22hb September yang lepas, hari ulang tahun kelahiran Adik Ika yang ke-20 . Alhamdulillah besar dah anak ibu ayah.. Syukur sangat-sangat atas segala kurniaanMu Ya Allah. 20 tahun lepas, masih terngiang lagi saat-saat kelahiran Adik di Hospital Daerah Teluk Intan. Kebetulan ana memang dah plan ambil cuti awal dan balik bersalin di kampung halaman. Malam tu dalam perjalanan balik , teringin sangat nak makan Burger King. Suami singgah kat RnR Jejantas Sungai Buloh, dan makan lah Whopper Burger. Dan dengan izin Allah swt, petang tu sampai rumah mak, tengah malam tu dah terasa nak bersalin, terus mak abah dan suami bawa ke hospital. Senang sangat proses kelahiran Adik Ika . 


kek coklat dari Wonderful Cake House , Aeon 


Pejam celik dari tadika Impian Bestari, Ukay Perdana kemudian ke S.K AU Keramat, kemudian kami berpindah ke sini dan sehingga tamat SPM. Adik Ika menyambung pengajian ke Kolej Matrikulasi Perak selama setahun dan sekarang ni menyambung pengajian dalam Kejuruteraan peringkat Ijazah, In Shaa Allah. Segala yang berlaku adalah dengan percaturan Allah swt. Ibu doakan semoga Adik Ika akan terus cemerlang dalam segala urusan dari dunia hingga akhirat, di berikan kesihatan dan rezeki yang baik-baik dan mentaati perintah Allah swt dan RasulNya, Aamiin. 

Tarikh 22hb September lalu jatuh pada hari Ahad, kebetulan Adik ada kat rumah, ana sempatlah beli kan sebiji kek coklat di Aeon untuk meraikan hari lahirnya. Macam selalu tak ada sambutan hari jadi cuma kami berempat sahaja lah meraikannya di rumah. Kak Long belikan belon untuk Adiknya. 




Seminggu lepas tu ayahnya pula tempah sebiji lagi kek untuk Adik dari Riverside Cafe & Restaurant, PWTC. Ini memang kek pilihan Adik sangat sebab dia nak makan cheese cake dengan topping whipped cream dan strawberi. Dah kek dari Riverside kan memang lah sedap tak yah cerita dah. Mewah dengan cheese dalam kek dan di lapisan bawah ada red velvet. Suka sangat lah Adik Ika dapat kek kegemarannya ni. Dua hari gak lah nak menghabiskan kek bersaiz 1 kg ni. Happy Birthday Adik Ika !! 


cheese cake dari Riverside Cafe & Restaurant, PWTC 


12 Comments

  1. sedapnya kek!
    happy birthday adik ika!
    september baby mcm sy jugak.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ye ke Happy belated birthday juga lah buat ezy :)

      Delete
  2. Happy Birthday Adik Ika...Semoga berjaya dunia dan akhirat serta menajadi anak yang solehah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin terima kasih Arz sama bulan kelahiran ye hehe :)

      Delete
  3. SELAMAT HARI LAHIR BUAT ADIK IKA, puas la nak menghabiskan kek tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Dana, hari ni baru habis kek tu hehe :)

      Delete
  4. Happy belated birthday buat anak K. Ana Adik Ika wah! bestnya dapat dua kek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki dia tahun ni Mrs A, alhamdulillah.. terima kasih :)

      Delete