Sambal gesek ikan bilis tanpa belacan

Nak kata sambal gesek pun bukan lah di buat dengan lesung atau gesek-gesek, tapi sambal ni ana blender je hehe 😊😊  Nak panggil sambal goreng lain pula rupanya, boleh lah kan gesek pun gesek lah, cara penyediaannya.

Sambal ni selalunya orang buat dengan memasukkan belacan, cuma ana di rumah ni suami dan anak-anak tak makan belacan, depa alah lepas makan belacan bersin atau gatal-gatal pada badan.  Jadi ana olahkan sambal gesek ni tanpa belacan. Mungkin segi rasa kurang 'kick' sikit lah tapi tak lah tak sedap, okay jer pada selera kami. Ana-anak suka, makan cicah dengan ulam. Cili api pun ana tak letak, sebab ana tak tahan pedas, gastrik teruk benar dah tua-tua ni.


sambal gesek ikan bilis tanpa belacan

Jadi kalau korang nak try sambal gesek style anajingga dot com ni, boleh lah olah kan semula ikut citarasa masing-masing. Basicnya sama jer, olah lah ikut selera kan, boleh jer nak buh belacan, cili api atau gula ke, limau ke, biar kena dengan selera korang. 

Resepi sambal gesek ikan bilis 

Bahan-bahan :

Cili merah
Ikan bilis
Bawang kecil 
Minyak
Garam 

Cara buat sambal gesek :

1. Goreng cili merah, ikan bilis dan bawang kecil seketika. Angkat cili, ikan bilis dan bawang. Simpan lebihan miyak gorengan untuk proses seterusnya.

2. Masukkan dalam blend atau tumbuk dalam lesung pun boleh. Masukkan garam.

3. Bila dah lumat, panaskan semula lebihan minyak goreng cili tadi hingga benar-benar panas. 

4. Tuang kan ke dalam sambal yang di blend dan kacau sebati. Ada juga versi yang tumiskan semula sambal yang di blend ke dalam lebihan minyak masak . Ikut lah nak buat macam mana pun. Yang mana lebih mudah. 

Video tutorial ada di dalam youtube di bawah, sambil tu subscribe naa 😉😉




Sambal gesek ikan bilis tanpa belacan Sambal gesek ikan bilis tanpa belacan Reviewed by Ana Jingga on February 07, 2020 Rating: 5

7 comments:

  1. perghhhh terasa cili nya di sini. haha ^_^

    ReplyDelete
  2. sedap sambal ni. laju je kalau makan nasi

    ReplyDelete
  3. Macam sambal ayam penyet.
    Saya tak tahan pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu redza macam sambal ayam penyet, samalah kak ana pun tak tahan pedas juga ni :)

      Delete
  4. selalunya kalo sambal ada ikan bilis tu da sedap da.. mmg naik rasa..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.