Setiap kali bermulanya semester baharu pengajian anak-anak, selain keputusan peperiksaan akhir sem, keputusan kolej kediaman lah yang menjadi kerisauan sangat pada ana sekeluarga. Bermula dari Kak Long dahulu ketika pengajian diploma di UiTM Tapah, dua kali kami membayar deposit rumah sewa, begitu juga ketika menyambung pengajian degree di UiTM Shah Alam, sementara menanti keputusan rayuan kolej. 

Bila masuk sahaja tahun dua pengajian, pasti keputusan kolej kediaman gagal. Jadi anak-anak akan membuat proses rayuan. Keputusan rayuan pula selalunya akan di ketahui dalam masa seminggu selepas kemasukan sem baharu. Sem lepas, Adik Ika sampai menyewa bilik bersama rakannya dan tuan rumah hendakkan deposit. Nak tak nak, kami kena bayar RM400 sewa bilik dan deposit. Tup-tup selepas dua minggu baharu dapat keputusan rayuan berjaya. Allahu.. burnt macam tu sahaja RM400. Tak apa lah bukan rezeki dia. 




Sem baharu ni, sekali lagi Adik gagal dalam permohonan kolej dan sekali lagi buat rayuan. Namun kali ini Alhamdulillah, hari kedua sem baharu dah dapat keputusan rayuan. Jadi Adik terus masuk kolej kediaman pada hari ke tiga. Tak perlu lah menyewa atau menumpang bilik kawannya. Syukur sangat. 

Kenapa anak-anak ana perlu sangat tinggal di kolej kediaman ? Banyak sebab yang pertamanya ialah kos . Banyak jimatnya bila tinggal di kolej kediaman berbanding rumah sewa di luar. Kalau kolej kediaman UiTM ni contohnya untuk bilik berdua baru RM419 untuk tempoh 1 sem, sedangkan kalau menyewa paling murah pun di Seksyen 7 sana, RM150-RM200 sebulan. 

Kemudian campur pula kos pengangkutan, kadang-kadang bas UiTM tak lalu di sesetengah kediaman, jadi dah kena naik grab. Tambang pergi dan balik pun bukan lah murah. Belum masuk bab makan dan sebagainya. Bila tinggal di kolej kediaman banyak jimatnya. 

Ketiga dari segi masa. Kelas kadang-kadang ada gab beberapa jam dalam sehari. Bagi yang tinggal di luar pastilah penat nak ulang alik ke kampus sedangkan kalau tinggal di kolej boleh sahaja balik ke bilik dan berehat sementara waktu kelas yang berikutnya.  Dan untuk ana sendiri rasa lebih yakin dan selamat lah tinggal di kolej kediaman berbanding di luar sana. Polis Bantuan sentiasa menjaga keselamaan pelajar, In Shaa Allah. 




Cuma bagi sesetengah pelajar lebih suka tinggal di luar kerana mereka tidak berminat untuk menghadiri aktiviti kolej. Antara cara dan syarat untuk kekal tinggal di kolej kediaman ini ialah dengan mengumpul kupon yang mencukupi. Bilangan kupon penyertaan aktiviti kolej yang banyak di perlukan untuk layak tinggal di sini pada sem yang akan datang akan di ambil kira dalam permohonan selain dari pendapatan keluarga serta keputusan peperiksaan sem yang lepas.  Andai pelajar berkemampuan dan mempunyai kenderaan sendiri pastilah lebih selesa tinggal di luar kerana tinggal di kolej pasti ada peraturan yang harus di patuhi. 

Kak Long,  Alhamdulillah dari diploma di Tapah sampai lah habis degree di Shah Alam dapat tinggal di kolej kediaaman. Adik pula setakad ni dah masuk tahun dua masih berpeluang tinggal di kolej dan mudah-mudahan biarlah hingga ke akhir pengajiannya nanti, Aamiin.

16 Comments

  1. Saya dulu pun cuma layak duduk asrama masa 1st year je. Tapi mmg prefer duduk asrama. Mcm kak Ana ckp tu lah - lebih murah, lebih selamat.

    Moga Adik dpt tinggal diasrama hingga tamat belajar..insya Allah.

    ReplyDelete
  2. betul jugak kan kak bila duduk luar tu kos, masa kalau ada kenderaan sendiri takpe lah...

    adik dana buat masa ni sem kedua masih dapat kolej lagi, harapnya biarlah sampai abis duduk kolej... memang pesan kt dia suh aktif join aktiviti kolej...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. semoga cemerlang dalam akademik..

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahkan hingga tamat pengajian

    ReplyDelete
  5. Anak wak yak ke2 dulu sampai habis belajar dapat duduk dalam kat uitm sa.

    ReplyDelete
  6. tinggal dalam kolej lebih secure, join aktiviti kolej sebenarnya bagus utk latih diri dengan kepimpinan. all the best..dan ilih tinggal di kolej adalah pilihan terbaik.

    ReplyDelete
  7. Ai dulu malas betul nak buat rayuan. Bukan xnak duduk dalam tapi masalah depo sewa yang dah bayar tulah. sayang nak burn. Nasib baik dulu sewa x mahal.

    ReplyDelete
  8. Akak, mcm mana nak buat rayuan eh? Boleh akak bagi tunjuk ajar? Sbb sy org baru dan tk dpt asrama hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sebelum pendemik ni ada button rayuan pada keputusan kolej, tapi skrg ni akan terima email untuk isi rayuan. Semoga dipermudahkanNya buat Lily ya, aamiin..

      Delete