Pernah dengar kisah Rumah Degil ni beberapa kali di ceritakan semula di media sosial , nak nak lagi berkisar isu Kampung Baru. Ana masih ingat lagi rumah ini terletak di celah dua bangunan batu di Chow Kit lokasi asal rumah ni. Ketika penghujung 1990-an , waktu tu ana bekerja dan hentian bas Sri Jaya ke Keramat depan rumah ni lah pondok bas nya. Waktu itu pun rumah ni dah di tumbuhi semak samun dan tak terurus.




Baru-baru ni kebetulan berada di sekitar Balai Seni Lukis Negara, terpandang lah rumah papan bertiang putih tinggi ni di sebelah Balai Seni Lukis Negara. Rupanya ia telah di pindahkan di sini sebagai kenang-kenangan. Alhamdulillah ia di baik pulih dan terjaga sempurna dan boleh lah di jadikan rujukan senibina warisan Rumah Tradisional Melayu untuk di lihat sendiri oleh genarasi akan datang, In Shaa Allah.



Rumah Degil di Balai Seni Lukis Negara




Sebagai anak kampung, ana pastinya akan bernostalgia bila melihat dan berada semula di rumah papan senibina kampung sebegini. Teringat seni bina rumah tinggi bertiang seperti ni sama seperti rumah arwah Tok Anjang kami. Bila ada tiang tinggi macam ni, bawah rumah tu lah tempat kami bermain bersama sepupu sepapat. Redup berangin je ada pula pangkin untuk kami makan-makan bawah rumah, Allahu.. sangat mengimbas kenangan silam anak kampung. 




Serba sedikit info yang ana dapat dari carian internet tentang Rumah Degil ni sangat menarik untuk di kongsikan disini bersama pengunjung blog.  Rumah Degil yang berada di Chow Kit di tengah-tengah pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur. Nenek Norma adalah tuan Rumah Degil ini. Banyak versi cerita berkenaan rumah ini yang tuan rumahnya ‘degil’ tidak mahu menjual rumahnya kepada pihak pemaju di kawasan tersebut sehinggakan naik bangunan-bangunan tinggi disekelilingnya dan hanya rumah dia sahaja yang masih kayu dan utuh. Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuk Nenek Norma menjual rumah itu bertahun-tahun lamanya sehingga beliau meninggal dunia. Pada tahun 2013 akhirnya rumah ini terpaksa juga dilepaskan.




Walaupun tanah itu telah dijual kepada pemaju, namun Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pelancongan telah mengambil inisiatif untuk membeli rangka rumah tersebut dan diletakkan di Balai Seni Negara di Jalan Tun Razak.






Rumah itu bercirikan tradisional Melayu dan dibina pada 1926 di Jalan Chow Kit. Ia adalah kediaman yang dibina oleh Jaafar Sutan Sinomba juga dikenali dengan nama Sutan Mengatas Sutan Sinomba, iaitu keturunan Sutan Puasa, saudagar dari Mandailing, Sumatera dan kawasan tersebut adalah penempatan mereka.



Menurut laporan tersebut, rumah berusia 92 tahun itu telah menyaksikan pelbagai perubahan di negara ini dari zaman British, Jepun, kemerdekaan negara hingga ke 13 Mei 1969. Namun malangnya ia terpaksa dijual pada tahun 2013 kerana keluarga Jaafar tidak lagi mampu menampung kos penjagaan rumah tersebut.



Rumah ini boleh sahaja di kunjungi pengunjung sehingga jam 6 petang rasanya setiap hari. Masuk percuma jer, cuma kita tak boleh masuk ke dalam rumah ni dan hanya boleh naik tangga dan melihat struktur dalaman rumah yang kosong melalui dinding kaca. Mungkin untuk menjaga struktur rumah yang dah sangat tua usianya tu. Kalau korang kebetulan berada sekitar Balai Seni Lukis Negara, di  Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya sekitar Taman Tasik Titiwangsa, singgah lah untuk melihat sendiri Rumah Degil yang bersejarah. 



kredit sumber rujukan : Berita Harian 

13 Comments

  1. dana macam perasan la rumah ini dulu, bila nampak gambar dia di lokasi asal... masa bujang dulu rajin jugak jalan ke kampung baru dan chowkit...
    dah di pindahkan ya, kalau tak sabtu aritu singgah tengok rumah ni... cantik binaannya ya kak... besar jugak rumahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekitar 90-an dulu masih di chow kit Dana, kak ana pun tak perasan dah di pindah kan ke BSN ni.. :)

      Delete
  2. good info..jln2 KL nnt blh la singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat UN sambil ronda2 Balai Seni Negara singgah Rumah Degil ni , free jer :)

      Delete
  3. info yg bagus, tak pernah tau pun.
    cantik rekaan rumah ni, syukur ia dikekalkan walaupun bukan ditapak asal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Ujie senibina rumah traisional lama kan wajar di pelihara sebaiknya

      Delete
  4. menarik sejarah rumah ni, k.ana. tak pernah tau pun..bagus langkah yang dibuat oleh Menteri Pelancongan membangunkan semula rumah tersebut walaupun bukan di tapak asal. Rumah kampung macam ni mmg best. Lepak bawah rumah sambil main, makan..mmg layannn...

    ReplyDelete
  5. bagusnyaa simpan lagi rumah lama macam nii... rumah macam ni memang cantik kan kak ana.. buat port bergambar.. buat kenangan, sekarang banyak rumah dah moden kan,,,kayu pun jarang... 1st tima Sha dengar pasal rumah degil nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangat Sha kat kg pun dah tak banyak senibina lama ni :)

      Delete
  6. Yang sebenarnya Nenek Norma yang degil bukan rumah tu eh! tiberrr...

    ReplyDelete