Kerabu mangga ikan bilis
Kalau korang baca entri semalam, ana ada cerita petik mangga telur belakang rumah nak di jadikan menu makan tengahari kan. Inilah dia kerabu mangga ikan bilis yang ana sediakan untuk makan tengahari kami berdua. Sedap juga lah rasanya walaupun ana tak bubuh sos ikan nampla seperti yang selalu orang letak dalam kerabu mangga ni kan. Ini kira kerabu mangga versi anajingga dot com. Senang sangat nak sedaikan tapi rasanya tak mengecewakan, gituuu :)
Selalu ana makan kerabu mangga kat kedai makan D' Abang yang femes kat masjid Rawang tu pun ala-ala gini lah rasanya. Ada campuran lada hitam dan juga ikan bilis. Tapi ana tak letak belacan sebab suami tak makan belacan. Kalau korang nak cuba kerabu mangga simple ni meh lah ana kongsikan resepinya. Mudah dan sedap di makan. In Shaa Allah.
kerabu mangga |
Resepi kerabu mangga ikan bilis
Bahan-bahan kerabu mangga :
Beberapa biji mangga muda
Ikan bilis kopek dan bersihkan
Cili api
Serbuk lada
Garam
Gula
Sos ikan nampla ( jika suka ) ana tak letak pun
Cara buat kerabu mangga :
1. Kupas kulit buah mangga muda,basuh dan toskan airnya biar kering. Hiris nipis atau kalau nak mudah gunakan penyagat.
2. Tumbuk lumat ikan bilis yang telah di bersihkan bersama cili api mengikut kepedasan masing-masing. Taburkan serbuk lada dan tumbuk sebati.
3. Satukan dengan hirisan mangga tadi, gaulkan dengan gula dan garam secukup rasa. Kalau nak letak sos ikan nampla pun boleh sahaja cuma hati-hati bila masukkan garam kerana sos ikan pun dah ada rasa masinnya. Ada orang perahkan asam limau, tapi ana tak pula sebab mangga tu pun dah cukup masam dah. Senang kan resepi kerabu mangga versi anajingga dot com ni. Sedap dan rangup bila di makan. Alhamdulillah.
29 Comments
Alamak terkeliur tengok kerabu 😁😁
ReplyDeletehaha terlir eh cik bunga :)
DeleteTerliur tengok ni. Tapi saya kurang suka mangga muda. X tahan masam. Hehe
ReplyDeletememang masam SAL mangga telur muda macam ni hehe :)
DeleteNampak sedap😋. Tapi saya ni tak tahan masam😅.
ReplyDeletemasam jannah :)
DeleteMakkk aiii kecurr liur nengok.. hihi
ReplyDeletehehe kecur dah Atie ye :)
DeleteSaya mula kenal kerabu mangga ni seawal tahun 90 masa kerja di restoran seafood. Boss bawa tukang masak terus dari Thai untuk ajar staff melayu. Ramuan asal ialah sos ikan,jus limau nipis,gula,sedikit garam,biji janggus goreng,sotong kering nipis yg siap diproses atau yg bergula. Sotong boleh dibakar atau digoreng sedikit.Cili padi.
ReplyDeleteWah, resepi baru ni.. nnt nak cuba..terima kasih kak mala
Deletedah macam somtam dah tu kan Kak Mala, haah OP nanti boleh lah kita try sama2 naa :)
Deletesedapnye mkn ngn nasi panas2..
ReplyDeleteterliurrrr
betul tu ezy memang sedap in shaa allah
Deletemakan nasi panas² memang sedap ni kan kak Ana..teringin pulak kita nak buat..
ReplyDeletealaa nanti try laa Eda kalau jumpa buah mangga muda hehe :)
Deleteadoi terliuk lah ..rasa sampai kat hujung lidah hehehe..Sedapnya
ReplyDeletehehe Etuza suka gak ye masam2 ni :)
DeleteTerliur akak tengok kerabu mangga Ana.Kalau akak buat kerabu mangga sama seperti resepi Ana tak gunakan belacan sebab ada yang alahan...ikan bilis pun sodap kan.
ReplyDeletetuu la dia kak saniah, memang ana tak buh belacan dalam masakan kat rumah ni tapi ikan bilis pun sodap dah hehe :)
DeleteSedapnya kerabu mangga ni, nanti linda nak buat guna resepi ana la ya, tq tsu share resepi ni..
ReplyDeleteorait nanti try naa Linda :)
Deletemakan dengan nasi panas2 memang layan ni kak, kerabu tu dahla masam2... terliur nengoknya
ReplyDeletehaah Dana memang lajuu je :)
Deletesedapnya kak ana....
ReplyDeletesedap efa nanti jumpa mangga muda try naa :)
DeleteBergenang-genang air liur saya.. memang fav saya all time. Boleh cuba nnt versi ni..
ReplyDeletecuba lah nanti OP senang je resepi kak ana ni hehe :)
Deleteohoohoi ni makan dengan nasi panas dan ikan masin.. nikmat !!
ReplyDeletenikmat ya amat lah CT weii :)
Delete