Allahu Akhbar!! Dunia sedang tenat.Kalau dahulu kita lihat bagaimana ianya terjadi di luar negara, siapa sangka ia kini berlaku pada tanahair kita. Negara sedang di uji dengan musibah, virus COVID-19 kini sedang melanda. Semua orang takut , panik, paranoid dengan apa yang sedang terjadi. Hari demi hari kematian meningkat, jumlah terjangkiti kian bertambah. 

Pelbagai usaha pihak pemerintah sedang di jalankan dalam mengekang penularannya dengan harapan akan kembali pulih seperti sedia kala. Kita wajib mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan agar ia berjaya mencapai matlamat. In Shaa Allah. Ikut arahan KKM, dan teruskan berdoa dan berdoa. Doa itu senjata kita umat Islam. Tuhan Maha Mendengar, menangis lah memohon ehsan dariNya, memohon perlindungan dariNya. Semua keburukan yang berlaku di atas muka bumi adalah dari tangan-tangan manusia itu sendiri. 




Bila kita lihat hari demi hari, bilangan kematian atas asbab COVID-19 ini kian meningkat. Dan lebih menyedihkan bila seseorang yang di bawa ke hospital di rawat dan di kuarantinkan tanpa ada peluang lagi bertemu kaum keluarga sepanjang tempoh rawatan. Dan andainya ajal menjemput, urusan pekebumian sekali pun tiada siapa akan dapat mengiringi hingga ke tanah perkuburan. 

Tapi itulah prosedurnya, dengan langkah agar ia akan berakhir tidak lama lagi, Aamiin. Namun apa yang bakal ana kongsikan di sini hari ini bukan sahaja kisah kematian mangsa COVID-19 tetapi, sesiapa jua yang tiba dan saat ini di jemput ajal, tak jauh bezanya dengan mereka yang meninggal dunia kerana wabak ini. Ana sendiri alami satu hari yang amat menduka citakan bila kenalan rapat yang juga satu pejabat dengan suami meninggal dunia kerana sakit kanser yang telah lama di hidapinya. 

Allahyarham merupakan rakan sekerja suami dan ana kenali arwah dari belum berkahwin lagi kerana kami pernah bekerja satu pejabat sebelum ni. Kenal rapat dengan isteri dan keluarga arwah, tinggal pun tak berapa jauh malahan kampung pun dalam negeri yang sama. Sejak di sahkan mengidap kanser beberapa bulan yang lalu, kerap juga kami ke hospital dan rumah untuk menziarahi arwah. 


sama-sama kita sedekah kan bacaan Al-Fatihah buat muslimin muslimat 


Semalam lebih kurang jam 7 pagi suami mendapat panggilan, arwah telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Dalam situasi ketika ini, Perintah Kawalan Pergerakan sedang di kuat kuasakan, bermakna tidak dibenarkan keluar rumah tanpa urusan penting, hanya seorang sahaja di benarkan keluar dalam satu-satu masa , malahan untuk menghadiri pekebumian sekali pun bilangan orang ada lah terhad. 

Suami bertekad pergi juga ke masjid dan berjaga-jaga dalam pergerakan mengikut arahan yang di keluarkan. Keluar dengan sanitizer dan menjarakkan diri tanpa perlu bersalam dengan sesiapa sahaja. Dan sampai di sana, ada anggota Polis bertugas mempastikan perintah Perintah Kawalan Pergerakan di patuhi sepenuhnya. Bilangan yang hadir di masjid juga terhad, tak sampai 20 orang menurut suami, solat jenazah didirikan dengan berjarak di antara makmum dan urusan pekebumian juga di ringkaskan seringkasnya. 

Malam tadi lepas Isyak, kami buat tahlil di rumah bersama anak-anak. Masa tu terfikir beginilah keadaannya bila ada kematian di waktu dan saat ini. Allahu.. Sedih bila di fikirkan walaupun bukan mangsa COVID-19 cara pekembumian nya tetap sama tanpa ada insan-insan yang akan mengiringi. Sebak bila mengenangkan ana tak dapat ziarah jenazah arwah, tak dapat jumpa isteri dan anak-anaknya di saat mereka sedang berduka cita untuk memberikan kata-kata semangat. 

Terkenang juga andai ini yang terjadi pada kita atau mereka yang kita sayangi. Berdoa lah dan terus berdoa agar semua ini akan segera berakhir. Wabak maut ini akan segera berlalu dan pupus dari muka bumi, Aamiin. Semoga kita dapat kembali kepada kehidupan yang normal, terus memperbaiki amalan kerana mati itu pasti. Berdoalah semoga diri kita dan kaum keluarga kita dilindungi Allah swt dari terkena wabak ini. Aamiin Ya Rabb. 

9 Comments

  1. Semoga wabak bahaya ini cepat berakhir.

    ReplyDelete
  2. Jangan pernah putus asa untuk berdoa...risau sangat.. di saat ini sedih.. pengebumian pastinya tidak dihadiri ramai keluarga dan sahabat handai… mampu didoakan dari jauh sahaja… semoga kita bebas k.ana..take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin , Ya Sha teruskan berdoa dan patuhi arahan pencegahan

      Delete
  3. kematian yg sepi....
    tu la yg aida baca di media sosial.
    namun, pasti ada hikmah, kan...
    sedih. sayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga semua ini akan segera berakhir aamiin

      Delete
  4. Allahu...tak terfikir tentang kematian lain yang tak melibatkan Covid-19...sayunya bile mengenangkan semua ni...takziah buat keluarga arwah...

    ReplyDelete