Kalau korang baca entri semalam, ana ada cerita petik mangga telur belakang rumah nak di jadikan menu makan tengahari kan. Inilah dia kerabu mangga ikan bilis yang ana sediakan untuk makan tengahari kami berdua. Sedap juga lah rasanya walaupun ana tak bubuh sos ikan nampla seperti yang selalu orang letak dalam kerabu mangga ni kan. Ini kira kerabu mangga versi anajingga dot com. Senang sangat nak sedaikan tapi rasanya tak mengecewakan, gituuu :)

Selalu ana makan kerabu mangga kat kedai makan D' Abang yang femes kat masjid Rawang tu pun ala-ala gini lah rasanya. Ada campuran lada hitam dan juga ikan bilis. Tapi ana tak letak belacan sebab suami tak makan belacan. Kalau korang nak cuba kerabu mangga simple ni meh lah ana kongsikan resepinya. Mudah dan sedap di makan. In Shaa Allah. 


kerabu mangga


Resepi kerabu mangga ikan bilis 



Bahan-bahan kerabu mangga :

Beberapa biji mangga muda 
Ikan bilis kopek dan bersihkan
Cili api
Serbuk lada 
Garam
Gula 
Sos ikan nampla ( jika suka ) ana tak letak pun 

Cara buat kerabu mangga : 



1. Kupas kulit buah mangga muda,basuh dan toskan airnya biar kering. Hiris nipis atau kalau nak mudah gunakan penyagat. 





2. Tumbuk lumat ikan bilis yang telah di bersihkan bersama cili api mengikut kepedasan masing-masing. Taburkan serbuk lada dan tumbuk sebati. 




3. Satukan dengan hirisan mangga tadi, gaulkan dengan gula dan garam secukup rasa. Kalau nak letak sos ikan nampla pun boleh sahaja cuma hati-hati bila masukkan garam kerana sos ikan pun dah ada rasa masinnya. Ada orang perahkan asam limau, tapi ana tak pula sebab mangga tu pun dah cukup masam dah. Senang kan resepi kerabu mangga versi anajingga dot com ni. Sedap dan rangup bila di makan. Alhamdulillah.