Memetik laporan Harian Metro : PROTON Holdings Bhd (PROTON) melancarkan logo dan slogan baharu, Inspiring Connections dalam usaha PROTON menjadi jenama automotif moden global. Logo baharu menampilkan rekaan bulat dengan masih mengekalkan lambang harimau tetapi memasukkan semula perkataan Proton.

Kali terakhir PROTON menukar logo dan slogannya adalah pada 2016 dan pengenalan logo itu membuka lembaran baharu terhadap perjalanan syarikat berkenaan. Penjenamaan baharu itu dipacu oleh tiga nilai teras iaitu teknologi inovatif, kebolehpercayaan dan antarabangsa.

Logo baharu Proton 2019 


Logo Proton 2019 


Lambang harimau dikemaskini dengan sentuhan warna perak dan penghasilan lebih mantap bagi mewakili jati diri Malaysia. Dengan reka bentuk yang unik, logo ini memaparkan kepala harimau yang diangkat tinggi seperti anak panah, melambangkan kejayaan PROTON.

Slogan baru PROTON itu juga menampilkan aspirasinya dalam mengguna pakai teknologi dan mobiliti, mewujudkan hubungan kemanusiaan yang memberi inspirasi kejayaan. Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, penjenamaan ini bukan sekadar logo, slogan atau warna tetapi ia adalah aspirasi dan komitmen PROTON kepada pelanggan.

“Sebab itu kami tidak tergesa-gesa menjalankan penjenamaan ini pada 2017 yang lalu, sebaliknya memfokuskan kepada penyelesaian isu PROTON terlebih dulu. “Ia adalah semangat baharu PROTON menjadi jenama automotif moden di peringkat global. Logo baharu ini akan mula digunakan pada Proton X70 pemasangan tempatan dan varian baru Proton akan datang. “Semua pusat PROTON juga akan menggunakan logo baru ini secara berperingkat,” katanya.

Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar pula berkata, pengenalan logo itu membuka lembaran baru kepada perjalanan PROTON selama ini. “Dipacu semangat baru, kami bangga mengatakan perjalanan syarikat sejak dua tahun lalu sudah berjaya membuktikan kemampuan menjadi jenama automotif moden,” katanya.

kredit sumber : https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/09/500119/proton-perkenal-logo-baharu

Kisah kami dan kereta Proton 


Bila bercerita tentang kereta nasional negara Proton, ia merupakan kereta pertama lah yang kami miliki selepas berkahwin sekitar pertengahan tahun 1990-an dahulu. Masa tu suami jual motor RXZ nya dan bayar muka beli kereta Proton Saga Aeroback . Nostlagia sangat kereta berwarna biru metalik dan bumbung hitam. Pertama kali lepas berkahwin balik kampung naik bas Transnasional dari Pudu Raya, sebab suami beli kereta tu kat Teluk Intan. Abah yang uruskan semuanya. Balik ke KL semula cewahh!! Naik kereta gitu.


logo-logo Proton dari tahun 1985-2019 


Kami guna kereta tu  lebih kurang setahun lebih sahaja bila suami upgrade ke Proton Wira Baharu waktu tu keluar modelnya. Warna biru metalik juga selepas melahirkan Kak Long tahun 1996. Kereta Wira manual dan masa tu ana belum ada lesen memandu lagi. Sempat pakai sehingga Kak Long dah nak masuk tadika sekali lagi suami tukar ke Proton Wira kali ni gear auto kerana ana tak pandai bawa kereta manual selepas dapat lesen memandu. Adoi.. teruk kan :) 

Ana ni ambil lesen memandu pun sebab masa tu Kak Long nak masuk tadika berusia 6 tahun.Ketika itulah suami suruh berhenti kerja dan uruskan anak-anaknya. Nak tak nak kena lah boleh memandu untuk hantar dan ambil Kak Long tadika di Setiawangsa ketika itu. 

Dan sekali lagi suami tukar pula ke kereta Proton Waja baharu gear auto selepas kami berpindah ke Ukay Perdana. Inilah kereta yang ana pandu turun naik Ukay Perdana ke AU Keramat hantar dan ambil anak-anak bersekolah waktu tu. Jadi dari paparan logo-logo Proton di atas kami telah pun menggunakan 3 dari logo bermula pertama tahun 1985 untuk Saga Aeroback, kemudian logo 1993 untuk proton Wira dan logo 2000 untuk Proton Waja. Selepas tu kami bertukar ke Toyota dan Perodua dah. Semoga ada rezeki lepas ni nak guna pakai logo Proton baharu 2019 ni, manalah tahu kan.. berangan tu kan percuma. Teringin juga nak pandu SUV X70 yang boleh bercakap tu ye tak hehe :) 

15 Comments

  1. sekurang-kurang dah boleh memandu. Sy ni ada lesen dr 2008...sampai sekarang dok renew manjang tp tak pernah drive. hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai orang macam Sheila ni kak ana jumpa hehe, semoga satu hari nanti Sheila dpat memandu dengan selamat, In Shaa Allah :)

      Delete
  2. ada juga kereta proton..kereta pertama..sampai kini sayang:-)

    ReplyDelete
  3. marilah kita nyanyi lagu Thundercats kak.. hahahaha~ tak jauh bezanya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dedulu suka sangat tengok kartun Thundercats ni Atie :)

      Delete
  4. Kami pun bermula dengan Proton Wira SE.. syg sangat sebab harta pertama lepas bekerja..hihi..kereta kebanggaan..banyak kenangannya..
    moga Proton terus maju dan dpt berdaya saing dgn yg lainnya.. Aamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Atie, kereta pertama adalah permulaan kita suatu masa dahulu dan pasti akan terus di kenangi :)

      Delete
  5. Cantik logo Tu semoga proton Makin maju

    ReplyDelete
  6. makin menarik pula logo dan ayat dia tu.. Sha guna saga sv.. Arwah ayah pakai saga lama tu.. sampai sekarang ada lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saga lama tu memang bertahan sungguh kan Sha, ramai yang masih lagi memakainya

      Delete
  7. Mengikut Eksekutif Program Kenderaan (Bahagian Kejuruteraan) untuk Proton Saga , Desmond John Pinto, pasukan kejuruteraan Proton telah melabur dalam memastikan transmisi baru sesuai dengan enjin VVT empat silinder semulajadi berasaskan 1.3 liter.

    ReplyDelete