Dah masuk Rejab dah kan, pantasnya waktu berjalan. Rasa macam baru sangat bulan puasa tahun lepas dah bakal menjelma lagi bulan yang di nanti kan oleh kita semua umat Islam seluruh dunia. Bercakap tentang bulan puasa ni, pastilah kita semua mengharapkan dapat menjalani ibadah puasa dan amalan sunat sebaik mungkin. Dan satu lagi yang menjadi kan bulan puasa ini tambah meriah ialah ketika sahur dan iftar. 




Iftar di samping keluarga ataupun teman-teman pasti lebih meriah bila dapat menjamu selera dengan pelbagai juadah yang ada. Haa!! Bercakap soal buka puasa, juadah ni tentulah kita akan teruja dengan pelbagai tawaran Buffet Ramadan di sana-sini. Yang ana nak share dengan korang hari ini adalah Buffet Ramadhan Citarasa Malaysia di Laman Kayangan Shah Alam. 




Buffet Ramadhan Citarasa Malaysia di Laman Kayangan Shah Alam




Ana berkesempatan hadir ke majlis preview Buffet Ramadhan Citarasa Malaysia di Laman Kayangan Shah Alam , pada 28hb Februari 2020 yang lepas. Nii nak sampai kan lah kepada warga Shah Alam dan sekitar khasnya, kalau korang dah plan nak ke buffet Ramadhan nanti, Laman Kayangan lah salah satu pilihan venue yang sesuai. Ana suka sangat pada lokasi Laman Kayangan ni sendiri kerana ia sangat privasi, tak perlu bersesak dalam trafik di tengah bandar. Lokasinya di Seksyen 7, sekitar kawasan perumahan yang tenang. Parkir kereta pun banyak dan percuma. 




Terdapat lebih seratus menu yang disediakan di buffet Ramadhan Citarasa Malaysia dari pelbagai negeri Laman Kayangan, Shah Alam. Menu-menu di sajikan dengan konsep stall atau gerai-gerai yang mana ada makanan yang hanya di masak panas-panas di situ contohnya mee goreng , kuewtiau goreng, spaggetti dan sebagainya. Pastilah sedap kan makan panas-panas untuk buka puasa nanti. 



Antara menu yang sempat ana cuba ialah mee kari , abc , pencuci mulut yang sedap-sedap, nasi dagang, masak lemak pucuk ubi, rendang daging, miang kam dan beberapa lagi menu makanan tradisional dan moden citarasa Malaysia. Memang rambang mata lah nak pilih pelbagai menu yang di sediakan di stall-stall di dalam dewan dengan dekorasi mewah ala taman yang berhawa dingin. Terasa eksklusif sangat bila berbuka puasa di sini nanti. 








Antara signature dish yang menjadi tumpuan ramai pastinya ialah seperti tempoyak ikan patin Temerloh, Kambing Mak Dara, Nasi Dagang Pak Hassan dan Sup Daging Merah. Semua pun menu-menu feveret time buka puasa kan, mengembalikan nostalgia silam berbuka di kampung halaman masing-masing. 












Ana dah try sendiri beberapa air dari  Geng 8 Balang di tengah-tengah dewan makan Laman Kayangan ni.. Paling awesome air jagung di laa.. Pekat lemak , manis secukup rasa. Ada pilihan 8 balang minuman yang korang boleh nikmati untuk iftar di sini. Air panas pun ada, don't worry naa. Minum sampai kenyang. 




Pelbagai pilihan pencucui mulut seperti ABC, ais krim yang menjadi kesukaan kanak-kanak, kuih muih tradisional dan moden, puding dan sebagainya menanti untuk di nikmati bersama keluarga. 








Sambil makan-makan nanti, kita juga akan di hiburkan oleh dendangan ghazal. Surau pun ada di sediakan jadi jangan tak solat Maghrib pula nanti naa. 




Meh laa ana share sini beberapa keping foto menu dan dekorasi sekitar Laman Kayangan. Dan kalau dah berkenan cepat-cepat buat tempahan kerana ada potongan harga menarik untuk tempahan 'early bird' sehingga 24hb April 2020. 











Harga buffet Ramadhan 2020 di Laman Kayangan, Shah Alam adalah seperti berikut :

Early Bird ( pembelian awal bermula 28hb Feb hingga 24hb April 2020 )

RM 59 ( Dewasa )
RM 35 ( Kanak-kanak dan warga emas )

Harga Normal 

RM 69 ( Dewasa )
RM 39 ( Kanak-kanak dan warga emas )

Pakej Family :

1. Beli 2 dewasa PERCUMA 1 kanak-kanak/warga emas yang berharga RM138.00

2. Beli 9 dewasa PERCUMA 1 dewasa yang berharga RM621.00 





Untuk tempahan dan pertanyaan Buffet Ramadhan Laman Kayangan , Shah Alam :

Hubungi : 

03 - 5885 9224 / 011 - 1878 4681 / 019 - 250 3090 





10 Comments

  1. wahhh nampak sedap sangat ni kak ana! Comelnya tukang masak pakai macam orang kampung hahaha santai je

    ReplyDelete
  2. cantiknya deco dan lauk2 pun nampak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah booking awal ada diskaun menarik tu UN :)

      Delete
  3. Bila macam ni..Ya Allah terasa sangat betapa dah dekatnya Ramadhan kan kak..subhanaAllah.Geram pulak tengok nasi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PC semakin menghampiri semoga di rezekikanNya buat kita sama2 menyambut Ramadan Kareem, aamiin

      Delete