Tutorial Gubahan Bentuk Buah Dari Tuala
Banyak perkongsian ilmu gubahan yang ana dapat dari group FB Gubahan Bunga Cantik ni. Memang kreatif sungguh ahli-ahli group dan Alhamdulillah mereka tidak lokek ilmu untuk berkongsi. Dan perkongsian tutorial cara menggubah hantaran berbentuk buah dari tuala ni pun ana dapatkan keizinan dari tuan punya posting Puan Rafeah Binti Rahmat untuk ana panjangkan lagi perkongsian ilmu yang baik dan bermanfaat ini, In Shaa Allah.
Kalau era 1990 ketika ana bertunang dulu, mak saudara ana Mak Uda Aini memang antara yang berbakat membuat gubahan hantaran ni. Pelbagai bentuk hasil gubahan nya untuk mana-mana majlis pertunangan anak-anak atau pun kami anak saudara beliau. Masa tu kebanyakan hantaran pertunangan atau perkahwinan akan di gubah cantik dan di letakkan di atas pahar. Dan hari ini ana kongsikan semula satu tutorial bergambar cara-cara menggubah buah jambu dari sehelai tuala, terima kasih buat Puan Rofeah Binti Rahmat melalui Group Gubahan Bunga Cantik atas perkongsian foto dan cara-caranya.
Gubahan Bentuk Buah Dari Tuala
Bahan-bahan yang diperlukan :
Sehelai tuala
Surat khabar Harian Metro ( surat khabar bersaiz tabloit mana2 pun boleh )
Kepingan span nipis
Gelang getah ( getah belacan )
Jarum peniti berkepala warna warni
Bunga dan daun hiasan

1. Ambil sehelai suratkhabar renyuk dan kepalkan membentuk sebiji buah jambu seperti di dalam foto di atas.

2. Ambil sehelai lagi, balutkan gumpalan kertas tadi dan gunting sedikit seakan berbentuk bulat. Balut dan kemas kan.

3. Sehelai lagi surat khabar dan balut serta kemaskan sekali lagi dan biarkan seperti berekor sama dalam gambar di atas tu.
4. Gunting lebihan surat khabar tadi.
5. Kemudian balutkan pula dengan kepingan span nipis dan siap untuk di gubah. Boleh juga menggubah tanpa span dan terus balut pada tuala nanti.
6. Masukkan ke dalam tuala, ikat dengan getah. Lakukan kepada kesemua bentuk buah jambu span tadi. Biasanya boleh dapat 8 atau 9 buah jambu dalam sehelai tuala bergantung kepada kelebaran kain tuala yang di gubah.
7. Bahagian hujung tuala jangan di biarkan kosong dan boleh di jadikan bentuk bunga. Kedutkan di bahagian hujung dan ikat dengan gelang getah.
8. Beginilah susun asas buah jambu dan hujung tuala yang siap di ikat kesemuanya.
9. Untuk menjadikannya serumpun, ikat dengan getah sekali lagi buah ke buah dan pusingkan getah seperti di dalam gambar. Ikat buah bersama hingga lah kita mendapat bentuk yang diingini.
10. Sampai terhasil serumpun buah jambu seperti di atas. Jangan lupa kemaskan lebihan tuala sembunyikan ke bahagian bawah gubahan agar kemas dan nampak tersusun.
11. Pin kan jarum peniti pada bahagian hujung buah untuk memberikan effect buah jambu sebenar. Gunakan jarum peniti berkepala warna warni tu .
12. Selitkan bunga hiasan serta daun hiasan untuk mencantikkan lagi gubahan hantaran tuala kita. Ikutlah kreativiti masing-masing mahupun tema warna hantaran masing-masing kan. Siap dan boleh lah di letakkan di atas dulang hantaran atau pun pahar.

Menurut Puan Rofeah, teknik yang lebih kurang sama juga dapat menghasilkan gubahan buah nanas, belimbing mahupun manggis sama ada untuk kain ela, telekung, kain pelikat ataupun kain batik. Semua nya dengan teknik asas yang sama cuma gunakan sedikit kreativiti masing-masing dalam membentuk gubahan.
![]() |
Gubahan buah nanas dari kain pelikat |
![]() |
Gubahan buah manggis dari telekung |
Selamat mencuba :)
Kredit foto-foto Puan Rofeah Binti Rahmat dari Group FB Gubahan Bunga Cantik.
22 Comments
Cantik.PC suka tengok gubahan macam ni kak.Cuma zaman sekarang agak sukar nak tengok dan dapat gubahan macam ni..
ReplyDeleteitulah PC sekarang ni lagi lawa2 tapi semua pun ikut bajet pengantin lah kan, jangan sampai ada pembaziran sudah kan :)
Deletekreatif
ReplyDeletekan WP sangat kreatif :)
DeleteCantikk. Dulu hantaran mmg wajib ada benda ni. Teringat masa ain kecik dulu. Skrg dah tak nmpk dah org gubah hntaran mcmni. Mungkin turn ain nnti ain boleh buat. Thank you sumbang idea hehe
ReplyDeletetuu lah Ain ni kira kembalikan era hantaran zaman dulu2 kan.. Wahh nanti ain buat ye :)
DeleteCantik. Kalau ada yg ajar boleh la buat. Klw nk buat sendiri mmg x pandai. Untung jd org yg kreatif nih.
ReplyDeletesenang dah ada tutorial perkongsian ilmu macam ni kan IL :)
DeleteCantik, pernah buat dulu masa buat hantaran kawin, itu pun lepak berkali-kali cuba heheheh
ReplyDeletehaha janji jadi kan Dana :)
Deletecantik2.. kreatif.. ada masa nti boleh belajar buat ni:)
ReplyDeletehaah kan atie, sesaja try kan :)
Deleteteringat pulak kat hantaran ammi masa bertunang dulu. Kononnya nak buat ginilah dengan arwah adik. Sudahnya kitorang kena beli tuala lain sebab 2-2 tak reti buat sampai berlubang tuala hantaran tu.
ReplyDeletehaha nasib baik tuala kalau kain ela hat mahal2 tu mahu menangis kan Ammi :)
Deletedulu hantaran kakak² abg² masih lagi digubah mcnie...
ReplyDeleteada ye Nieyl :)
Deletekreatif.. dan cantik.. kalau mama buat belum tentu jadi. almaklumlah keras tangan
ReplyDeletehaha kena cuba dulu mama :)
DeleteWah, cantiknya gubahan tu betul-betul macam buah
ReplyDeletekreatif kan Zumal :)
DeleteCantik gubahan tu kak ana.. Lama x asas bakat mengubah barang hantaran ni last masa kahwin dulu2 jah hahaha..
ReplyDeletesama lah kak ana pun macam dah pencen dah bab gubah menggubah ni Ekin :)
Delete