Pernah tak mengalami situasi di mana tiba-tiba charger handphone kita rosak tak boleh nak di gunakan sedangkan waktu itu sangat perlu untuk mengecas handphone di mana bateri dah tinggal 3% sahaja. Nak ke kedai aksesori jauh pula tu..Tapi kalau berhampiran rumah korang ada pasaraya 99 Speedmart , korang tak payah panik. Sebab nya di 99 Speedmart ada menjual aksesori telefon pintar yang murah dan berkualiti iaitu Adapter dan juga tiga jenis cable data ( USB Cable) jenama Speed Gadget.

Inilah yang terjadi baru-baru ini bila charger handphone Kak Long rosak di lambung dan di gigit cable nya oleh Si Ritchie anak kucing kami. Bukan sekali dua siap bawa lari lagi charger Kak Long ke sana sini, mau tak rosak adapter nya. Cable sekali pula tu rasanya kena gigit kut, adoi nakal sungguh la anak-anak kucing kat rumah ni. Semua benda nak buat main. 


SPEED GADGET USB ADAPTER & CABLE


Adapter dan Cable Speed Gadget di 99 Speedmart 





Kak Long pula dah nak balik kolej semula lepas Maghrib, malas pula nak keluar ke bandar, pasti trafik jem time-time macam ni sekadar nak beli charger sahaja tak berbaloi pula rasanya kan. Nasib baik ana teringat ada rakan Facebook pernah posting yang kat 99 Speedmart ada jual adapter dan juga data usb cable. Kami try lah ke 99 Speedmart belakang rumah ni sahaja letaknya. Tanya kat adik cashier tu, terus di berikannya adapter dan juga data cable jenama Speed Gadget ni. Ahh!! Legaaa.. 

Bawa balik terus cuba dan berfungsi dengan baik. Ermm!! Lepas ni tahu dah kan kat mana nak beli adapter dan juga data cable murah dan berkualiti jenama Speed Gadget. Sebab nya pasaraya 99 Speedmart ni ada banyak cawangannya di sekitar kawasan perumahan. Kat taman kediaman ana ni sahaja ada 4 buah cawangan pasaraya 99 Speedmart berhampiran. Kan mudah tu. 


SPEED GADGET USB ADAPTER & CABLE


Speed Gadget USB Adapter 



SPEED GADGET USB ADAPTER 


Adapter USB Speed Gadget ini sesuai untuk kegunaan harian kita semua. Ia juga sesuai untuk telefon pintar mahupun tablet. Input - 100-240V - 50/60h , 0.15 A . Output, USB Port 5V - 2.4 A . Harga untuk satu USB Adapter Speed Gadget di 99 Speedmart ini ialah RM14.50 .



Speed Gadget Data Cable 



SPEED GADGET USB CABLE


Terdapat 3 jenis pilihan USB Data Cable mengikut kesesuaian kegunaannya iaitu Type-C , Micro dan juga Lightning . Ana membeli Micro Data Cable yang sesuai dengan handphone Kak Long. Ia mempunyai sokongan kelajuan tinggi ( Support Fast Charging ) sehingga 2A . Sesuai untuk pemindahan data dan penyelenggaraan data. Data Cable Speed Gadget adalah 1 meter panjang. Ia berharga cuma RM10 sahaja. Dan kesemua produk Speed Gadget ini hanya di jual di pasaraya 99 Speedmart sahaja. Jadi pii laa dapatkannya jika tiba-tiba memerlukannya untuk kegunaan. 

10 Comments

  1. Terima kasih atas perkongisan K.Ana.
    Mrs. A baru berkira-kira nak beli charger phone ni, yang ada ni pun dah meragam.
    Nak singgah 99 speedmartlah nanti nak cari yang ni heheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Mrs A, itulah senang bila dah tahu kan cari je kat 99 Speedmart jenama Speed gadget ni :)

      Delete
  2. memang tengah cari kak, sebab charger kat rumah agak slow dan jugak adapter usb kt opis ni, nnti boleh la cuba cari kt speedmart... tq atas perkongsian kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah cari lah Dana banyak cawangan ada kan berhampiran :)

      Delete
  3. Wah.. speedmart macam2 ada sekarang.. sy suka shopping kat speedmart untuk barang rumah sebab saya rasa lagi murah. kan best kalau speedmart ada buat kad ahli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kat area rumah kak ana ni ada 4 99 Speedmart ni senang sangat kalau nak cari barang pada harga yang murah kan :)

      Delete
  4. wah..menarik leh perg icarik kat speedmart jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa Speedmart ni ada di mana-mana jer kan JM :)

      Delete
  5. Mudah lah lepas nie.. singgah 99speedmart je untuk beli..

    ReplyDelete