ikan or ayam or daging...mmg subur jadinya pokok
ReplyDeletebetul SA, kak ana pun ikut petua mak akak hehe :) alhamdulillah menjadi
DeleteAktiviti yang menyihatkan dan mendatangkan hasil
ReplyDeleteIn shaa Allah Wak seronok sangat :)
Deletewee, sma la mcm uma timm, ada rambutan,mnggis dgn durian..seronok klau musim dia..ni tgh musim rambutan, pulun makan sampai batuk..
ReplyDeleteseronoknya Timm, macam-macam buah ada tuu :)
DeleteBestnya. Menjadi hasil tanamannya
ReplyDeleteAlhamdulillah Faizzah
Deletemeriahnya ... mesti seronok kan ... jambu air cicah dengan kuah mak bee sedapnya
ReplyDeletehaah kan Tatie, cicah dengan kuah rojak sodapp :)
Delete