Petua cambahkan dahan pokok adenium

Dua pasu pokok adenium ana ni dah lama macam tak berapa nak semangat waja je jiwa depa. Dua-dua pokok ni dulu lebat juga berbunga, kemudian ana letak atas pintu pagar rumah. Kena panas terik agaknya terus macam tak berapa naik dah tunas dan dahan baharu. Pokok ni pemberian jiran Cina ana, Ngan. Last-last terbiar macam tu jer tak terjaga sangat dah. 

Baru-baru ni ana ada terbaca satu tips atau petua dari group FB Kelab Peminat Bunga. Ramai dah yang cuba petua ni dan nampak ramai yang update berjaya naik kan semula tunas baharu dan mula berbunga. Tertarik dengan tips ni, ana pun cuba lah juga. Dan Alhamdulillah dengan izinNya nampak berhasil. Lepas hampir sebulan juga baru nampak ada tumbuh tunas baru. 



Petua cambahkan dahan pokok adenium 



Cara nya mudah sangat. Apa yang ana lakukan dari perkongsian tips yang diberi ialah cantas atau potong dahan-dahan pada pokok adenium kita. Kemudian cucuk di hujung dahan yang dipotong tu dengan kayu atau lidi. Ramai yang guna lidi sate, tapi ana tak adalah pulak lidi sate, ana jolok je dengan lidi penyapu :) 

Lama gak tunggu, tak ada pun nampak perkembangan. Ana teduhkan dahulu di belakang pagar dan tak sangka, lepas hampir sebulan juga lah, baru nampak ada benjol tunas nak naik. Dan dua tiga hari lepas dah mula nampak ketara tunas dengan daun baru muncul. Wahh!! Menjadi lah nampaknya petua yang di berikan. 




In Shaa Allah tak lama lagi berbunga semula lah agaknya pokok adenium ana nanti. Bila dah berbunga , In Shaa Allah ana terbitkan sekali lagi updatenya ye.. Tungguuuu!!! Jadi kalau korang ada pokok adenium atau kemboja cina atau Desert Rose ni dan dah mula tak berapa lebat berdaun dan berbunga, boleh lah cuba petua macam ni. Adenium ana ni berwarna pink. Cantik sangat. Tak sabar pula nak tunggu ia kembali berbunga nanti... 


Petua cambahkan dahan pokok adenium Petua cambahkan dahan pokok adenium Reviewed by Ana Jingga on August 20, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. Replies
    1. cuba lah kak Mala, ana punya ni dah makin galak berduan baru nampaknya Alhamdulillah

      Delete
  2. Takde pulak pokok adenium nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pokok lain ana tak pasti pula Wak boleh ke tidak gunakan kekdah ni hehe :)

      Delete
  3. Suami suka pokok ni, tapi sayangnya sekrg ni musim hujan, dia tak berbunga dah, bunga ni tak boleh kena banyak air. Eloknya kalo dapat tanam dlm pasu leper tu, nanti dia punya bonggol tu jadi cantik.

    Trmkasih kak ana jadi follower ke 197, huhu..blog ku itu semakin lesu, seiring dgn kemalasan tuannya mengupdate cerita2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama azimah, haah dia akan jadi ala-ala bongsai gitu kan :)

      Delete

Powered by Blogger.