Sedang mencari lokasi yang sesuai untuk majlis akad nikah, pertunangan, aqiqah mahupun resepsi perkahwinan sekitar Shah Alam ? Ana ada satu pilihan untuk korang, khasnya yang ingin kan majlis dalam undangan yang kecil, sederhana dan bajet yang mampu. Apa kata korang teruskan pembacaan di sini kerana apa yang bakal ana coretkan boleh memberikan inspirasi sebuah majlis idaman hati menjadi satu realiti. Your dreams come true di The Lanai Event Space, Seksyen 23, Shah Alam.





The Lanai Event Space , Shah Alam



Apabila ana sampai di lokasi yang di tuju, ia cuma terletak di deretan lot kedai di Jalan Pelabur A23/A, Seksyen 23 Shah Alam. Bagaikan tiada yang istimewa di sana. Namun cukup berbeza bila  ana melangkah masuk ke ruang dalaman The Lanai Event Space , wow!!! Sesuatu yang cukup memberikan inspirasi dalam meraikan majlis-majlis yang istimewa. Bertemakan dalam sebuah taman bunga penuh kehijauan dan di cerahi dengan lampu-lampu bergantungan keemasan memberikan satu impak pandangan yang mewah, elegan dan kedamaian. 




The Lanai Event Space menawarkankan sebuah venue untuk majlis yang kecil , privasi dan jumlah tetamu yang tidak ramai. Sebagai contoh untuk majlis pertunangan, majlis akad nikah, sambutan hari lahir , reunion atau pun majlis aqiqah cahaya mata. Menampilkan konsep Taman Botanical , The Lanai Event Space boleh memuatkan sehingga 400 tetamu untuk konsep buffet dan 160 pax untuk berkonsep banquet. 





Bukan sekadar sebuah pilihan venue majlis yang elegan, eksklusif dan mewah , The Lanai Event Space turut di lengkapi penghawa dingin, surau, PA system, set bangku chivari bersama meja beralas linen di lengkapi dekorasi meja gaya mewah dan indah mengikut konsep romantic garden. Pasti teruja bila tetamu hadir,menikmati juadah yang enak-enak di sebuah taman yang mendamaikan. 



Cukup istimewa tatarias menghiasi seluruh dewan dari lantai, meja makan, dinding hinggalah ke syiling menepati ciri-ciri taman botani paduan warna hijau, putih, hitam dan keemasan. Ana hadir bersama rakan-rakan blogger lain petang itu turut  merasai sendiri keindahan dekorasi ruang dalaman sambil minum petang dengan menu buffet yang disajikan. Punya syok lepak kat sini, sampai hampir waktu Maghrib baharulah kami bersurai balik. Tak sedar jer dah hampir dua jam di sini kerana cukup selesa dan tergoda dengan keindahan dan keselesaan ruang di The Lanai Event Space ni.





Lupa pula nak cerita, setting majlis adalah mengikut permintaan pelanggan sama ada nak buat secara buffet atau pun banquet, begitu juga dengan susunan meja makan terdapat pilihan secara theater sehingga 200 pax, meja bulat atau round table dengan 10 pax untuk satu meja, classroom dengan 5 pax satu barisan meja ataupun boardroom dengan 20 pax untuk satu meja . Haa!! Pilihlah ikut keperluan majlis masing-masing kay. Maknanya sitting arrangement bukan lah fix seperti yang korang tengok dalam foto-foto disini .





Terdapat beberapa pakej majlis yang di tawarkan di The Lanai Event Space, Shah Alam ni antaranya dari serendah RM6,500 untuk majlis hari lahir dengan minimun pax 100 orang tetamu, Pakej Aqiqah RM9,750 untuk minimum pax 150 orang tetamu, Pakej Akad Nikah & Bertunang pada harga RM10,000 untuk 200 pax tetamu dan lain-lain tawaran. Untuk keterangan lebih lanjut tentang pakej-pakej yang di tawarkan di sini korang perlulah hubungi sendiri ke talian yang akan ana berikan di bawah.








Petang itu, kami menikmati juadah hi-tea dengan pelbagai menu western dan kuih muih tradisional yang enak-enak. Ana paling suka makan spaghetti belognese depa serta minuman kopi o depa yang cukup kaw!! Hilang rasa mengantuk tau. Pelbagai menu pilihan pelanggan pastinya mengikut pakej yang di tawarkan untuk majlis-majlis yang ingin di raikan.










Meh!! Ana belanja korang dengan beberapa lagi sudut-sudut menarik di ruang dewan The Lanai Event Space ni, manalah tahu dah terbekenan boleh lah terus hubungi mereka di : 

03 - 5885 9224          012 - 253 3973
019 - 250 3090          011 - 1878 4681















Boleh juga singgah ke mana-mana pautan yang ana berikan di bawah ini untuk melihat sendiri pelbagai konsep dan pakej majlis yang di ada kan di sini. 


Instagram : @thelanaieventspace


Email :sales@greatcreation.com.my




Jadi orang-orang Shah Alam dan sekitarnya, jika sedang mencari lokasi untuk majlis yang sederhana jemputan namun di sebuah dewan yang indah dan elegan serta eksklusif The Lanai Event Space lah pilihan yang tepat. Pelbagai pakej yang mengikut bajet pilihan dengan sebuah majlis yang diimpikan bakal menjadi sebuah kenyataan, In Shaa Allah.

12 Comments

  1. bestnya kalau buat not too small event kat tempat ni. Cozy & menarik ID tempat ni.. Thanks for sharing Ana ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai sangat kalau untuk majlis yang tak terlalu ramai tetamu di Lanai ni zaza :)

      Delete
  2. cantiks tempatnya & nice deco. tq for sharing!

    ReplyDelete
  3. Cantik sgt dekor dia sis ana...hijau sana sini. Dah la juju ni suka warna hijau. Kagum tgk.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa Juju kak ana suka dekorasi dan padanan warna mewah dia :)

      Delete
  4. Replies
    1. menu boleh ikut pakej yang di tawarkan wak :)

      Delete
  5. cantik sangat decoration tu. sejuk mata memandang ^_^

    ReplyDelete