Jangan ingat kami orang perempuan ni tak pandai nak cerita tentang minyak pelincir kereta. Haha!! Ana ni dah berpuluh tahun dah memandu kereta tapi kereta jenis automatic lah, tapi ana tahu jugalah sedikit sebanyak basic service kenderaan ni bila ikut suami ke service centre bila tiba waktu untuk di service. Antara yang wajib di tukar mengikut mileage tertentu adalah minyak pelincirnya. Jadi hari ini ana nak war-warkan satu jenama minyak pelincir kereta yang telah lama berada di pasaran tempatan dan juga luar negara dan kini berwajah baharu iaitu GLIDE Lubricants , keluaran bumiputera.




Pelancaran wajah baharu minyak pelincir The Glide Lubricants




"Beyond Expectation",  penghasilan dari   Glide Technology untuk minyak pelincir kereta  yang bermutu tinggi.  Glide Technology Sdn Bhd adalah merupakan salah sebuah syarikat di bawah Glide Group yang telah ditubuhkan pada 16 Januari 2007. Syarikat yang berpangkalan di Malaysia ini telah memfokuskan pembuatan minyak pelincir di bawah jenama Glide Lubricants.




Berlangsung di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur pada 12 Mac 2020 yang lalu, yang mana ia telah di rasmikan oleh CEO Glide Group sendiriYbhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad, yang banyak berkongsi kisah di sebalik kejayaan beliau  dalam meneraju Glide di mana pada peringkat awal beliau tidak dapat lari dari pelbagai ujian dan cabaran untuk mencipta kejayaan seperti ini. 



Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad, (CEO - Glide Technology Sdn Bhd)

Produk The New Glide - BEYOND SAE 0W16 dan SAE 0W20 antara rangkaian terbaru bagi produk Glide Lubricant di mana ia menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan mengurangkan pelepasan . Maxiglide Beyond SAE 0W16 dan SAE 0W20 menyediakan coating effect daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien. Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles (EEV)). Standard API : API SP/SN Plus ( RC) 



Manakala SAE 5W30 API SP/SN PLUS (RC) dan SAE 5W40 SN/CF dikategorikan sebagai Maxiglide Beyond Series memberikan prestasi yang premium. Ianya diformulasikan daripada minyak asas fully synthetic dan bahan tambah yang berkualiti tinggi. Minyak enjin ini beroperasi dengan baik terhadap semua jenis enjin pada suhu pelbagai dan menyediakan perlindungan dan pelinciran yang baik. Ia juga dapat mengurangkan kadar haus dan kadar pengoksidaan di dalam enjin. Sesuai digunakan untuk enjin gasolin dan pacuan empat roda enjin diesel.




Ketika sidang akhbar berlangsung turut di nyatakan bahawa minyak pelincir ini direka khas untuk kenderaan kegunaan di Malaysia. Terutama untuk pemasaran domestik seperti kenderaan yang menggunakan teknologi terkini iaitu Bezza dan Axia. Selain itu Glide Lubricant juga berkolaborasi bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi menyokong kajian penyelidikan yang melibatkan teknologi bio-diesel. Ringkasnya ia direka khusus bersesuaian  dengan faktor cuaca tempatan.




Antara VIP yang hadir bagi memeriahkan majlis pelancaran "The New Glide" adalah , Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad, (CEO - Glide Technology Sdn Bhd), Ybhg Datin Zarita Azlin Bt Ibrahim (CFO – Glide Technology Sdn Bhd), Ybhg Dato’ Ahmad Husaini Bin Abdul Rahman, (Ketua Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Pertahanan Malaysia) danYbhg Encik Md Silmi Bin Abdul Rahman (Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU). Turut hadir  Ybhg Laksamana Madya Maritim Dato’ Abu Bakar B Idris (Timbalan Ketua Pengarah Logistik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia), Ybhg Laksamana Muda Abu Bakar B Mohamed Ajis (Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia) dan di host kan oleh  Dato'Afdlin Shauki , yang menjadi tumpuan ramai pula adalah kehadiran pelakon popular masa kini iaitu Hisyam Hamid.




Majlis kemudiannya di susuli acara penyerahan sijil kepada pengedar atau distributors  yang di pertanggung jawabkan dalam urusan pemasaran produk minyak Glide Lubricants. 13 organisasi/syarikat tersebut adalah :

1. Minjon Lubricant
2. EA Auto Supply
3. Lian Seng Spareparts Sdn Bhd
4. Sign Up Venture Sdn Bhd
5. Pohon aspirasi
6. Sagta Auto
7. Universiti Tun Hussein Onn
8. Dinaas Lubricant Resources
9. Iqwan Trade Enterprise
10. Enterprise
11. Legasi Lestari Trading
12. EG Engineering Services
13. Ahmad Rashid Mohamed Tahir




Bagi yang ingin mengetahui berapakah harga minyak pelincir Glide Lubricants ini, harga pasaran untuk produk MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS adalah RM190.00 dan MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS adalah RM170.00. Untuk yang berminat  carilah dari senarai distributors di atas atau hubungi pusat khidmat pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my




Untuk keterangan lanjut mengenai produk-produk Glide Lubricants boleh singgah ke mana-mana pautan di bawah :-


4 Comments