Viral dah port bergambar dengan kapal terbang ni di sosial media. Memang teringin sangat nak ke sini bawa anak-anak yang suka posing ni. Instaworthy istilah instagramer lah kan. Cumanya kalau saja-saja nak ke KLIA ni sekadar nak bergambar tak berbaloi lah, jauh kena tol lagi hehe 😀😀 . Tapi tu laa rezeki namanya, bila dalam perjalanan balik dari Port Dickson hari tu, abang sepupu ana yang merupakan kakitangan MAS , bawa kami singgah ke sini.




Lokasi bergambar dengan kapal terbang di KLIA




Sampai dalam pukul 4 lebih macam tu. Mula-mula hujan renyai, Alhamdulillah tak sampai beberapa minit dah teduh. Kami keluar kereta masing-masing, tunggu kapal terbang sampai. Kata sepupu ana ni, bila sampai nanti selang beberapa minit ada jer kapal terbang akan mendarat, standby sahaja bawah ni. Yop pun bawa kami betul-betul sebelah deretan tiang lampu hala runway kapal terbang nak landing. 



Lokasi ni memang jadi tumpuan ramai hujung minggu, berderetan juga kereta parkir tepi jalan. Kawasan ni pun agak lenggang dari kenderaan, adalah satu dua yang lalu. Tapi kena berwaspada jugalah pada mereka yang parkir tepi jalan raya tu. Kami parkir masuk ke dalam belakang divider jalan, ada ruang bertanah situ, kira lebih selamat lah bukan tepi jalan raya. 




Dari sayup jauh atas langit, Yop bagi clue tu kapal terbang ada nak turun. Nampak lampu kelip-kelip. Tak sampai beberapa saat berderumm bunyi enjin kapal terbang lalu atas kepala. Mula-mula kapal terbang pertama tu  ana cuma rakam dalam bentuk video sahaja. Terkasima sungguh, dekat sangat jaraknya atas kepala, nampak jelas tayar dan badan pesawat sebelum mencecah runway di dalam lapangan terbang KLIA ni. Allahu, excited kami semua, jakun ler pula haha. 




Pas tu selang dua tiga minit nampak lagi sayup-sayup lampu klip-klip atas awan, sebuah lagi kapal terbang mendarat, dan sebuah lagi dan lagi dan lagi. Puas lah anak-anak, adik - adik ana ni masing-masing standby nak bergambar. Ye lah, bukan semua post sempat nak snap foto sebab kapal terbang ni laju. Tunggu la satu demi satu kapal terbang turun, sampai puas hati dapat shoot yang menarik. Adik Ika lah yang paling pandai ambil gambar dengan smartphone nya. Bergilir depa suruh Adik Ika ambilkan. 




Jadi kalau korang nak try dapatkan shot yang cun, kena standby lah tunggu satu demi satu kapal terbang turun ye, sabarrr!!! Memang banyak kalau kena timing nya. Bagaimana nak cari lokasi bergambar dengan kapal terbang KLIA ni ? Haa sebab kami ikut sepupu mudahlah kan, tapi kalau korang nak datang sini waze sahaja "KLIA View ". In Shaa Allah sampai, sebab suami ana guna waze tu dari awal takut terpisah dengan konvoi kereta kami. Memang aweosme dan bawa anak-anak tengok kapal terbang mendarat dari jarak yang amat dekat. Cuma pastikan jangan leka dan awasi anak-anak naa 😊😊

25 Comments

  1. Wau... baru tau pasal ni... bestnya, teringin jugak nak mbil gambar cenggitu..

    ReplyDelete
  2. wah. memang teruja betul tengok kapal terbang dengan jarak dekat macam tu kan? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa jakun lak mula-mula sampai tuu hehe :)

      Delete
  3. ada tgk juga kwn2 bergambar dengan kapal terbang camni

    ReplyDelete
  4. memang cantik semua gambar, nampak besar betul kapalterbang tu jadi latar kita...
    airtu dari sepang nak ke bagan lalang ada jugak nampak banyak kapal terbang cumanya jauh tak nampak dekat mcm akak ni la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sangat Dana betul-betul depan runway airport tu dah hehe :)

      Delete
  5. memang teruja dapat bergambar camni kan...bukan biasa-biasa.

    ReplyDelete
  6. Nice shot!!! boleh pergi lah nanti. Thx Ana :)

    ReplyDelete
  7. selalu juga nampak org pose gambar dgn kapal dkt sini..ada yang berkelah pun ade..hehehe...dkt je klia ni ngan rumah nieyl, tapi x pegi2 pun hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti nieyl pii photo shoot sini pula naa :)

      Delete
  8. Menarik la Kak..bukan mudahkan nak bergambar..kapal terbang ada macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa PC kebetulan ada yang bawa dan kebetulan lalu dalam perjalanan nak balik tu yang di rezekikannya sampai situ :)

      Delete
  9. Assalamualaikum sis Ana, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI


    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete
  10. Selalu tengok orang bergambar dekat spot ni. Rupanya boleh pakai waze ye nak sampai situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jerr nurul waze sahaja KLIA View in shaa Allah sampai )

      Delete
  11. member aida ada jugak inform ari tu.
    tapi tu la, belum berkesempatan lagi ke tempat ni.
    bwk anak2. sure best and havoc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok aida ada kesempatan nanti bolehlah pii ye bawa anak2

      Delete
  12. hehe, wak pon dh smpi sini 2 kali.,
    skrg dh xleh parking blkg divider tu, kene parking tepi jln je., huhu

    ReplyDelete