Ternampak posting sepupu ana kat FB bergambar berlatar belakang kan terowong atau tunnel penuh buku-buku tersusun bertingkat hingga ke puncak. Eh!! Menariknya tempat ni, cari-cari info rupanya ia sebuah kedai buku atau lebih sesuai di panggil galeri dan cafe buku yang baharu sahaja di buka. Hasil carian di internet ianya terletak tak jauh dari Shah Alam, kat Setia Alam jer. Ana bagitau Adik Ika, ermm.. excited la dia ajak pergi hujung minggu lepas. 




Book Xcess di Sunsuria Forum, Setia Alam 






Kebetulan depa masih cuti sem break seminggu, lepas pi kenduri resepsi blogger Amy Syeera, singgah solat lepas tu terus ke Setia Alam. Kedai buku ni namanya Book Xcess dan terletak di mall yang baharu juga di buka, Sun Suria Forum, bersebelahan sahaja dengan Setia City Mall, Setia Alam tu. Korang waze mesti jumpa punya lah. Kami masuk dari parkir aras bawah terus sampai ke pintu masuk Book Xcess ni. 





Memang unik sangat, susun atur galeri dan luas sungguh la kat dalam tu. Di aras bawah tu adalah galeri jualan buku-buku dalam pelbagai kategori dan terdapat juga cafe serta sudut bacaan untuk pengunjung. Kemudian bila terus berjalan ke dalam sampailah ke tunnel yang di penuhi buku-buku di susun bertingkat hingga lah ke atas dan boleh excess keluar ke mall. Pasti kan korang dah bayar buku-buku yang korang nak beli sebelum naik ke  tunnel tu. Kalau tak kena turun sekali lagi dengan tangga pusing tu. Boleh tahan juga tingginya. 






Yang bulat besar kat depan tu adalah pandangan dari dalam mall untuk masuk atau turun ke galeri buku Book Xcess ni. Difaham kan Book Xcess SunSuria Forum ni merupakan kedai buku pertama di Malaysia yang menampilkan konsep book tunnel atau pun terowong buku dalam bahasa Melayunya. Memang unik dan menarik sekali untuk korang bergambar di sini. Latar belakang yang sangat cantik. 







Book Xcess di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan terdapat pelbagai kategori buku di jual dan dipamerkan disini tetapi semua buku dalam bahasa Inggeris dan tidak pula ana jumpa buku terbitan tempatan. Mungkin tak pusing habis kut, tak pe nanti kita pi sekali lagi In Shaa Allah sebab Adik Ika ni suka kumpul buku-buku fiksyen Inggeris ni. 






Untuk pengetahuan korang, yang bersusun bertingkat-tingket di luar galeri dan di dalam terowong tu hanya buku-buku display sahaja. Depa dah lekatkan kat dinding jadi tak payah nak tarik ambik baca atau beli naa. Buku-buku untuk jualan semua ada kat bawah nun, hehe :) 





Book Xcess ni ada beberapa cawangan di seluruh negara seperti di Penang, Cyberjaya dan sebagainya dan memang cantik-cantik dan unik-unik konsep store depa ni berbeza tema dan design. Jadi kalau korang nak merasai sendiri membeli buku di dalam sebuah konsep store bertema kan book tunnel ni meh la ke Book Xcess yang terletak di Sunsuria Forum, Setia Alam ni. 






14 Comments

  1. bestnyaaaa! mmg menarik sgt..
    kalo la dekat mmg dh pegi ni.. sbb sy mmg suke sgt2 kat buku..
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa ezy, memang best tempat ni kalau peminat buku macam ezy pii

      Delete
  2. Replies
    1. tu la Nieyl cantik kalau nak bergambar kan :)

      Delete
  3. menariknya. dekat dgn rumah ni. nnt kena jengah lah kejap.

    ReplyDelete
  4. menarik sangat . Baru nak tanya macam mana nak ambil buku-buku yang tingkat atas tu kot-kot ada tangga lain untuk panjat , heheheh . . Rupanya display je .

    ReplyDelete
  5. menarik sgt! macam kat oversea pulak ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan anak kak ana kata macam kat korea ada mcm ni hehe :)

      Delete
  6. Ha! ulat buku kena pi sini ni K. Ana kan... nampak macam kat Starfield Coex Mall dah tu.
    Mrs. A yang bukan ulat buku pun teringin nak pegi ni hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau mai Setia Alam singgah la mrs A, kat cyberjaya pun ada cawangan bookxcess ni :)

      Delete
  7. Ok, masuk senarai untuk dilawati.. hehehe

    ReplyDelete