Bab masak makan di rumah ni satu kewajiban lah pada ana untuk menyediakan hidangan dari sarapan hingga lah ke makan malam. Ana yakin sangat mana-mana isteri atau ibu pening lah mikir menu apa nak masak untuk keluarga kan. Itu dah jadi fenomena alam dah rasanya masalah yang tak akan ada penghujungnya..hehe :) Namun akhirnya pasti terhidang juga menu masakan untuk suami dan anak-anak. Bagi yang bekerjaya pula selalunya hujung minggu baharu berkesempatan masak untuk keluarga, ana faham sangat dengan kelam kabut ke tempat kerja, balik dalam keadaan trafik jem, terus nak ambil anak dari taska dan sebagainya. Berapa jam sahaja yang berbaki dan tak terdaya dah nak masak. Ana sendiri dah pernah lalui nya suatu masa dahulu.

Tapi bila dah hari-hari masak, selera kita sendiri si tukang masak ni pun kadang-kadang dah hilang. Ana, kalau lepas masak tak boleh nak terus makan, kena duduk, mandi rest kejap baharu lah datang selera nak makan, dah lapar ye dak, baru lah terasa nak makan, kan. Selalunya hidangkan untuk suami dan anak-anak dulu , depa makan dulu sat lagi baru ana makan pula. 




Selera kampung 


Bila dah makin berusia ni, selera makan pun dah bertukar. Dah ala-ala selera warga emas agaknya. Kalau dulu tak suka nak makan sekarang benda tu lah yang menambat hati nak jamah. Kalau dulu tengok mak makan, macam tak sedap je, tak teringin pun nak makan, tapi sekarang ni duk mencari pula. Haha.. itulah dia peredaran usia agaknya. Kalau mak tahu ni mesti mak gelakkan ana. 

Pagi tu ana turun ke kebun belakang rumah, nampak lah pucuk ubi. Tak lah banyak mana tapi petik juga lah. Hajat asal nak buat sambal pecal tapi fikir anak-anak tak suka makan sambal berkacang ni, jerawat kata depa. Takkan nak makan sengsorang, suami pun balik lewat malam ni ada urusan kerja. Pas tu jalan ke depan nampak pulak jantung pisang emas di penghujung tandan. Terus lah potong ambil dan terus terfikir nak jadi kan ulam. 

Ermm... masuk dapur celur jantung pisang, rebus pucuk ubi. Pastu terfikit lagi nak colek dengan apa, haa..ambil cili merah, bawang merah dan belacan sedikit, tumbuk dengan ikan bilis. Panaskan minyak lebih goreng ikan tadi, tuang pada sambal belacan. Jadilah ala-ala sambal gesek gitu. Kebetualan ada pula petai yang ana jeruk sendiri, suami beli petai banyak nak simpan lama kena lah jeruk kan kalau tak nanti kecut tak sedap kan. Dan rebus telur masin, haa itulah yang ana habiskan sepinggan nasi. Masyaa Allah selera ya amat rasanya. Syukur Alhamdulillah... 

6 Comments

  1. Sedapnya makan petai jeruk dengan jantung pisang 🤤

    ReplyDelete
  2. Sedap ni kan..ulam- ulam kampung ni la buat selera naik kan...sesekali makan ni je dari asyik makan ayam kan...

    ReplyDelete
  3. Shedapnyaaa lauk Kak Ana...memang menyelerakan sungguh! Lin dapat nasi panas kena lauk camni, mau jilat jari teruss lepas makan hehehehe

    ReplyDelete