Roti Sosej Cheese Leleh Kegemaran Kanak-kanak
Percaya tak resepi ni ana belajar dari adik blogger saiyaa ARZ MOHA . Haha!! Hebat Arz Moha kan.. siap ajarin kakak dia buat roti hotdog kegemaran Cik Puteri . Tapi bila tengok yang Arz Moha buat lagi mengiurkan laa pulak dari ibu ana buat ni. Ermm.. Kena suruh Cik Puteri buat online kelas nii.. :) Memang mudah sangat nak buat, boleh jer ajak anak-anak buat sama-sama macam Abah dengan Cik Puteri buat bila cuti sekolah kan.
Bila anak-anak ana balik sem break minggu lepas, ana suruh lah Adik Ika buatkan roti sosej ber cheese ni untuk sarapan pagi. Bahan pun mudah ajer. Menu ni sesuai untuk sarapan atau pun menu potluck pun okay kan. Ana kongikan semula kat sini untuk rujukan dan berkongsia idea dengan pembaca. Mana tahu kan, dah jemu buat roti telur kita upgrade sikit jadi roti sosej cheese meleleh ni.
Resepi roti sosej cheese leleh
Orang sekarang ni semua nak ber cheese dan meleleh-leleh ni kan. Dah jadi trend masa kini. Tapi kanak-kanak suka makan cheese lagi pun ia menu yang sihat lah tanpa msg . Boleh lah buat sarapan atau bekalan untuk anak-anak ke sekolah.
Bahan-bahan roti cheese sosej cheese
![]() |
Bahan-bahan Roti Sosej Cheese Leleh |
Roti Gardenia
Sebiji telur
Kepingan Cheddar Cheese
Beberapa batang sosej ( hotdog )
Margerin
Minyak untuk menggoreng
Lada sulah
Cara buat roti sosej cheese leleh mudah :

1. Roti Gardenia tu korang lenyetkan dahulu dengan kitchen roller sampai agak nipis.
2. Sapukan margerin.
3. Alaskan dengan sekeping cheddar cheese.

4. Letakkan sosej dan gulung ketat-ketat.

5. Dadarkan sebiji telur dan taburkan sedikit lada sulah jika suka. Tak perlu letak garam kerana margerin dan cheese dah ada rasa masin disitu.
6. Celup kan gulungan roti dan basahkan betul-betul agar ia tidak terbuka bila di goreng nanti.

7. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper dan boleh lah goreng gulungan roti. Balik-balikkan sebab roti ni cepat garing boleh jadi hitam nanti , dah tak hensem kan.
8. Angkat dan toskan minyak di atas kitchen tissue .
9. Untuk menampakkan lelehan cheese dalam roti tu, korang potong lah roti kepada dua bahagian ketika ia masih panas-panas lagi. Dan tengok lah leleh tak lelehnya cheese dari dalam roti yang di goreng.
Sedap di makan macam tu sahaja tapi ada juga yang suka makan dengan sos dan mayo. Ikutlah citarasa masing-masing kan. Janji sedap. Selamat mencuba :)
26 Comments
Selalu buat untuk bekalke sekolah 😀😀
ReplyDeletekann kanak-kanak suka makan ni :)
Deletememang sedap lah menu ini... bukan kata budak2 orang tua pun layan
ReplyDeletemudah pun nak sediakannya Dana kan :)
Deleteroti sosej cheese ni memang fav anak2 dilah kak..
ReplyDeletetuu laa Dillah, dah agak dah kanak2 suka kan makan :)
Deleteslalu tgk org buat tp tk pernh try lg
ReplyDeletetry laa mama, senang ya amat ni hehe :)
Deletekalau buat ni, laju je habis. semua org suka!
ReplyDeletekena beli cheese banyak2 lah macam tu han :)
Deletealamakkkk , lapar !!! bukan budak-budak je suka , mak budak pun suka menu nie .
ReplyDeletehehe sedap kan Suhana :)
DeleteNak buat ambil masa setengah jam, makan nya tak sampai 10 minit clear.. hahaa
ReplyDeletelajuuu je ye OP :)
DeleteDulu selalu buat roti sosej ni tapi since anak yang kecil tu kena elak makan sosej, dah jarang sangat buat. Tapi bukan anak-anak aje suka, azi pun suka juga. Kalau kena buat port luck breakfast, ni antara pilihan yang mudah disediakn.
ReplyDeleteowh ye ke Azi, betul tu buat menu potluck pun okay je kan :)
Deletenak saya coba ye di rumah, mana tau enak dan berhasil. Salam kenal dari Indonesia
ReplyDeleteterima kasih atas kunjungannya Ibrahim :) salam ukhuwah
DeleteSedapnya kak Ana. Bukan takat budak je suka, mak budak macam ku pun suka. Lagi² ada cheese. Heee.
ReplyDeleteMudah dan simple je buatnya.
Tq share 💜
haruss rabia kan, benda sedap dan mudah nak buat pasti ler suka hehe :)
Deleteyalah kan..
ReplyDeletetak juga susah nak buat tu..
selain sedap berkhasiat sedkit lerana ada cheese dan sosej
boleh dimakan tetapi jarang-jarangkan
haah sekali sekala, selalu pun jemu gak kan :)
DeleteSedap pula tengok roti nie Ana.. nanti nak cuba lah buat bila Kakak balik. Tq for sharing Ana sayang..
ReplyDeletehaah cuba lah Sue ajak kakak buat sesama nanti :)
DeleteYang ni sha pun sukaaaa, hehe. Makan masa panas-panas cicah dengan sos cili fuhhhh.
ReplyDeletesedap gak kan Sha makan dengan sos :)
Delete