Alhamdulillah 365 hari sepanjang tahun 2019 telah pun di izinkanNya kita sama-sama lalui dengan penuh kisah suka dan duka sepanjang perjalanan kehidupan yang di pinjamkanNya. Esok dengan izinNya jua 2020 bakal bertandang dengan perjalanan kehidupan yang belum pasti. Entah berapa hari untuk terus kita terokai hanya Allah swt yang mengetahui. Namun selagi di berikannya kesempatan detik yang hadir, sama-sama kita teruskan kehidupan dalam mencari bekalan akhirat yang kekal dan mencari rezeki di samping keberkatan dan keredhaanNya dalam apa jua yang kita jalani. 

Hidup ini tak akan berakhir dengan ujian yang silih berganti. Lain insan lain ujiannya. Kaya mewah bukan lah tanda di sayangi Nya, miskin gagal pula tak bermakna kita adalah yang terhina di sisiNya. Semua itu satu ujian yang perlu kita lalui seiring dengan keupayaan dan kudrat yang berbaki. Selagi bernyawa selagi itu kita di berikan peluang dan ruang untuk memperbaiki diri dan memohon keampunan dariNya. 

Garnier bersama Sue Sopian, Fuzy, Kolin, Anil, Anie dan Sue Kabdy 

Selamat menyambut kedatangan tahun baharu 2020 dan terima kasih kerana setia singgah ke blog picisan www.anajingga.com. Tahun 2019 terlalu banyak kenangan terindah yang dilalui khasnya bersama rakan-rakan blogger tersayang. Terima kasih ke atas setiap rezeki yang di kongsikan bersama dan amatlah ana harapkan apa sahaja yang terbit dari hati di lakarkan dengan jari yang menaip, biarlah semuanya yang baik-baik dan bermanfaat buat sesama hambaNya. Yang baik semuanya dari Allah swt jua dan yang khilaf adalah dari ana seorang hamba yang sentiasa alpa dalam meniti perjalanan usia. 


MBH Manjung lanuching bersama team Influences Perak - Shalimar, Julia Alisya, Cik EN dan Marsha 

Jutaan ampun dan maaf jua sekiranya ada antara bait kata-kata yang terbit pernah menyingung mahupun mengguris perasaan sesiapa jua. Tidak pernah terniat untuk mengguris rasa mungkin ada kekasaran bahasa yang tidak di sedari mahupun tersengaja kerana inilah fitrah saya seorang manusia. Maafkan saya kerana kita tidak tahu adakah ini coretan terakhir yang tertinggal kelaknya nanti. 

Bersama Dato Chef Haji Ismail ketika Ramadan Buffet preview Restoran Rebung 


Di kesempatan ruang ini ana kongsikan di sini sebagai coretan kenang-kenangan sepanjang tahun 2019 pelbagai event dan job yang telah ana hadiri bersama rakan-rakan blogger serta tajaan untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah segalanya indah-indah belaka dan pasti akan tersemadi di sanubari selagi masih ada sisa usia. Banyak lagi sebenarnya cuma apa yang ada di sini sebahagian yang masih tersimpan di galeri handphone. 


Bersama Amy, Zatty dan Lynda ketika Ramadan Buffet Preview di Bangi Golf Resort 


Sue Sopian, Sue Kabdy dan Anie di Majlis Hari Raya PPZ Maiwp KL - Dewan Perdana Felda 


Bersama keluarga food review di BBQ Kemensah 


My News launching event bersama Sue Kabdy, Nadia dan Kinah 


Realme launching 

Event penutup 2019 Rinching Terrace soft launch 

Penginapan tajaan di Putrade All Suites at RPGC Ipoh bersama keluarga 

Majlis di PPZ bersama rakan2 blogger 

Vivatel Ramadan Preview bersama Sally dan Eyza 

Kembara Rahmah Zakat PPZ Maiwp bersama Kolin, Qis, Anie dan Sue Kabdy 

Jalan Jalan Japan promo M3 Mall , Gombak 

Baiwago Plus Review 

Ayam Brand Suku Suku Separuh Hospital Pakar Ampang Puteri 

Segi Fresh promosi dan review Balakong & Bukit Sentosa 

Restoran Sisik Review 

Marry Brown launching Sungai Choh 

Dan mungkin ada beberapa lagi event dan job yang tercicir namun semua itu adalah satu pengalaman dan kenangan indah buat ana dalam dunia penulisan blog dan sosial media influencer. Alhamdulillah rezeki yang tak pernah putus datang dalam pelbagai bentuk. Terima kasih semua yang pernah bekerjasama dengan www.anajingga.com dari clients, PR agensi, rakan-rakan blogger juga yang banyak berkongsi rezeki dan terima kasih yang tak terhingga buat jutaan pengunjung di www.anajingga.com. In Shaa Allah selagi khidmat ini masih diperlukan, ingatan dan idea masih di pinjamkanNya ana akan terus menulis dan menrbitkannya di ruang sepi ini. Selamat tinggal kenangan terindah 2019 dan selamat tahun baharu 2020 buat kita semua. 

10 Comments

  1. Alahamdulillah...tahun 2019 dapat diharungi dengan kekuatan dari Allah... ujian...ya sangat besar bagi saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semoga fida akan terus sukses dunia akhirat di tahun ini , aamiin

      Delete
  2. selamat tahun baru! semoga 2020 lebih indah.. =)

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru! semoga 2020 lebih indah.. =)

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru kak. Yeah ada muka kita.hek hek

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru Qis, hehe comel qis kan :)

      Delete
  5. wah :)
    aida x pernah attend apa2 event blogger. kat melaka, grup blogger ada dgn puak2 mereka je :)
    tak menyeluruh jemputan kpd blogger lain.
    tapi takpe. aida pun kekurangan masa dan ruang nak join. teringin. tapi, tak boleh beri komitment, AJ.
    so it is ok la :)

    tahniah.
    kipidap!
    and moga hubungan alam maya kita ni hingga ke jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. event ni selalunya dapat dr group2 blogger juga aida, tapi bila kita dah kenal ramai pr depa akan jemput sendiri. aamiin in shaa allah aida

      Delete