Majoriti wanita sekarang memilih untuk menutup aurat dengan memakai hijab. Alhamdulillah, wanita yang cantik adalah wanita yang menutup aurat dengan sempurna. Bila berhijab sepenuhnya bukan lah alasan untuk tidak tampil anggun dan menawan. Tiada alasan untuk kami melakukan apa sahaja aktiviti walaupun bertudung. Kadang-kala sesetengah wanita memakai hijab hampir seharian atas pelbagai urusan yang harus di lakukan.

Bila kita memakai tudung dalam tempoh masa yang panjang, seharusnya lah kita mengambil berat kesihatan dan kebersihan kulit kepala dan rambut. Tak kira peringkat usia penjagaan rambut dan kulit kepala perlu di titik beratkan seawal usia. Paling penting memilih produk penjagaan rambut yang sesuai dengan jenis kulit kepala dan rambut kita. 




Untuk ana sendiri yang kian berusia ni, rambut gugur merupakan masalah utama yang di alami. Ada sesetengah wanita pula mengalami masalah kegatalan kulit kepala bila mengenakan hijab sepanjang hari. Kulit kepala berpeluh agaknya. Tapi usah risau kerana hari ini, ana nak share dengan korang satu lagi tips penjagaan rambut khas buat wanita berhijab. Jawapannya ialah SAFI Shayla Botanical Silk baharu. 


SAFI Shayla Botanical Silk




Mengapa wanita berhijab perlu menggunakan syampu SAFI Shayla Botanical Silk ini ?

Ini adalah kerana syampu SAFI Shayla Botanical Silk  diformulasikan dari 100%   Aktif Botanical dan 0% Paraben . Ia  kaya dengan nutrien untuk merawat rambut dari akar ke hujung dengan haruman segar wangian bunga, tahan lama hingga 48 jam. Hat ini ana tak tipu, ana sendiri dah gunakannya selama hampir dua minggu, serius wangi. Satu bilik tidur bau wangi harumannya uollss. Wangi yang amat soft sangat, sedap lah.. tak tahu macam mana nak cerita kat korang, kena lah cuba sendiri naa. 

Terdapat 3 pilihan variasi yang sesuai untuk jenis masalah rambut yang korang alami. Iaitu SAFI Shayla Botanical Silk  Hair Fall Rescue, SAFI Shayla Botanical Silk Silky Sheen Care dan SAFI Shayla Botanical Silk Intense Nourishment.

SAFI Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue





SAFI Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue ini sesuai untuk kita yang mengalami masalah jenis rambut kering dan gugur. Mudah nak kenal pilih sahaja yang botol syampu dengan bunga matahari warna kuning tu kerana ia di formulasi dengan minyak bunga matahari. Mengandungi organik habbatus sauda, minyak argan yang membekalkan khasiat emolin semulajadi. 

Rumusan gabungan formulasi ini dapat merawat rambut gugur dan rapuh. Ia menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut kuat dan mengurangkan masalah keguguran rambut dengan penggunaan yang konsisten. 




Ana sendiri telahpun mencuba dan menggunakan syampu SAFI Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue ni hampir dua minggu. Cukup berpuas hati dengan hasilnya, rambut kering terasa lembut dan lembab tanpa menggunakan perapi. Rambut gugur juga kian berkurangan dan paling awesome wangian nya lah. Kalau sebelum ni lepas buka tudung , anak tudung mesti berbau masam kan, kini tidak lagi. Bau wangi dan kepala pun terasa ringan. Alhamdulillah. Ana yakin dengan penggunaan berterusan masalah keguguran rambut dapat di kurangkan.


SAFI Shayla Botanical Silk Silky Sheen Care




SAFI Shayla Botanical Silk Silky Sheen Care botol dengan bunga rose pink ini variasi yang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah rambut kering dan kusam tidak bermaya. Mengandungi pati minyak bunga rose di gabungkan dengan organik habbatus sauda dan minyak argan dapat mengembalikan kelembapan serta menyerlahkan keserian kilauan rambut agar lebih bersinar dan bermaya. Ana yakin kandungan minyak bunga rose ini juga pasti akan memberikan haruman aroma rose pada rambut. Tak sabar nak cuba sendiri nanti pasti rambut akan terasa selembut sutera. 


SAFI Shayla Botanical Silk Intense Nourishment




Variasi pilihan ketiga ini pula ialah SAFI Shayla Botanical Silk Intense Nourishment khas buat mereka yang mengalami masalah rambut kering dan kasar. Mengandungi formulasi minyak Chamomile di gabung kan dengan organik habbatus sauda dan argan oil memberikan rawatan rambut dan kulit kepala . Penggunaan yang berterusan dapat mengembalikan kecantikan rambut dan pastinya dengan aroma haruman chamomile. 

Di mana nak beli syampu SAFI Shayla Botanical Silk ?

Mudah sangat nak dapatkannya kerana rangkaian syampu SAFI Shayla Botanical Silk ni korang boleh sahaja beli dari mana-mana farmasi, pasaraya dan hypermarket seluruh negara. Kalau tak jumpa juga belilah secara online di Lazada dan Shopee

12 Comments

  1. wahhh produk baru shampoo shayla ye kak, dana mmg pakai shampoo syahla tapi yang biasa tuh...
    cumanya tulah yang guna 2 orang je, dua-dua rambut pendek beli yang botol besar tu tak habis-habis... nnti dah habis tu nak cuba yang ini lah... menarik bila boleh picit gitu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jimat ye dana, rumah ni 3 perempuan memang laju je habisnya dana :)

      Delete
  2. mmg guna syampu safi shayla..ni ada yg br lg ye..nanti bole la tgk yg br plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang terbaharu ni mama boleh lah try nanti :)

      Delete
  3. banyak kebaikan shampoo ni rupanya.. bole try ni, tapi kena tunggu shampoo dkt rumah habis dulu la.. BTW done follow akak ye.. follower ke #1126

    ReplyDelete
  4. Dapat bayangkan bau syampu Safi ni wangi Kak Ana sebab diperbuat daripada bunga-bungaan..

    ReplyDelete
  5. memang best. mek pun dah cuba shampoo safi shayla botanical silk ni. puas hati sebab rambut tak bau kepam dah bila seharian bertudung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mek segar je rasa nya selepas bersyampu :)

      Delete