Ana masih ingat lagi hari mula-mula lebuhraya PLUS menutup kesemua kaunter tambah nilai di plaza tol beberapa bulan lepas. Masyaa Allah masa tu ana dalam perjalanan nak balik ke rumah dari stesen MRT Sungai Buloh ambil Kak Long. Punya lah jem di exit keluar plaza tol masa tu. Sebab ada beberapa kenderaan tidak mempunyai baki yang cukup Touch n Go untuk keluar. Last-last mana yang tak cukup baki tu, tinggalkan kenderaan di palang tol pi cari kaunter untuk tambah nilai. Berminggu jugalah situasi sebegini terjadi di mana-mana plaza tol PLUS hingga kan di plaza tol Jalan Duta sana tu, lorong paling kiri beratur panjang lah kenderaan. 

Maklumlah kan waktu tu ramai yang belum alert dengan pertukaran sistem di plaza tol PLUS yang tidak lagi punyai sebarang kaunter tol tambah nilai sama ada ketika masuk mahu pun exit. Naik kasihan juga lah dengan tol operator yang masih di tugaskan di kaunter, mesti bosan kan tak ada apa nak buat sekadar melihat kenderaan lalu dan touch sahaja. Nak buat macam mana bukan salah depa, depa nak cari rezeki, semuapun atas arahan pihak pengurusan. 




Bila dah tak ada kaunter tambah nilai atau reload Touch n Go ni, masalah juga lah sebab kalau nak reload di luar macam 7E, stesen minyak dan sebagainya, kita di kenakan caj 50 sen setiap transaksi reload ni. Dalam dunia hari ni, 50 sen pun kena kira tau. Bagi mereka yang mempunyai TnG e-wallet tu boleh lah top up secara online, simpan je lah duit korang dalam e-wallet bila tak cukup baki reload lah terus kan. Tapi bagi yang masih menggunakan reload secara manual ni dan tak mahu kena caj 50 sen, ana dah jumpa kaedahnya. Kami sendiri sering menggunakannya di mana-mana pejabat operasi tol yang dilalui antaranya di exit tol Rawang dan juga Rawang Selatan. 

Korang kalau melalui mana-mana lebuhraya, PLUS khasnya ada di sediakan mesin reload TnG ni . Kat mesin ni mudah sangat nak top up Touch n Go, masukkan kad masukkan wang kertas mengikut arahan yang diberikan dan selesailah urusan reload TnG dan tak ada caj dikenakan. Maknanya kalau korang reload RM10 dapat lah penuh nilai RM10. Kalau reload di kebanyakan tempat kan ke kalau reload RM10 baki yang masuk dalam kad cuma RM9.50 . Bukan berkira tapi selagi boleh jimat kita jimat lah kan. Sepuluh kali reload dah RM5. Lain lah kalau jenis yang reload ratusan ringgit sekali tu, tak lah terasa sangat. Ni kalau marhein ni selalunya bila nak guna lebuhraya baru nak reload kan hehe :) 

Dimana lokasi mesin reload Touch n Go ?




Menurut kenyataan PLUS ( sumber https://paultan.org/2018/03/29/plus-sediakan-32-mesin-layan-diri-tambah-nilai-di-kawasan-rr-plaza-tol-terpilih-seluruh-negara/  ) ,para pengguna lebuh raya kendaliannya tidak perlu lagi mengunjungi Pusat Khidmat Pelanggan atau Lorong Tambah Nilai untuk menambah nilai kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go mereka tetapi boleh berbuat demikian di 32 mesin layan diri (SSK) yang disediakan di kawasan rehat serta plaza tol terpilih di seluruh negara buat masa ini.

Di R&R, mesin SSK disediakan di lokasi yang strategik seperti berhampiran mesin ATM, medan selera dan lain-lain. Pada ketika ini, mesin SSK disediakan di R&R Tapah (kedua-dua arah), R&R Seremban (kedua-dua arah), R&R Sungai Perak (kedua-dua arah), R&R Ayer Keroh (kedua-dua arah), R&R Pagoh (kedua-dua arah), R&R Dengkil (arah selatan), R&R Gunung Semanggol (arah utara), Restoran Jejantas Sungai Buloh (kedua-dua arah) dan Hentian Sebelah Simpang Pulai (arah selatan).

Mesin SSK turut disediakan di bangunan pejabat operasi plaza tol terpilih iaitu Jalan Duta, Kota Damansara, Subang, Setia Alam, Bukit Raja, Rawang, Rawang Selatan, Bukit Beruntung, Tanjung Malim, Bidor, Sungai Besi, Kajang, Nilai, Seafield, USJ dan KLIA.

Cara menggunakan mesin tambah nilai Touch n Go layan diri 




Kesemua mesin SSK TnG beroperasi 24 jam setiap hari. Secara puratanya, setiap transaksi tambah nilai di SSK mengambil masa di antara 20 saat hingga 1 minit menerusi 4 langkah mudah iaitu : 

1.  Masukkan kad PLUSMiles/Touch ‘n Go pada slot pengimbas kad, 

2. Membuat pilihan tambah nilai pada skrin, 

3. Seterusnya masukkan wang tunai ,

4. Ambil resit transaksi tambah nilai.dan kad touch n go dari mesin. 

Walaubagaimana pun untuk mempastikan kelancaran perjalanan kita, ana rasa sebaiknya kita sentiasa alert jumlah baki dalam kad TnG kita. Agak-agak dah nak susut tu, boleh reload awal-awal secara e-wallet mahupun manual. Semoga bermanfaat. :) 

14 Comments

  1. sy kat teganu ni mmg jarang sgt la topap TnG..
    hihi..
    sesekali kalo ke KL bru topap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ezy, kalau kat tempat yang tidak menggunakan hiway ni jarang2 nak top up TnG, cuma kami di KL Selangor ni nak tak nak kena gak sediakan bajet untuk TnG :(

      Delete
  2. Tu la hritu kecoh jugak kan dah tak boleh topup dkt tol. Kesian la siapa yg tak tahu apa yg jadi. Stuck dkt tol pulak tu adehh. Rasanya PLUS kena come out dgn idea yg lebih effective lah hm hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann seminggu dua jugalah sampai semua pengguna aware tentang ni :)

      Delete
  3. saya pakai kad taouch n go yg automatik reload. tp syaratnya kena lalu kat tol. kalau kurang tu dia akan automatik reload. senang sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah macam itu dah IL , TnG e-wallet kan :)

      Delete
  4. mesin ni ada di setiap setesen lrt n mrt. saya pun suka sebab takde cas 50 sen. betul cakap kak ana, zaman sekarang 50 sen pun kena kira

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Sal kalau nak reload biar banyak2 sekali kalu tak sekali reload kena caj 5 kupang jenuh. Tapi kalau kat mesin ni tak kena caj dah kan :)

      Delete
  5. Pastikan kad TnG kita ada nilau yang cukup sebelum masuk tol hw

    ReplyDelete
  6. Pakai mesin nie memang mudah..

    ReplyDelete
  7. yeah..pernah reload guna mesin ni..easy!!!

    ReplyDelete