Kalau makan mee atau pun mihun sup, kalau tak ada sambal kicap memang tak padu kan. Adik Ika balik minggu lepas teringin nak makan mee sup katanya. Alhamdulillah mudah  jer permintaan anak kali ni. Ke kedai Acheh lah pagi tu beli bahan apa yang perlu nak masak kan mee sup buat anak-anak. Dah selesai masak kuah sup nya Adik " tanya ibu ada sambal kicap tak ? " . Harus lah ada kan, kalau tak rasa tak lengkap pula menu mee sup tanpa sambal kicap. 

Alaa nak buat sambal kicap ni bukannya susah sangat pun. Ada dua versi yang ana selalu buat sama ada yang masak mahupun yang di makan mentah begitu. Tapi ana lebih suka versi sambal kicap di masak ni. Takut juga alahan pada perut kalau yang tak masak tu kan. Bahannya sama cuma beza kalau nak masak panaskan atas api sehingga mendidih atau pun dari bahan yang sama makan  terus pun tak jadi masalah. Meh laa, ana nak kongsikan dengan korang sambal kicap cara anajingga dot com. Sempoi jer tak susah pun. Sesuai kalau yang nak buat dalam kuantiti yang sedikit. 



Sambal kicap cili api 


Bahan-bahan sambal kicap cili api :

Cili api - ikutlah banyak mana korang nak guna kan
Bawang putih dalam 4-5 ulas 
Cuka - ana gunakan Cuka Jalen
Kicap - ana guna kicap lemak manis Jalen 
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa ( lebihkan kalau korang tak minat pedas sesangat tu ) 


Cara masak sambal kicap cili api 





1. Tumbuk cili api bersama bawang putih dalam lesung batu . Kalau korang nak buat dalam kuantiti yang banyak blend sahaja lah kan. 

2. Tuangkan kicap secukupnya dan campurkan juga cuka ke dalamnya. 





3. Masukkan garam dan gula. Gaul sebati . Sampai tahap ni pun dah boleh makan sambal kicap versi mentah. 

4. Didihkan di atas api perlahan sambil mengacaunya sehingga mendidih dan padamkan api. Siap dah sambal kicap cili api versi di masak pula. 





Sambal kicap ana ni sedap di makan dengan sup atau pun sebagai pencicah untuk tahu goreng, tempe goreng atau pun tahu bergedil. Selamat mencuba :)