Kalau makan mee atau pun mihun sup, kalau tak ada sambal kicap memang tak padu kan. Adik Ika balik minggu lepas teringin nak makan mee sup katanya. Alhamdulillah mudah  jer permintaan anak kali ni. Ke kedai Acheh lah pagi tu beli bahan apa yang perlu nak masak kan mee sup buat anak-anak. Dah selesai masak kuah sup nya Adik " tanya ibu ada sambal kicap tak ? " . Harus lah ada kan, kalau tak rasa tak lengkap pula menu mee sup tanpa sambal kicap. 

Alaa nak buat sambal kicap ni bukannya susah sangat pun. Ada dua versi yang ana selalu buat sama ada yang masak mahupun yang di makan mentah begitu. Tapi ana lebih suka versi sambal kicap di masak ni. Takut juga alahan pada perut kalau yang tak masak tu kan. Bahannya sama cuma beza kalau nak masak panaskan atas api sehingga mendidih atau pun dari bahan yang sama makan  terus pun tak jadi masalah. Meh laa, ana nak kongsikan dengan korang sambal kicap cara anajingga dot com. Sempoi jer tak susah pun. Sesuai kalau yang nak buat dalam kuantiti yang sedikit. 



Sambal kicap cili api 


Bahan-bahan sambal kicap cili api :

Cili api - ikutlah banyak mana korang nak guna kan
Bawang putih dalam 4-5 ulas 
Cuka - ana gunakan Cuka Jalen
Kicap - ana guna kicap lemak manis Jalen 
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa ( lebihkan kalau korang tak minat pedas sesangat tu ) 


Cara masak sambal kicap cili api 





1. Tumbuk cili api bersama bawang putih dalam lesung batu . Kalau korang nak buat dalam kuantiti yang banyak blend sahaja lah kan. 

2. Tuangkan kicap secukupnya dan campurkan juga cuka ke dalamnya. 





3. Masukkan garam dan gula. Gaul sebati . Sampai tahap ni pun dah boleh makan sambal kicap versi mentah. 

4. Didihkan di atas api perlahan sambil mengacaunya sehingga mendidih dan padamkan api. Siap dah sambal kicap cili api versi di masak pula. 





Sambal kicap ana ni sedap di makan dengan sup atau pun sebagai pencicah untuk tahu goreng, tempe goreng atau pun tahu bergedil. Selamat mencuba :) 

28 Comments

  1. Sup,pisang/keledek/keladi/sukun/tauhu/tempe goreng..tauhu begedil..memang ngam sangat dangan sambal kicap kalau keluarga PC kak..boleh dikatakan sentiasa ada atas meja..lagi pedas lagi sedap tapi risau perut memulas-mulas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah PC kena sangat dah kan dengan gabungan semua yang di atas tu :)

      Delete
  2. nice sangat nie . Kalau makan mee sup / bakso / bihun sup wajib ada sambal hitam nie . Isi banyak lagi terangkat rsa tu . Gorengan pun sedap cicah sambal hitam nie .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak ana tak berani buh banyak-banyak Sue, lain yang terangkat nanti sudahnya hehe :)

      Delete
  3. kat rumah dana memang sentiasa ada bekalan sambal kicap kak, blend banyak simpan dalam petiais memang tahan kadang sampai sebulan, dana biasa pakai cili api mentah je, sebab kat rumah ni dah terbiasa gitu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu diaa Dana, ready stok kat dalam peti ais ye :)

      Delete
  4. kebetulan ptg ni nak buat kuew teow sup, AJ.
    nak buat sup, yong tau foo. beli kuew teow.
    kicap cili api ni wajib!!
    asyik makan nasi jer. letih la tekak :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Aida sekali sekala kita tukar-tukar menu pula kan :)

      Delete
  5. sedap sambal kicap..
    terliurrrr

    ReplyDelete
  6. betul..kalau mkn sup mesti ada sambal kicap tak pun sambal merah tu..masak serbuk cili

    ReplyDelete
  7. Sungguh kak..wajib ada sambal kicap kalau makan mee sup. Lagi pedas lagi kick. Hehe

    ReplyDelete
  8. Cara kak ana buat sambal kicap sama macam SA buat...sedapnya makan dengan mee sup

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kak ana pasti SA punya lagi powerrrr pedasss versi negori kan hehe :)

      Delete
  9. Mudah je nak buat yang versi masak ye.. Nanti boleh Sha cuba.. Anak Sha Amani nie cukup suka sambal kicap nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah sangat Sha , cuba lah :) adjust pedas ikut selera Sha :)

      Delete
  10. Ni sambal kicap versi orang rajin ni hehheee
    Mrs.A pun kalau makan bihun sup mesti nak letak sambal kicap jugak barulah padu

    ReplyDelete
  11. Lagi berapi tahap kepedasannya lagi terangkat selera!

    ReplyDelete