Sardin masak kicap dengan Sardin Ayam Brand
Siapa peminat sardin angkat tangan !! Ramai rupanya peminat sardin ni kan. Ana salah seorang daripadanya juga, cuma ana agak memilih juga dalam nak masak dan makan sardin ni. Ada dua jenama sardin sahaja yang ana boleh terima di tekak salah satunya sardin Ayam Brand. Sardin Ayam Brand ni Halal dan bermutu premiumlah dai segi isi dan rasa sardin nya. Masak apa pun sedap kan..
Selalu ana buat sardin sambal, kerabu sardin ataupun kari sardin. Kali ini ana nak kongsikan pula sardin masak kicap paling sempoi dan mudah sangat nak sediakannya. Lebih-lebih lagi menggunakan Ayam Brand ready to eat ni ataupun sedia di makan. Bersaiz tin segi empat kecil je kira cukup untuk makan berdua. Satu tin ni ada 4 hingga 5 ekor isi ikan sardin yang di rendam di dalam Extra Virgin Olive Oil atau minyak zaitun. Kalau nak makan terus pun boleh je sebab ianya memang telah di masak dan ready to eat pada bila-bila masa. Sesuai lah nak bawa berkhemah dengan si Nopal kan hehe :)
Resepi sardin masak kicap
Kacang sangat lah resepi ni pejam mata pun boleh buat kata orang. Tapi korang tak yah nak tunjuk terre sangat pejam-pejam mata , bahaya kat dapur sana tu... Haha :) Masak je elok-elok naa. Jom lah ana kongsikan resepinya.
Bahan-bahan sardin masak kicap
1 tin Sardin Ayam Brand
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji cili merah - hiris
1 inci halia - hiris panjang
2 biji cili api - ikut suka pedas boleh je tambah banyak mana pun
1 biji tomato - hiris
Kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Hirisan limau nipis atau 1 biji limau kasturi
Cara masak sardin masak kicap
- Jika korang menggunakan Sardin Ayam Brand Extra Virgin Olive Oil ni tak perlu guna minyak masak dah. Panaskan kuali dan masukkan terus dari dalam tin sardin dan juga minyak zaitun yang ada di dalam tin tu.
- Bila sardin dah garing, masukkan kesemua bahan hirisan tadi dan gaul sebati. Rasakan dengan kicap lemak manis serta garamnya. Perahkan sedikit jus limau kasturi atau limau nipis. Siap dah.
Senang ya amat lah kan. Kalau berminat boleh mencubanya sendiri. Enak di makan dengan nasi panas atau pun nak makan dengan roti pun sedap juga. Sardin Ayam Brand Extra Virgin Olive Oil ni di datang kan dalam dua variasi iaitu yang biasa dan satu lagi yang extra pedas di mana ada cili api di dalam tin sardin dengan minyak zaitun ni. Boleh sahaja di dapati di mana pasaraya terpilih seluruh negara. Selamat mencuba yer satu resepi paling sempoi dari ana bersama Ayam Brand.
16 Comments
harga untuk sardin pun boleh tahan..
ReplyDeleteharga tak boleh bawak bincang
haah sardin ayam brand ni mahal pun sedap mH :)
DeleteTak pernah masak sardin kicap ni kakna. First time dengar ni. Okeh next time boleh try jugak 😉
ReplyDeletetry nanti sha :)
Deleteoh belum pernah cuba lagi sardin ni. nak kena cari lah jugak kot pekan ni, kot la ada. hehe
ReplyDeleteada in shaa allah UN
DeleteSARDIN AYAM BRAND DH LAMA JADI PILIHAN TAPI HARGA DIA LA NI MMG FIKIR BNYK KALI NK BELI
ReplyDeletehaah paridah :)
Deletesedapnya sardinnnn
ReplyDeleteamboi ezy peminat sardin eh :)
DeleteX pernah cuba lagi sardin masak kicap. Nmpk simple.. Nnti boleh try
ReplyDeletetry la aisya simple je ni:)
DeleteKalau cari sardin, mesti pilih sardin ayam brand
ReplyDeletesamalah kita wak :)
Deletepernah buat sardin gini, AJ.
ReplyDeletehu hu hu sedap nyer lah di tekak aida.
tapi, anak2 kata - "lain kali buat sambal jer la bu. sambal lagi sedap."
diorang nak jugak sambal sardin.
hmmmm aida buat ni kalau sorang diri, tin kecik.
masak kicap is always sedap, kan :)
tu lah dah terbiasa dengan sambal sardin kan Aida :)
Delete