Chakri Palace menyajikan menu masakan Thai asli
Ana antara penggemar menu masakan Thai. Citarasa Thai ni cukup menepati selera kita semua cukup serasi dengan pedas, masam, lemak semua pun kena dengan selera Asia kita kan. Dari tomyam, somtam, paprik, pulut mangga dan pelbagai lagi semuanya adalah antara menu pilihan ramai. Tapi orang kata kalau nak makan menu masakan Thai asli kena di masak oleh orang sana juga, baru resepi original Thai.
Berkesempatan pula menghadiri preview Ramadan Buffet di Chakri Palace Sky View Dorsett Hotel Hartamas beberapa minggu lepas,dan menikmati sendiri pelbagai menu yang di sediakan, ternyata masakan Thai disini adalah antara yang terbaik yang pernah ana cuba sendiri. Hasil carian di internet Chakri Palace merupakan restoran yang menyajikan masakan Halal Thai untuk pelanggannya.
Buffet Ramadan di Chakri Palace Sky View Dorsett Hotel Hartamas
Chakri Palace Sky View ni terletak di aras 27 Dorsett Hotel Hartamas . Sampai sahaja di rooftop hadapan restoran kita akan di sajikan dengan pemandangan yang cukup indah di tengah kotaraya metropolitan dari pandangan skyview terbuka. Dan lebih cantik lagi ketika menjelang malam di mana kerlipan lampu-lampu pencakar langit memenuhi ruang pandangan. Memang cantik dan eksklusif.
Dengan tema "Tantalizing Tastes of Thailand" yang bakal di adakan di cawangan Chakri Palace Sky View Dossert Hotel Hartamas, Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL bermula 27 April 2020. Menjanjikan sajian asli masakan Chef Thai dengan lebih 50 menu moden dan original Thailand.
Kalau sebut menu tradisional Thai pasti kita akan teringat keenakkan ulam-ulaman yang dijadikan kerabu seperti kerabu mangga Thai, kerabu betik atau pun somtam , kerabu mihun, kerabu ayam.
Turut menjadi pilihan ramai adalah menu pembuka selera seperti "Mieng Kam", Samosa, Crispy Thai Spring Roll , keropok Thai dan sebagainya.
keenakkan mieng kam di Chari Palace Sky View |
Untuk menu utama pasti kita akan terbayang keenakkan Thai Green Curry kambing, Udang dengan butter dan telur masin, daging black pepper, Tomyam Seafood, Steamed Seabass limau dan cili serta Ayam Pandan. Untuk tahun ini juga akan di selitkan menu masakan Malaysia iaitu Ayam Kapitan dan Nasi Beriani.
Dan yang menjadi feveret ana dan pastinya orang ramai adalah deretan pencuci mulut Thai yang sedap-sedap semuanya. Sebut sahaja Red Ruby Water Chestnut, Pulut Mangga Thai, bubur nangka, bubur jagung, labu bersantan, bubur jagung dan kuih-kuih tradisional lainnya.
Red Ruby Water Chestnut pertama kali makan memang akan teringat kesedapannya |
Pulut mangga di Chakri Palace ni menggunakan pulut susu Thai yang lembut lemak sangat |
aneka bubur manis Thai |
Buffet Ramadan di The Imperial Chakri Palace KLCC & Chakri Palace Pavilion "Tantalizing Tastes of Thailand"akan bermula dari 27 April 2020 mulai jam 7 malam. Berikut adalah senarai harga untuk satu pax mengikut cawangan Chakri Palace:
Chakri Palace Dorsett Hotel Hartamas :
Dewasa : RM128++
Kanak-kanak : RM64++
Chakri Palace KLCC :
Dewasa : RM108.80 ++
Kanak-kanak : RM54.40 ++
Chakri Palace Pavilion KL :
Dewasa : RM98.80++
Kanak-kanak : RM49.40 ++
Muatnaik aplikasi Chakri App di http://bit.ly/20F3M34 di telefon pintar anda dan nikmati early bird purchase of 20% Diskaun sebelum 22 April 2020.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi talian telefon :
03 2602 1031 ( Dorsett Hotel Hartamas )
03 2382 7788 ( KLCC )
03 2143 1141 ( Pavilion )
atau
016 227 7182
atau
email : marketing@chakri.com.my
11 Comments
wow sedapnya
ReplyDeletetengk gambar pun dah terliur
ada rezeki boleh cuba nanti
sedap bagi penggemar menu Thai ni SY
DeleteTempat cantik.makanan yg disaji pun kelihatan menarik dan sedap.
ReplyDeletecantik sangat Kak Mala atas bumbung aras 27 ni :
Deletemmg suka mkn menu di chakri..nk2 plak time buffet ramadhan...laparrrr
ReplyDeletemama selalu ke sini ye :)
Deletepernah gi yg KLCC..mmg sedap2 masakannya..authentic Thai..menarik outlet Hartamas..rooftop..
ReplyDeletesedap kak ana suka menu2 dan view rooftop ni memang cantik sangat
DeleteTak pernah lagi pergi sini. Nanti nak cuba
ReplyDeletein shaa allah Qis
Deletesemua nampak menarik.
ReplyDeletekiraan zakat pendapatan
daftar syarikat sdn bhd
daftar sdn bhd